Saturday, December 11, 2010

Tomy

Hari raya aidiladha kelmarin sibuk bercerita dengan ummi tentang kucing. Sebabnya pakcik Pi dan Cik Mudi bawa pulang kampung Tomy si kucing gemuk. Kak Dina pula semangat MMS gambar tomy banyak-banyak di hari raya. Suka ^_^

Tomy balik kampung di hari raya



“ Ummi, nak kucing macam Tomy. Nanti Ni kerja first gaji nak beli kucing macam Tomy.”

“Nanti bila Ni grad, ummi tak nak berikan bunga, ummi berikan hadiah kucing untuk Ni.”

“ Sayang ummi.”

Kena suapkan kalau Tomy nak makan
Tomy sangat kacak. Ganteng sekali. Macam Garfield.

Selama di sini pernah berhajat untuk memelihara kucing tapi hanya mampu memelihara boboy anak patung kucing saja hehe. Takut nanti kasihan kucing siapa yang nak jaga jika ke hospital luar daerah. Boboy tak apa, dia tak makan dan minum ^_^

Baiklah, tak sabar nak habis belajar. Nanti ummi belikan kucing macam Tomy.

Tomy dah nak balik
Love u, Tomy ^_^

Thursday, December 02, 2010

Diumpat

Tadi sore, saya pulang rumah sakit agak awal. Jarak dari rumah agak jauh dengan kenderaan umum sekitar lebih satu jam. Biasanya saya habiskan waktu dengan berehat dan tidur kerana kepenatan setelah tugas jaga malam yang tidak ada tidurnya.

“ Coass (dokter muda) unhas di perawatn tadi memang menyakitkan hati. Semua coass saya tidak suka. Bla..bala..bla..”

“ iya, saya juga tidak suka..bla..bla…”

Waktu itu saya sendirian dan mereka bertiga lagi panas bercerita di ‘belakang’ saya ketidak puas hati mereka terhadap kami dokter muda. Mereka sepertinya perawat pelatih dari universiti yang lain. Panjang juga saya diumpat. Mereka tidak tahu bahawa saya pun kelompok coass yang merka tidak suka itu.

Panas telinga pun ada. Hati pun terbakar juga. Mana tidak. diumpat terang terangan. Rasa mahu saja saya balas cerita mereka. Tapi saya dengar saja. Sejukkan hati sendiri. Tak perlu saya marah atau apa.

Lama kemudian, ada teman coass saya yang lain naik kenderaan sama. Mulai kami bertegur sapa bercerita khabar kehidupan coass kami. Mungkin dari situ mereka bertiga tadi kaget, ternyata saya yang dari tadi duduk di samping mereka adalah orang yang mereka brecerita tadi. Nampak riak muka mereka berubah. Sepertinya rasa bersalah, malu dan takut mungkin nanti kalau saya ‘balas dendam’ di rumah sakit nanti. hehe.

Saya tersenyum saja pada mereka.

“When people give you hate, you give them love..”

Itulah, saya jadi teringat akan ada video klip Maher Zain-The chosen one yang bercerita akhlak Rasululllah s.a.w yang sentiasa berbuat baik biarpun orang lain membenci, berbuat jahat pada baginda.

Mungkin ada orang disekeliling kita yang tidak berpuas hati akan diri kita, membenci kita namun jangan jadikan ia satu kebencian buat kita.
Memang susah. tapi saya pupuk diri ini. lakukan yang terbaik. Lakukan semua pekerjaan dengan ikhlas. Biar bagaimana sekalipun pandangan kita di mata orang lain, yang paling penting adalah pandangan diri sendiri di sisi Allah. Moga setiap apa yang dijalani sentiasa di beri keberkatan, dipandang olehNya.

amin.

Sunday, November 21, 2010

Jantungku

Bahagian sebelumnya yang telah saya lalui adalah cardiology department atau umumnya bahagian jantung. Banyak ilmu yang telah dikutip di sini, dari kemahiran membaca garisan berkelok-kelok di kertas (ECG), ubatan penyakit jantung dari aspilet, isosorbid dinitrate, dan banyak lagi, melihat sendiri pesakit jantung yang pelbagai persis seperti di buku teks, melihat angiography coroner, dan banyak lagi pengalaman selama 4 minggu di sini.

Stase di cardiology kebanyakannya di cardiac center dan cardiovascular care unit (CVCU) unit rawatan intesif penyakit jantung. Baru saya ketahui ternyata CVCU adalah antara salah satu tempat yang paling banyak kes kematian. Hampir setiap hari ada pesakit yg pergi. Datang di pagi hari, sudah ‘hectic’ dengan pesakit yang darurat, sehingga suara tangisan keluarga hampir satiap hari terdengarkan.

Jantung itu luarbiasa. Bekerja tanpa henti sejak kita lahir. Sekali ia berhenti, tiadalah kita. Memang teorinya jantung berbunyi Lup Dup, tapi bila mendengar sendiri jantung pesakit seperti sama saja bunyinya.


“ Jika mahu mendengar lup dup jantung itu seperti di buku, ambil stetoskop dan hayati bunyi jantung anda sendiri selama setengah jam.”

Itu kata Prof AA. Malamnya itu sewaktu berbaring di tempat tidur, saya cuba memasang stetoskop menghayati sendiri jantung saya. Lup dup. Seperti itu bunyinya. Lama mendengar kerja jantung ini yang tak pernah berhenti membuat hati tiba-tiba tersentuh. Bagaimana jika ianya berhenti berdengup? Merasakan jantung yang tidak pernah hentinya bekerja pasti akan suatu hari nanti berhenti. Itu pasti.

Sejak itu, setiap detak jantung yang dirasakan di tubuh ini, saya syukuri. Alhamdulillah. Salah satu dari berjuta nikmat yang terlupakan. Allah masih mengizinkan jantung ini bekerja untuk diri ini. Moga setiap detak jantung ini memompa darah, mengingatkan diri ini akan Penciptanya.

Berdenguplah, moga ianya menjadi dzikir bagiku yang tidak pernah lelah berdengup seperti dirimu. Jantungku.

Friday, November 19, 2010

Dua puluh empat

Minggu lalu, tanggal 14 November adalah hari ulang tahun kelahiran saya. Yang ke-24 sudah. Selamat ulang tahun ke 24 buat saya ^_^ wah…hampir ¼ dekad sudah. Perasaan seperti biasanya di hari ulang tahun, tidak terasa sudah dewasa. Seperti masih kanak-kanak lagi hehe.

“ Happy birthday, my dear sister. Jangan nangis-nangis lagi tau. Sudah besar dah sekarang. I’m waiting you to come back to plan my wedding ^_^ ” –Bro Afat

“Happy birthday my ♥ ly sis..semoga pjg umur murah rezeki bjaya dunia akhirat..jadi doktor bjaya utk umi abah n agama..jgn nangis2 lg,,dh msuk umur 24 kan..heee.. ktorg smua dh ada kat umah.smua dh stat cuti..really misz u n will waitg 4u to come back to Msia 4 good=) jg diri elok2 ya. ♥ u so much...from:kak dina n ain yg comot”

“ Selamat hari lahir ke 24. Ummi abah doakan Dini panjang umur murah rezeki cemerlang dunia khirat. Menjadi doktor berjaya untuk agama, negara dan keluarga.”
Hari itu saya menerima banyak ucapan dari keluarga, teman dan guru-guru. Terima kasih atas ucapan dan doa yang dikirimkan.

Malam itu Kak Nik belikan kek ulang tahun siap dengan lilin lagi hehe. Terima kasih banyak kak nik ^_^ . setelah itu kami makan-makan diluar dengan teman-teman yang lain.

Alhamdulillah, ulang tahun kali ini masih sempat disambut. Terima kasih buat kawan-kawan yang telah memberi kado ulang tahun buat saya, dan saya sangat menghargainya sekali.

Masih teringat waktu kecil-kecil dulu jika hari ulang tahun kelahiran pasti menunggu hadiah dari abah. Yang menariknya setiap tahun, abah akan menyimpan hadiah di sisi tempat tidur setiap malam ulang tahun. Dan ketika bangun dari tidur sudah ada hadiah ^_^

Tiap-tiap tahun dapat hadiah yang berbeza. Seingat saya pernah mendapat set alat tulis, teddy bear dan pensil warna besar. Rindu akan zaman kanak-kanak dulu.

Dan masih teringat waktu di asrama MRSM dulu ketika menyambut ulang tahun sewaktu SPM, ummi bawakan makanan yang banyak, kek untuk saya sambut dengan kawan-kawan yang tengah berjuang SPM. Terima kasih ummi.

Sekarang, ummi dan abah menghadiahkan doa dari jauh.

insyaAllah, moga Allah panjangkan umur saya untuk berbakti pada Ummi dan abah. Tahun depan saya sendiri yang ingin memberi hadiah istimewa untuk ummi dan abah setelah bekerja nanti amin.

Semoga Allah panjangkan umurku untuk tetap mencari kasih sayang cinta Nya yang hakiki.

Selamat ulang tahun, Noordini.

Monday, November 15, 2010

Berkorban

Bagun subuh tadi dikejutkan oleh takbir hari raya di pagi yang sunyi. Entah kenapa hati terasa begitu sayu mendengarkannya. Bukan kerana lebaran kali masih disambut sendirian di perantauan seperti sebelumnya. Saya sudah tegar.

Kelmarin hari pertama posting di bahagian Anesthesiology (pembiusan), bekerja dan belajar di kamar operasi dari pagi hingga malam lebih 12 jam tanpa henti. Bahagian yang sangat menguji kekuatan fisik dan mental. Terkadang terasa penat dan jenuh datang, namun dilempar jauh.
Saya harus berkorban. Ini adalah jalan untuk mendapat cinta hakiki. Hidup adalah pengorbanan.
Kalau profesi lain, malam tidak bakal diganggu nyenyak tidur. Kadang hati lemah ini pernah memberontak ketika dikejutkan tidur kerana ada pesakit baru datang di tengah malam. Terpaksa tidur dikorbankan menjenguk pesakit yang datang.

Sering saya bermonolog di hati. Berat untuk berkorban.

Namun, monolog hati itu cuba dipadam. Memang sulit tapi saya memupuk untuk cuba mengikhlaskan setiap langkah ketika itu hanya untuk mencari keberkatan, rahmat, cinta Ilahi.

Itulah hati. Harus dipupuk dan disuntik jiwa kedalamnya.

Moga hati ini, jiwa ini, jasad ini sentiasa ikhlas untuk berkorban demi cinta hakiki.

Allah, kuatkan hatiku untuk berkorban hanya untuk Mu~

Salam Aidiladha.

Friday, October 29, 2010

Ubat Mati

Kelmarin sewaktu di poliklinik ENT ada seoarang pesakit tua berumur 70 tahun datang sendiri. Dari fizikalnya masih kuat, mampu berjalan dan sihat tubuh badan. Cuma dari bicaranya sangat kuat sampai satu poliklinik terdengar kerana sudah sensorineural hearing loss akibat usia. Ditangannya masih digenggam alat bantu dengar yang katanya diberi oleh keponakannya dari Jakarta berharga jutaan rupiah namun tidak juga membantu pendengarannya.

[ Bapak, saya kasi obat ini dulu. Nanti minggu depan datang lagi kontrol tapi biar ada yang temanin ya.] -ditulis di kertas

“ Itu yang menjadi masalah dokter. Saya tinggal sendiri sekarang. Anak saya lima orang tapi semuanya tinggal jauh dengan saya. Sekarang saya masak sendiri, makan sendiri.”

“Saya sudah tua, banyak penyakit sudah ada. Sudah 70 tahun saya hidup, saya sudah letih. Dokter, jika ada ubat yang mampu matikan saya, berikan pada saya. Saya mahu ubat itu.”

………………………..

“Terima kasih dokter, dokter muda semua.”

Bapak tua itu berlalu pergi membawa resep ubat yang diberikan. Membawa pergi juga hatinya yang sedih ditinggal anak sendiri. Saya dapat merasakan itu, biarpun bapak itu masih mampu ketawa dan tersenyum. Hati ketika itu mulai sebak.

Malam itu saya ceritakan pada ummi dan abah. Tiba-tiba air mata mengalir, mungkin hati yang sebak dari tadi tidak tertahan….

Allah, panjangkan umurku dan berikan kesempatan untukku untuk berbakti dan membahagiakan ummi dan abah. Untuk selalu dekat dengan ummi dan abah.
amin.

Tuesday, October 05, 2010

The Doctor

Sore hari minggu kelmarin, keluar jalan-jalan dengan kawan. Saja. Mahu menikmati hari minggu di luar rumah. Tidak tahu mahu kemana, mall yang terdekat dituju. Jalan-jalan ke toko buku sekadar mencuci mata niatnya, namun tertarik dengan buku ini. The Doctor Catatan Hati Seorang Dokter.

Wah, tidak sia-sia jalan sore tadi membuahkan hasil pembelian buku ini. Suka ^_^

Belum habis baca, sekadar membelek beberapa lembar dan saya menyukainya kerana ianya adalah catatan sebenar kisah doktor di sini. Buku ini menceritakan cabaran dan kisah kehidupan seorang doktor. Buku ini dekat dengan hati saya dan seolah kehidupan sekarang ada tertulis di buku ini.

Semoga ianya memberi semangat untuk diri ini tetap semangat untuk menjadi seorang doktor ^_^

Jadi, saya sarankan buku ini buat teman-teman yang bakal menjadi doktor atau yang sedang menjalani hidup seorang doktor.

Selamat ke toko buku, membeli buku ini dan membacanya! (^_^)v

Saturday, October 02, 2010

Pada Nama


Noordini binti Ab. Aziz adalah hadiah nama oleh ummi dan abah semasa dilahirkan. Erti pada nama saya adalah Noor=cahaya, din=agama, ni=ku. Jadi, Noordini=Cahaya Agamaku.

Tapi, sejak kecil sampai sekarang banyak panggilan untuk saya. Hanya untuk berkongsi ^_^

Noordini : nama penuh formal dalam ic dan pasport
Dini : panggilan biasa oleh kenalan dan nama pendek saya.
Ni : nama panggilan dalam keluarga dan panggilan untuk membahasakan diri saya dgn keluarga.
Kak Dini : panggilan dari adik-adik di rumah dan juniors sekolah.
Dien : nama panggilan dari kawan-kawan perempuan biasanya.
Noor : panggilan yang jarang dan sangat janggal hehe
Mat Din : ini nama Cikgu Yoe kat mrsmjeli selalu panggil saya dalam kelas fizik ^_^
DingDong : nama panggilan dari housemate saya Dayah (DongDong) hehe
Noordin : hah, ini panggilan dari kawan-kawan di interna sebab chief yang lupa 'i' kat belakang.
Cik Din : panggilan dari Cik Ja comel
Mummy : panggilan dari study group mates masa pre clinical sebab saya jadi mummy mereka yang selalu paksa mereka belajar hehe
Ibu : panggilan dari adik-adik batch '07 sebab dah jadi seperti ibu mereka dan saya selalu yang paling tua bila ikut program dengan mereka ^_^
Dewi : panggilan dari nenek masa kecil dulu sebab saya cucu kesayangan nenek.
Babe : panggilan dari Wawa housemate sekarang.

Banyak sekali nama panggilan pada saya. Saya suka semuanya dan setiap satunya ada makna dan erti tersendiri di hati saya.

Terima kasih semua~

Tuesday, September 21, 2010

cerita semalam

“ Ummi buat apa sekarang?”

“ Ummi tengah baca suratkhabar sendirian depan tv. Abah dah tidur. Sekarang Cuma tinggal ummi dan abah. Anak-anak dah balik asrama semuanya.”

“ Ummi, sekarang Ni rasa lemah badan, tak bersemangat. Selalu je rasa nak tidur. Tak suka la ummi. sepatutnya banyak yang harus Ni belajar.”

“ Kurangkan tidur. Lepas subuh jangan tidur kembali. Ummi dari dulu memang tidak pernah tidur sama sekali selepas subuh. Jangan tidur selepas Asar juga. Ia melemahkan kita. Ada dalam hadis Rasulullah juga.”

“Ala ummi..nanti mengantuk. Kalau balik dari hospital petang penat sangat.”

“ iya..belajarlah untuk hilangkan kebiasaan. Tidur awal di malam hari, bangun di awal pagi. InsyaAllah badan akan segar.”

“ tidur 15 minit je ok, ummi. pastu kurangkan jadi 5 menit..hehe”

“ya..lama-lama jadi hilang kebiasaan. Tahan diri untuk tidak tidur setelah subuh dan asar ya.”

“hehe..ok ummi. insyaAllah. Ummi doakan Ni supaya tetap semangat belajar, supaya dapat balik cepat tinggal dengan Ummi.”

“insyaAllah. Ummi dan abah selalu mendoakan anak-anak.”

“ Sayang ummi dan abah.”

“ sayang Ni juga.”

-saya rindukan ummi dan abah-

Monday, September 13, 2010

Orthopaedic & Traumatology

Sudah hampir dua bulan lalu sudah saya sudah menempuh bahagian ini. Lama disimpan untuk berkongsi cerita. Sebenarnya banyak sekali pengalaman selama empat minggu di bahagian ini ditambah pula pengalaman menjadi ‘pioneer’ di bahagian ini banyak meninggalkan kisah yang bermakna.

Ini adalah bahagian yang TERBAIK pernah saya lalui!

Allah, tidak sama sekali saya menyangka. Awalnya perasaan ragu dan takut untuk menghadapinya tidak sama sekali saya hadapi relitinya. Itulah kuasa tawakkal padaNYa. Memasuki fase terakhir klinikal di bahagian yang belum pernah dilalui sama sekali menjadi jalan yang terbaik untuk saya mempelajari banyak hal dan mengutip beribu pengalaman. Alhamdulillah.


Biarpun dengan ujian penilaian setiap minggu, revisi anatomi yang diperlukan tidak sama sekali membebani saya. Allah permudahkan jalan ini sehingga terasa begitu senang sekali dilalui.

Pengalaman di wad hospital, di poliklinik, di unit kecemasan dan bilik bedah banyak saya kutip sebagai bekalan di masa depan. Sewaktu di bilik bedah saya berpeluang menjadi assistant surgeon sewaktu pembedahan below knee amputation. Memang sangat mengujakan bila sewaktu memotong daging dan tulang darah memancut-mancut keluar hehe. Satu pengalaman yang tidak terlupakan!

Jika di unit kecemasan adrenalin sangat terpacu dan saya sangat sukakannya biarpun agak keletihan tidak pulang ke rumah seminggu. Di sini banyak belajar menghadapi pesakit yang darurat, kemalangan, patah tulang dengan memberikan pertolongan pertama. I love blood! Hehe. Bukannya apa. Kalau ada kes yang berdarah-darah baru terasa tercabar di situlah keterampilan teruji. Saya lebih suka bertindak dan berkata ‘ Saya mahu cuba lakukan itu!’ dan mencari peluang belajar mengasah keterampilan dengan pesakit di sini.

Biarpun mungkin sesetengah orang berfikir kita hanya melakukan kerja yang sia-sia, tapi saya tidak. Cuba untuk mengikhlaskan diri, melakukan sekecil apa pun tindakan, moga ia menjadi keberkatan untuk saya belajar lebih jauh. Ilmu itu milik Allah. Saya yakin akan hal itu. Moga Allah sentiasa memberikan jalan dan keteguhan hati ini untuk menerima setiap pembelajaran biarpun ianya sulit.

Saya sukakan Orthopaedic, namun Obstetric & Gynaecology adalah yang pertama di hati ini dari dulu ^_^
  1. Jutaan terima kasih buat semua residen Orthopaedic: dr Amir, dr Wita, dr Herwindo, dr Hadradi, dr Andy,dr Kiki and all. Supervisor:dr Henry, dr Andry, dr Rukhsal and all. You all are the best!
  2. Saya benar-benar merasakan bukan nilai yang dikejar tapi ilmu dan pengalaman yang sebanyaknya dan berguna adalah yang utama.
  3. Moga rasa ini tetap ada dan kekal untuk jalan di hadapan.
  4. Mesti bersemangat, tetap melangkah dan terus melangkah. Allah sentiasa bersama.
  5. Next: EarNoseThroat department. Bismillah. Allah, guide me~

Sunday, September 12, 2010

Forensic & Medicolegal

Waktu enam minggu di bahagian Forensik & medikolegal terasa begitu cepat berlalu. Mungkin sebab seiring dengan datangnya Ramadhan membuat saya tidak merasai waktu di sini. Enam minggu yang penuh meloyakan namun membuat saya semakin berani. Awalnya untuk membelek buku teks forensik sendiri saya takut dan rasa nak muntah melihat gambar mayat yang mengerikan di setiap helai buku. Tapi yang bagusnya saya tiba-tiba tidak sama sekali mengantuk ketika membaca buku teks.Hebat!hehe ^_^
Setakat ini saya baru sahaja berpeluang mengikuti dua pembedahan mayat (autopsi). Satu adalah kes pembunuhan seorang wanita dan satu lagi adalah kes pembuangan bayi. Autopsi pertama kes mayat wanita yang dijumpai dibunuh, dari hasil autopsi kami mendapatkan kesan tikaman sehingga menembus ventrikel kirinya. Pada mulanya rasa takut ada sebab ini kali pertama saya mengikuti bedah mayat secara langsung, tapi lama kelamaan saya menjadi teruja dengan investigasi kes ini. Dari pertama hingga akhirnya kami yang menguruskan jasad wanita ini yang tanpa identiti. Tidak tahu dari mana asal, agama dan siapa dia. Kami memutuskan untuk menyempurnakannya dengan cara Islam.

Alhamdulillah. Kami doktor muda wanita yang memandikan, mengafankan, dan solatkan jenazah dengan seupaya kami. Mujur bekal ilmu ketika di bangku sekolah mampu saya praktikkan di sini. Moga bantuan ini yang mampu kami berikan menjadi ibadah yang diterima disisNya. Amin.

Masih terlalu banyak pengalaman di bahagian ini untuk dikongsi bersama.



Alhamdulillah, pengalaman di sini banyak membuka pandangan hati saya. Kita adalah tiada apanya. Entah bila kita akan dipanggil kembali, di mana, bagaimana, dan bersediakah kita tidak akan ditanya. Melihat kakunya jasad itu tidak berdaya, tahu diri ini jua akan seperti itu. Cukuplah kematian menjadi peringatan buat diri ini.

Moga Allah panjangkan umurku untuk tetap beribadah, mencari rahmat cintaNya. Matikan diriku dalam agamamu, dalam ingatanku padaMu, dalam cintaMu, dalam rahmatMu. Matikanku dalam khusnul khotimah.

Allah, ku tahu diri ini akan kembali jua padaMu~

Sunday, September 12, 2010

Aidilfitri 2010


Ramadhan akan pergi, dan hati terasa begitu sayu sekali. Seakan belum puas merasai nikmatnya Ramadhan. Datangnya Syawal kali ini benar-benar tidak dirasai. Mungkin sebab dua tahun lepas saya beraya di Malaysia bersama keluarga, tapi tahun ini saya rela berkorban untuk tidak pulang berhari raya mengingat tugas belajar yang harus dijalani. Moga pengorbanan kali ini membawa keberkatan dan kemudahan.

“ Ummi, tak rasa nak raya tahun ni. Tak tahu nak buat apa. Rindu nak raya dengan ummi abah..”

“ Sabar, biasa lah itu. Adat belajar jauh. InsyaAllah tahun depan boleh beraya bersama nanti..”

Mungkin ada hikmahnya lebaran di sini tahun ini. Setidaknya saya dah pandai masak kuah kacang, nasi himpit resepi ummi sewaktu open house kelmarin hehe ^_^

Walaupun tahun ini tidak ramai yang beraya di sini (batch 06 hanya 8 orang), namun suasana hari raya tetap kami meriahkan. Alhamdulillah.

Di kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H buat semua keluarga, rakan-rakan seperjuangan dan semua yang mengunjungi 'Seteguh Tekadku' ini. Maaf zahir dan batin.
  1. Terima kasih buat ummi yang kirimkan 4 pasang baju raya tahun ini. Sayang ummi ^_^
  2. Terima kasih juga buat PKPMI untuk sambutan aidilfitri, juga buat adik-adik yang sudi ajak open house.
  3. Teringin nak makan ketupat tiga segi daun palas yang nenek buat. Rindu~
  4. Buat Kak Dina, maaf tak dapat tolong buat biskut raya. Buat adik- adik di rumah, maaf kak dini tak dapat jadi AJK kebersihan dan pasang pelita tahun ini.
  5. Moga Allah masih memberi kesempatan untuk bertemu kembali Ramadhan tahun depan. Ramadhan, hati ini rindu padamu~

Sunday, August 22, 2010

Unit Kecemasan


Berkampung seminggu di unit kecemasan merupakan pengalaman yang banyak mengajar erti kehidupan. Di sinilah saya melihat seorang ibu yang setia di sisi anaknya yang menanti waktu untuk pergi, airmata seorang ayah yang kehilangan kaki untuk selamanya. Tiada kata untuk membayangkan suasana di sini.

Di sini umpama tempatnya nyawa diambil. Badan yang masuk dengan lumuran darah keluar dengan jasad yang tidak lagi bernyawa.


Terkadang saya tidak mampu melelapkan mata mengingatkan suasana di sini. Saya tahu, lelaki tua yang tidak sadarkan diri dilanggar truk itu tidak menyangka hal ini terjadi padanya. Namun apa daya dia sudah terbujur kaku berlumuran darah tidak mampu tertolongkan. Benarlah, kita tidak tahu bila nyawa kita diambil, dan bila masanya tiba tidak ada kata yang mampu mengembalikannya.

Moga pengalaman seminggu di unit kecemasan lebih mendekatkan diri ini pada Pemilik hakiki diri ini.


Saya sukakan unit kecemasan kerana ianya banyak mengajar saya erti sebenar HIDUP dan MATI~

Tuesday, August 17, 2010

Masuk Koran

Hehe..lucu kan tajuk post kali ini. Maksudnya kami masuk suratkhabar huhu. sebenarnya tak teruja sangat pun masuk paper, sebab tahun lalu tiga kali masuk salam perantauan dalam surat khabar di Malaysia.
Tapi kali ini berbeza, bukan dalam Salam perantauan tapi diwawancarai (tak sangat pun) oleh koran tempatan. Siap penuh satu halaman cerita tentang kami. Tiga gambar sekaligus masuk sehari. erk..terlebih la pula. Tiba-tiba saja kami dipanggil untuk difoto, disuruh berposing, kami kaku, ditambah penat baru pulang dari hospital jadi buat ala kadar saja lah setakat memenuhi syarat. Tak sangka pula muka penuh satu muka depan surat khabar huhu.

Apapun, ia tetap menjadi pengalaman indah di sini. Jadi popular sekejap bila sudah masuk koran ini.

" Dini, sudah jadi artis ya. Selamat ya..."

"Dini, saya baca kisah kamu di koran. Saya mahu menjadi sahabat kamu di FB. Sila add saya ya.."

" Sepertinya anak ini yang masuk koran minggu lalu yang ada cerita anak Malaysia. Sama mukanya.."

Memang kelakar pun ada. tiba-tiba 'femes' di kalangan kawan-kawan, di FB sehingga di kawasan perumahan pun. Boleh pula seorang ibu tua menegur saya sewaktu di masjid kerana ingat akan muka saya tersiar di koran minggu lalu. Benar-benar terkenal saya sekejap ehe ^_^

Maka, larislah terjual koran Fajar minggu lalu hehe. Tahniah!

*koran=surat khabar=newspaper

Saturday, August 14, 2010

Healing and you will be healed

This inspiring song is dedicated for all doctors and future doctors. Let's IKHLAS with our works, may Allah shower His blessings and Love~

Healing
sami yusuf

It’s so hard to explain
What I’m feeling
But I guess it’s ok
Cause I’ll keep believing
There’s something deep inside
Something that’s calling
It’s calling you and I
It’s taking us up high

Healing, a simple act of kindness brings such meaning
A smile can change a life let’s start believing
And feeling, let’s start healing
Heal and you will be healed
Break every border
Give and you will receive
It’s Nature’s order
There is a hidden force
Pulling us closerIt’s pulling you and I
It’s pulling us up high

Healing, a simple act of kindness brings such meaning
A Smile can change a life let’s start believing
And feeling, let’s start healing
Hearts in the hand of another heart and in God’s hand are all hearts
An eye takes care of another eye and from God’s eye nothing hides
Seek only to give and you’ll receive
So, heal and you will be healed

قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب
عين ترعى عينا، وعين الله ترعى
كلمة طيبة صدقة
تبسمك لأخيك صدقه
كل معروف صدقة
اللهم اشف شفاءً لا يغادر سقماً

Wednesday, August 11, 2010

Buat Ummi & Abah

Ayah Dan Ibu
Sudirman
*dedikasi khas buat ummi dan abah

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan matahari
Ahai...
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati
Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke-27
Ummi & Abah

~Moga bahagia hingga ke syurga~

Monday, August 09, 2010

Menanti Ramadhan Kareem


Sisa sehari lagi Ramadhan akan tiba lagi. Alhamdulillah, puji syukur Allah memberikan kesempatan lagi untuk diri ini merasai nikmatnya Ramadhan. Hati benar-benar merindukan Ramadhan, dan sudah tidak sabar untuk bertemunya kembali. Hati benar-benar meronta untuk bertemu kembali Ramdhan.

Ahlan wasahlan Ramadhan Kareem.

Hati merindukan untuk merasai indahnya berpuasa bulan ramdhan. Suasana yang meriah menyambut Ramadhan di sini begitu serasa sekali. Agak berbeza kemeriahannya berbanding di tanah air sendiri. Di sini kemeriahan Ramadhan disambut seakan menyambut lebaran.

Saya merindukan untuk memasak juadah berbuka, menanti berbuka bersama teman
Saya merindukan untuk bertarawikh di masjid
Saya merindukan bunyi kertukan sahur setiap paginya
Saya merindukan untuk bangun bersahur
Saya merindukan untuk subuh berjemaah di masjid bersama tetangga
Saya merindukan untuk merasai kembali indahnya Ramadhan di sini
Biarpun begitu, saya tetap merindukan Ramadhan di samping keluarga
Moga Ramadhan kali ini membuka hati ini lebih dekat dengan cinta Ilahi~

29 Syaaban 1431H

Sunday, August 08, 2010

Bonds of Love

Bonds of Love
Raihan
Why are you so sad
And why is it so bad
When some one leaves you behind
Won't you ever know
Don't you realize
It's just a part of life
When you fall in love
With some one some time
It's smile with a broken heart
Oh falling in love
With Allah....
The bonds of love survive
No mountain too high when there's way
Come to Allah you'll never fail
The truth's so close it shall prevail
Allah, we belong to You
And everything we do
We do it all for You
Allah, always by our side
Guiding us to the light
Everything shines bright
No matter day or night..
~finding Allah's Love~

Saturday, July 17, 2010

Menjadi Pesakit

Menjadi seorang doktor lebih mudah dari menjadi seorang pesakit. Hati berkata demikian. Entahlah. Jika ingin menjadi seorang doktor cukuplah belajar di sekolah perubatan untuk 5 tahun dan jadilah seorang doktor. Menjadi seorang pesakit, susah.

“ Tangan adik sudah tidak boleh kembali kepada asal. Tangan yang ini memang tidak boleh dirawat lagi kerana tulangnya sudah bersambung. Sudah terlambat..”

Masih saya ingat bagaimana riak wajak pesakit kecil itu setelah mendapat penerangan sejujurnya dari doktor akan diagnosis Neglected 1/3 distal humerus with dislocation of radius. Sudah terlambat untuk dikembalikan posisi tulang itu, yang akhirnya selamanya pesakit itu tidak dapat membengkokkan tangannya. Cacat seumur hidup atas kesalahan orang tua yang terlambat membawa ke doktor, sebelumnya lebih percayakan azimat dukun.

Saya cuba untuk berada di situ. Tidak mampu. Seakan saya tidak kuat untuk berada di tempat dia.

Melihat pesakit datang dan pergi di sini, turut membawa hati ini terasa kecil. Betapa kuatnya mereka mampu menghadapi ujian yang lebih besar dari saya, berjuang untuk hidup, kehilangan kaki, tangan dalam sekelip mata saja.

Ujian saya hanyalah kecil dibandingkan mereka. Tidak wajar untuk saya mengeluh atau bersedih.

Tetaplah bersemangat untuk belajar yang terbaik, menjadi doktor yang baik untuk pesakit yang memerlukan. Moga ianya menjadi jalan dalam mendapatkan cinta, rahmat, dan kasih sayang Ilahi.
  1. Alhamdulillah sudah memasuki minggu ketiga di orthopaedic and traumatology department. Sangat terkesan di sini. Suka!
  2. Hari ini memulai berkampung di unit kecemasan selama seminggu, 24 jam sehari. Moga Allah membuka jalan untuk saya belajar dan menimba pengalaman sebanyak-banyaknya amin.
  3. Saya sebenarnya rindukan ummi, abah dan keluarga ~_~
  4. Sekarang sudah bulan Sya’ban. Sudah tidak sabar menanti Ramadhan! Moga Allah memberikan kesempatan untuk bertemu kembali Ramadhan tahun ini amin
  5. Melihat, belajar, dan mentafsir~

Monday, July 12, 2010

Airmata

Hati pernah bertanya
Apa yang berlaku jika Allah mengambil roh dari jasadku
Bisakah aku menangis, merintih
Allah, jangan Kau ambil nyawaku dulu
Aku belum bersedia
Kembalikah rohku pada jasadku?
Hanya dengan airmata

Hati,
Menangislah hari ini
Kau tiada apanya
Entah bila kau kan kembali pada Pemilikmu

Hati,
Jika satu hari tiada airmatamu
Tangisilah dirimu
Carilah airmata itu
Moga kau tetap rasai cinta, rahmat Ilahi~

Friday, July 09, 2010

kisah derven

Posting di dermatovenereology department telah meninggalkan banyak pengalaman dan ilmu. Saya sudah tahu diagnosis sakit gatal-gatal atif kerana urticaria, penyakit kaki ayah chik eczema, abah tinea versicolor dan di kaki saya ada clavus hehe.

Banyak yang telah dipelajari dari pesakit di sini. Pernah saya menerima pesakit Steven Johnson Syndrome yang kulitnya seperti terbakar akibat pemakaian ubat. Sepanjang di unit kecemasan, saya terpaksa memujuk pesakit itu untuk bertahan kerana dia mahu pulang untuk dimandikan dukun! Akhirnya, pesakit itu berjaya diinfus dan dirawat di wad ^_^

A 45 years old woman with Steven Johnson Syndrome


Di poliklinik, saya sudah kenal penyakit scabies, dermtitis, acne, condyloma acuminata, gonorrhea, impetigo dan banyak lagi.

Dan ini kisah seorang pemuda dengan Gonorrhoea nya datang dengan keluhan keluar sekret di kemaluannya. Memang sudah saya duga dari anamnesis awal, ianya adalah sexual transmitted disease. Akhirnya pemuda itu mengaku pernah mengadakan hubungan dengan teman wanitanya minggu lalu. Saya diberi peluang melakukan sendiri urethral swab dengan bimbingan dr Anwar dan hasilnya positif dengan Neisseria gonorrhoea. Dari kisahnya, saya berasa sedih dan kesal dengan perlakuan mereka yang bergelar mahasiswa di universiti, kebanggaan keluarga pasti yang akhirnya tewas menjadi hamba nafsu semata. Entah dimana iman mereka dikala itu. Moga Allah melindungi kita, jauh dari peluang dekat zina itu sendiri. Cinta itu tiada apanya, keberkatan adalah segalanya.

Moga segala ilmu dan pengalaman ini menjadi bekalan untuk masa hadapan.

Saya tetap bersemangat untuk belajar dan mencari pengalaman sebanyaknya!

Thursday, July 08, 2010

tahun terakhir

Alhamdulillah. Selesai sudah bahagian terakhir saya untuk tingkat 5 atau tahun keempat di klinikal. Dan, akhirnya saya sudah di tahun terakhir di sini insyaAllah.

Hampir satu tahun sudah di clinical dan enam bahagian telah dilewati dengan suka duka, airmata, bahagia, kegembiraan, pengalaman yang tak terbayarkan. Tidak terasa, seperti baru kelmarin saya memulainya.

kenangan di awal perjalanan~


Radiology, neurology, psychiatry, paediatrics, internal medicine, dan dermatovenereology sudah dilewati.

Orthopaedics & traumatology, forensics, ent, surgery, public health, O&G, opthamology, cardiology, anesthesiology menunggu di hadapan.

Bismillah, saya tetap teruskan perjuangan di tahun terakhir di sini dengan segala pengharapan dan pergantungan moga Allah mempermudahkan perjalanan ini.

Akan saya terus berlari, mengejar cita-cita.

Doa ummi dan abah selalu saya percaya mengiringi setiap perjalanan ini.

Berusahalah!

Friday, July 02, 2010

Pioneer?

InsyaAllah, this coming Monday 5th July, six of us will make a history hehe. We were ‘selected’ to be the pioneers in Orthopedics and Traumatology department!

WoW!!

We plan this, this and this..but Allah decides.
I accept it and believe it will be the best for me insyaAllah.
To Allah I rely on because He knows everything. I believe!
Wish our Ortho team the best! (^_^)v
Bismillah~

Ortho Team Medical Dragon ^_^ : Dini-BeJo-WaWan-NoRa-DiLa-FiZaH

Friday, June 25, 2010

Mahu dibawa ke mana

Maafkan
Hati ini tidak tahu mahu dibawa ke mana
Rasa hati seakan berbicara sendiri
Tidak pasti, bingung
Sering hati ini menangis
Siapalah dia untuk nya
Ku pujuk hati ini
Hati, berserahlah pada Pemilikmu yang hakiki
Pemilikmu tahu apa yang terbaik untukmu

Hati, tenanglah untuk itu
Redha lah untuk itu
Jadilah yang terbaik untuk Pemilikmu
Moga kau mendapatkan sebesar cinta
Rahmat dan kasih sayangNya~

Saturday, June 19, 2010

Laskar Pelangi


"Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya."

Semalam untuk ke berapa kali saya menonton filem Laskar Pelangi. Tapi kali ini ia disiarkan di televisyen tempatan. Lama sudah filem ini ditayangkan jika tidak salah hampir 2 tahun yang lalu. Filem ini benar-benar menarik dan ia dekat denagn realiti kehidupan di sini. Boleh saya katakana ia adalah filem terbaik yang pernah saya tonton dari hanya beberapa filem yang telah saya tontoni. Dua ibu jari untuk Laskar Pelangi ^_^

Realitinya, sekarang jika di bandar saya masih menemukan sosok seperti Lintang. Anak kecil yang dalam kemiskinan yang dahagakan pendidikan. Sering jika saya duduk menunggu, dan ada anak jalanan saya sapa. Saya senang untuk berkongsi rasa dengan mereka.

“ Adik kerja begini tidak sekolah ke? Nanti besar mahu jadi apa?”

“Sekolah, kak. Tapi hari-hari saya juga harus kerja untuk cari makan, saya orang susah. Nanti besar saya maunya kerja yang bagus..”

“Adik harus rajin belajar. Biarpun harus kerja mesti tetap belajar ya. Nanti bisa jadi dokter seperti kakak itu..”

Terlalu besar nikmat Allah berikan pada saya. Saya tidak perlu untuk memikirkan akan uang, bayaran yang harus ditanggung untuk belajar. Terlalu besar nikmat Allah, sehingga saya sudah di tahap ini. Hanya sekarang tugas diri ini adalah untuk belajar.

Sisa dua minggu department terakhir Dermatovenerologi sebelum saya memulai tahun akhir di sini insyaAllah.

Tetaplah bersemangat wahai diri. Belajarlah yang terbaik dan hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya~

Thursday, June 17, 2010

Saya Terima

“Sebenarnya, Allah tidak pernah mengambil sesuatu daripada kita melainkan Dia menggantikan dengan yang lebih baik. Tetapi, ia hanya boleh diperolehi apabila kita bersabar dan tetap redha dengan segala ketentuan dan ketetapanNya.”

Saya cuba untuk menerima. Menerima ujian yang dari dulu telah ditetapkan dan sentiasa menemani saya setiap waktu. Ianya adalah rahmat. Bukannya musibah mahupun kekurangan untuk diri ini. Apa yang ada pada diri ini semuanya adalah hak milik Allah. Allah berhak mengambilnya bila, bagaimana, dan dimana dari saya. Mata, telinga, tangan, kaki, organ dalam, badan dan tentunya nyawa ini. Diri ini tidak memiliki apapun.

Dari dulu saya berdoa. Berdoa untuk kesembuhan dari sakit itu. Sakit itu masih ada. Saya masih tidak berputus asa berdoa, tetap memohon kesembuhan dan kesempurnaan dari kekurangan yang dimiliki.

Namun, jauh di sudut hati saya mensyukuri sakit itu. Dengan sakit itu, saya mampu menangis. Menangis untuk meminta pada Allah. Dengan sakit itu, saya tidak pernah lupa untuk berdoa. Dengan sakit itu, saya tidak pernah berhenti berharap dan bertawakkal.

Sakit itu adalah rahmat. Agar diri ini selalu mengingati Allah.

Benarlah, Allah telah mengambil sesuatu dari diri ini dan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Saya terima, dengan hati yang ikhlas.

Moga Allah menggantikannya dengan sebesar rahmat, cinta dan kasih sayangNya.

Itulah yang didambakan selama ini~

Wednesday, June 16, 2010

Diam


Diam itu lebih baik. Berdiam, tidak memberikan sebarang ekspresi dan balasan. Baik untuk tempat dan ketika yang hati merasakan ianya adalah terbaik untuk berdiam diri. Hati yang mahukan. Hati merasakan terbaik untuknya. Saya mengikut kehendak si hati ini sahaja. Maafkan diri ini jika ada ucapan, kiriman, mesej atau khabar yang tidak berbalas. Bukan sombong atau tidak peduli. Jauh di sudut hati ini, selalu mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan, dan keberkatan di setiap masa.

Antara harapan, keinginan, kemahuan, impian dan penantian.

Dan Allah tahu yang terbaik. Saya yakin.

Inilah saya.

Maafkan~

Friday, June 11, 2010

Alam

Hati ini merindukan bunyi ombak. Rindukan bau laut. Lama sudah tidak melihat laut. Sekian lama setelah menjalani posting di hospital tanpa cuti membuat diri ini rindu untuk melihat alam yang indah. Seakan minda dan fikiran turut memberontak mahu istrirehat. Untuk saya, bukan mall atau pawagam menjadi tempat pilihan hati namun alam itu yang dicari. Pantai, laut, danau, air terjun mampu memberikan kepuasan untuk hati ini. Saya sukakan alam.

Mungkin doa saya didengari. Saya penat dan mahukan alam itu. Usai di bahagian interna, biarpun belum selesai ujian, Allah berikan kesempatan untuk saya berjalan melihat alam. BIRA!

Alhamdulillah, rindu hati ini terubati sudah.

Biru laut Bira


Terang bulan di subuh hari


Angin bayu bertiup membawa pergi rasa hati ini
Putih pasir suci memadam kepenatan hati ini
Biru laut terbentang menghampar ketenangan hati ini
Sinar matahari terbenam menggelamkan gundah hati ini
Terang bulan malam menerangi hati yang kelam ini
Sungguh, hati ini tenang melihat alam
Alam, tetaplah ada di hati ini
Moga hati ini dekat Pencipta mu~

PERMATA 2010
Bira
29Mei10

*credit pictures to jr2009

Tuesday, June 08, 2010

Kaki Hitam itu

Saya menangis. Tidak mampu menahan rasa sedih. Pengalaman bertugas di unit gawat darurat hari itu benar-benar menyentuh hati ini.


“Dok mahu potong kaki saya sampai mana? Bisa tidak dipotong? Mana semua anak-anak saya?”

Kaki itu sudah hitam. Bernanah dan membusuk sudah. Di status pesakit sudah tertulis diagnosis kaki diabetik Wagner V. Clostridium perferingens sudah bermaharajalela di kaki hitam itu dan gas gangrene sudah sampai ke paras lutut. Tidak mampu diselamatkan, yang ada hanya diamputasi sebatas lutut.

Tidak tahu mengapa saya bisa menahan bau kaki hitam biarpun orang-orang yang melewati kaki hitam itu menutup hidung. Saya tidak mahu bapak itu sedih kerana kaki hitam itu. Biarlah kaki hitam itu tetap di situ.
Kaki hitam itu

Entah mengapa pesakit itu membuat diri saya ingat akan Abah. Abah juga ada sakit gula itu. Sudah lama.

Masih saya ingat cuti yang lalu abah cuba menunjukkan kaki abah ada ulkus kecil tanpa pengetahuan ummi.

“ Abah, jangan biarkan luka macam ni. Abah kena beritahu ummi dan rawat luka ni, jangan biarkan begini..” Hati ini menangis bimbang akan keadaan abah yang lukanya lambat sembuh itu.

“Abah sudah makan ubat? Abah harus makan ubat teratur supaya gula terkontrol dan tidak ada kesan yang lain.”

Dulu, anak abah ini tidak tahu apa itu metformin.

Untuk abah, anak abah sudah tahu apa itu metformin. Setiap kali anak abah belajar sakit gula itu, pasti ada rasa bersemangat di hati untuk belajar yang terbaik untuk abah.

Abah, Ni tetap akan selalu menjadi doktor peribadi untuk abah. Hanya dengan bayaran kasih sayang dan doa dari abah senantiasa~

Saturday, June 05, 2010

Masa dan waktu

Maaf airmata untuk pergi
Mungkin diri ini terlalu rapuh
Tapi itulah hakikatnya seorang saya
Paling tidak bisa untuk mengabaikan ketepatan waktu
Tidak bisa dengan yang memungkiri janji
Demi masa, ianya adalah nyawa untuk seorang saya
Antara hidup dan mati seorang pesakit~

Clarion
5Jun2010

Thursday, June 03, 2010

Antara diuji dan penguji


Ujian di klinikal adalah bersifat oral examination, di mana kami diuji dengan keterampilan menghadapi pesakit secara lisan. Pengujinya adalah di kalangan professor dan doktor spesialis dari setiap bahagian.

Penguji itu adalah manusia dan tentunya pelbagai ragamnya. Ada yang tegas, garang,dan ada yang baik bak malaikat katanya.

Dan dalam itu ramailah yang mendoakan, bekerja, belajar untuk mendapatkan penguji ‘malaikat’ itu.

Jujur saya katakan saya amat kurang senang akan situasi ini. Situasi dan keadaan di mana mengejar malaikat itu.

Bagi saya, belajarlah yang terbaik. Berdoalah untuk diberikan penguji yang sesuai dengan kemampuan kita, Allah tahu yang terbaik untuk kita. Apapun nilai yang bakal kita dapat, apa yang penting adalah keberkatan ilmu yang kita dapatkan, moga ia berguna untuk diri kita dan pesakit kita nanti.

Moga Allah tetapkan hati ini untuk terus ikhlas mencari ilmu dan dipermudahkan urusan di hadapan.

Kerana saya yakin, Allah sentiasa bersama dalam setiap langkah ini.

Sunday, May 30, 2010

Bawalah

Bawalah suara hati ini pergi
Biarpun entah kemana dibawa pergi
Biarlah ia mengembara
Jauh...
Moga ia terdengarkan
Suara kecil hati ini~

Bumi Turatea
28Mei2010

Wednesday, May 26, 2010

Kata Maaf

“ Ummi, Ni minta maaf sebab dah lama tak telefon ummi. Bukannya Ni lupakan ummi tapi Ni selalu tertidur awal malam untuk telefon ummi..”

“ Tak apa. Ummi faham. Afat ada cakap Ni sibuk dan ummi faham. Ummi tak salahkan..”

Air mata ini mengalir deras. Mengalir untuk merasakan bersalah dan berdosa untuk tidak menghubungi ummi sudah hampir seminggu.

Saya tiba-tiba tersentuh.

Sibuk.

Bukan itu alasan untuk saya.

Saya masih belajar. Belum lagi bekerja. Kata sibuk itu tidak pantas dijadikan alasan untuk tidak menghubungi ummi dan abah di Malaysia.

Saya tersedar. Saya adalah seorang anak untuk ummi dan abah. Saya tidak seharusnya begitu. Ummi dan abah setiap saat ingat akan anak-anak mereka.

Saya belum bekerja. Belum mempunyai suami. Belum mempunyai anak. Dan tidak ada beban apa-apa yang tepikul di bahu ini.

Maafkan Ni, ummi abah.

Biarpun bukan setiap hari saya menghubungi mereka, namun ummi dan abah tetap selalu ada dalam ingatan dan hati ini.

Ada dalam tiap doa saya.

Moga Allah sentiasa memberi rahmat dan kasih sayang untuk Ummi dan Abah.

Moga ummi dan abah tahu,

Diri ini selalu menyayangi dan merindukan pelukan, belaian kasih sayang ummi dan abah~

Sunday, May 16, 2010

Test

“ Do men think that they will be left alone on saying, We believe’, and that they will not be tested? We did test those before them, and God will certainly know those who are true from those who are false..”
[29:2-3]
Alhamdulillah.

Friday, May 14, 2010

Kuatlah

Entah mengapa hati ini masih terlalu lemah
Lemah untuk ditegur dan dimarahi
Air mata sepertinya terlalu murah untuk mengalir
Mengalir dan terus mengalir
Sering hati ini ditegur
Hati, kamu mesti kuat!
Masih jauh perjalanan di depan sana
Masih terlalu banyak cabaran yang bakal kau tempuh
Terkadang ianya tidak mampu menahan
Terlalu lemah
Adakah hanya dengan airmata hati ini bisa menjadi kuat?

Allah, kuatkan hati yang lemah ini
Hati ini hanya bergantung padaMu~


RSLB
14:13
14Mei2010

Thursday, May 13, 2010

Trust

“If you put your whole trust in Allah, as you ought, He most certainly will satisfy your needs, as He satisfies those of the birds; they come out hungry in the morning, but return full to their nests..”
[At-Tirmidhi]

Monday, May 10, 2010

novel

Teman : Kenapa nampak sedih?

Diri: Entahlah, cuba untuk memujuk diri dan mencari kekuatan.

Teman : Kenapa?

Diri : Saya cuba untuk berlari dari kenyataan dan keinginan hati.

Teman: Dini, ini bukannya sebuah novel! Kamu harus yakin dan percaya pada diri sendiri.

Diri: Tak apalah. Biarlah keyakinan dan kepercayaan ini saya sandarkan hanya pada pemilik hakiki hati ini.
. . . . . . .

Saturday, May 08, 2010

Hati ini

Biarlah hati yang berbicara
Tak perlu ucap patah, gerak bahasa
Biarlah ia memahami sendiri
Tak salah untuk cuba melupakan
Hati merasakan itu yang terbaik
Biarpun ianya sulit
Moga hati tenang untuk melupakannya
Tenang untuk itu

Redha untuk itu

Hati, dekatlah kembali kepada asalmu
Hati ini hanya milik Nya~

Yang dikurnia hati,
DiNi aZiZ

Saturday, May 08, 2010

Hari Ummi

“ Di saat kita berjauhan, rasa ingin ku berlari,mendakapi penuh girang bak si kecil kehilangan. Betapa ku merindu lembutnya belaian ibu, membuatku terlena..” SELAMAT HARI IBU, buat ummi tersayang. Doa dan ingatan dari jauh untuk ummi semoga ummi bahagia bersama anak-anak dan suami. Sayang dan rindukan ummi selalu~ [9:34am]

Salam. Terima kasih ummi sentiasa merindui sayang Dini doa segala kebaikan untuk Dini amin. [9:41am]

Setiap saat saya rindukan pelukan dan senyuman ummi.
Rindukan masakan ummi.
Rindukan masa bersama ummi.
Rindukan kehadiran ummi di sisi.
Setiap hari adalah hari ibu untuk ummi.
Ummi, adalah yang terbaik untukku.
Dan selamanya saya anak ummi.

Salam sayang,
Anak Ummi

Friday, May 07, 2010

being there

Last night I called my big bro and he asked me to update my blog. Nothing to write, just wanna share a sister’s sms for her big brother.

After a long distance-midnight-near mortuary-heart2heart-tears-laugh-sharing-conversation.

I sms-ed:

“ Ok la Afat. May be you are busy preparing for your work. Thanks for being there when I need you bro, to cry on and share anything. You’re the best bro and friend since I never have a boyfriend hehe. Hope you will not get married soon, coz no one can take my big bro before I’ve my own boy in my life hehe. Take care, bro (^_^)v

Bro replied:

“ Ok. Hope you get the strength. Never lose your hope. We will be there to fully support you. Ok, will wait you to finish your study and I will get married.hehehe…lambat lagi la nampaknya.hehe.. ”

It won't be for long, after I finish my study insyaAllah but you, bro have to find one for me since I don’t know how and where should I . Hehe..

Well, it is not about a competition, who will get it. It is about faith and submittion to the Knower of all. Allah knows best and I believe that.

Don’t have to worry ok even ummi always ask and try to discover the unknown secret hehe.. and most important ummi give the green light already hehe.

Thanks again and I appreciate to have my big bro in my life. Big girl will always cry to build up her HEART~

always find Allah's love-the eternal love.
Ok, enjoy reading my update bro. take care of yourself and may Allah bless you in your everyday undertakings.amin.
Allah, guide us to find Your Love.

Regards,
Your sis
*Hugs and kisses to beloved ummi, abah, and siblings in msia*

Friday, April 02, 2010

Merindukan Pesakit

Seminggu ini sudah saya tidak diberi tanggungjawab terhadap pesakit di wad. Soalnya minggu ini saya ‘terpilih’ untuk menjadi coass consul dalam erti kata lain bertugas menerima sebarang konsultasi pesakit dari bahagian yang lain seperti bedah dan obgyn yang memerlukan penanganan rakan sejawat dari bahagian internal medicine. Tugasnya lebih kepada mengiringi doktor-doktor senior untuk memeriksa dan memberikan penanganan kepada pesakit di bahagian lain.

Saya rindu. Rindu untuk follow up, menyentuh pesakit di pagi hari. Rindu untuk berbual-bual, bercerita dengan pesakit. Rindu untuk melihat senyuman dan gelak ketawa pesakit yang membaik dan sering memanggil saya Upin Ipin atau Kak Ros!

“Selamat pagi, Kak Ros!”

“Doc pasti orang Malaysia. Seperti Upin Ipin saja…”

R I N D U . . . .

Biarpun hari-hari saya harus menghadapi risiko dari pagi hingga siang hari bergelumang dengan pesakit dengan Mycobacterium Tuberculosis mahupun virus dan bakteria lainnya, saya rela.

Memang itu kehidupan saya.

Hati saya di situ.

Kerana itu saya ingin menjadi seorang doktor~

Tuesday, March 30, 2010

Frame

O’ Allah, if You know this affair to be good in relation to my religion, my life, my soul, and end, then decree and facilitate it for me, and bless me with it, and if You know this affair to be ill for me towards my religion, my life, my soul, and end, then remove it from me and remove me from it, and decree for me what is good wherever it be and make me satisfied with such.
You know while I do not and You are the Knower of the unseen.
to You i put my trust
and rely on
amin.

Sunday, March 28, 2010

Belajar Dari Seorang Teman


Kepenatan posting di internal medicine memang diakui. Penatnya berbeza ketika di pediatrics lalu. Setiap kali jaga di hospital, terlalu banyak yang harus dikerjakan mulai menerima setiap dari keluhahan pesakit yang hampir setiap saat menjengah hingga menerima pesakit baru dari unit gawat darurat (ER).

Saya penat.

Saya malas.

Saya mulai berkira.

Saya mulai mempersoalkan ini itu.

Memang tidak mudah untuk menjadi seorang doktor. Terasa diri sangat lemah dan jahat untuk menjadi seorang doktor yang baik. Terkadang, IKHLAS menjauh dari diri. Tapi, cepat-cepat saya mencari kembali. Hanya doa penguat diri. Doa dari hati. Doa dari ummi dan abah.

Banyaknya waktu ketika di hospital membuat saya terkadang hilang rasa. Tidak seperti sebelumnya. Sepertinya pekerjaan harus diselesaikan saja dan berkira akan setiap yang dilakukan. Berkira dalam erti kata harus dicatat dan dipandang oleh orang lain. Erti yang senang TIDAK ikhlas!

Betapa terlalu lemah diri ini.

Saya mulai belajar dari seorang teman. Allah sudah memberikan contoh yang nyata di depan saya. Teman saya sangat rajin dan bertanggungjawab. Bukan rajin dari kata, tapi perbuatan yang nyata. Tidak pernah berkira dalam setiap hal yang dilakukan. Bertindak sebagai doktor muda yang sangat bertanggungjawab besar dan prihatin terhadap pesakit. Saya kagum.

Saya harus belajar untuk menjadi seperti dia. Menjadi seorang doktor yang baik tidak mudah, butuh proses yang lama. Dan harusnya mulai sekarang. Perlu tindakan bukan sekadar kata.

Biarpun kadang-kadang saya tidak mampu memberikan pengobatan untuk seorang pesakit dengan ubat, cukuplah setiap apa yang saya lakukan menyenangi pesakit itu.

“ Pesakit ini bukan hanya perlukan obatan dari doktor. Seorang doktor yang baik terhadap pesakit juga menjadi obat buat mereka…”

Setiap kali terdetik rasa malas di hati, saya cuba melawan. Beristighfar. Harus memperbetulkan niat kembali. Moga setiap apa yang dijalani kami, Allah membalas dengan rahmat dan kasih sayang Nya. Moga Allah mempermudahkan urusan kami, sentiasa memperbetulkan kembali niat kami, sentiasa bersama kami dalam hidup ini.

Di sini, saya banyak belajar dari seorang teman. Terima kasih buat teman saya itu yang telah banyak memberi inspirasi dan contoh yang baik setiap saat. Contoh dan ispirasi seorang doktor yang baik, seorang muslim yang sejati. Terima kasih Allah atas segala rahmat dan kasih sayang Mu.

Terima kasih teman. Terima kasih Allah.

1. Berkesempatan menulis di hujung minggu. 6 malam di hospital hanya semalaman di rumah.
2. Esok, minggu ketiga di internal medicine. Cepat masa berlalu.
3. Rindukan pelukan ummi dan abah~
4. Belajar untuk melihat sesuatu dengan pandangan mata hati.
5. Moga Allah sentiasa memberikan kesabaran dan kekuatan buat diri ini.amin.

Saturday, March 13, 2010

Hari itu

Saya lupa. Hari itu tanggal 12 Rabiulawwal. Lupa dan tak sedar sebab terlalu sibuk dengan jaga patient baby tidak kenal siang malam. Team perinatology kami sudah diingatkan keras untuk lebih berhati-hati jaga patients sebab selama tiga hari kami bertugas, tiga yang sudah meninggal. Jaga bayi yang patologis tidak mudah. Sangat rapuh. Keadaan baby sangat cepat berubah. Tiba-tiba boleh apneu. Itu lah setiap kali saya yang stand by menjaga baby, pasti tidak berani melelapkan mata melihat dari jauh baby dalam incubator dadanya bergerak atau tidak.hehe…
Yellow baby hyperbilirubinemia with 'sunglass'
during phototherapy treatment hehe

Hari itu saya tidak sedar. Hari ulang tahun kelahiran saya yang ke 24. Ummi dan abah pagi-pagi sudah sms ucapkan selamat dan doa. Saya ketika itu masih menunggu di dalam kamar bersalin menanti baby baru untuk lahir.

“Ibu, tahniah. Anak ibu lahirnya tanggal 12 Rabiulawal, sama dengan tahun kelahiran Nabi Muhammad. Saya juga ulang tahun kelahiran hari ini ^_^ ”

Ibu muda itu gembira mendengar ucapan saya dan tidak tahu menahu akan tarikh hari itu.

Persis, ummi juga pernah menceritakan ummi tidak sedar yang hari itu maulid nabi, setelah saja diberitahu doktor. Mungkin seperti inilah perasaan ummi 24 tahun lalu bila tahu anaknya lahir pada maulid Nabi Muhammad. Dan baby itu adalah saya ^_^

Saya mendapat hadiah istimewa menyambut baby perempuan comel di pagi Jumaat 12 Rabiulawaal itu.
baby fresh from uterus ^_^

Semoga berkat lahir 12 Rabiulawwal bersama saya dan baby sentiasa ^_^

Terima kasih ummi, abah. Sayang ummi dan abah senantiasa.

Thursday, March 11, 2010

Dreams are possible

Bangga. Dapat ketemu Dr. Sheikh Muszaphar secara langsung ^_^

Terima kasih dr. atas kunjungan yang memberi inspirasi buat kami semua.

“Dreams are possible”


Dr Sheikh Muszaphar and us! 21022010


Jangan pernah takut untuk bermimpi!

Thursday, March 11, 2010

Pediatrics

Ini posting yang keempat sebenarnya sejak hampir 6 bulan yang lalu. Sudah hampir beradaptasi memang dengan life di hospital, dengan real patients. Bukan lagi mayat, encik mannequin atau simulasi lainnya seperti di ruang clinical skill lab dulu. Jangka waktu sepuluh minggu agak lama dan memenatkan untuk dibayangkan, namun seperti sekejap saja ia berlalu. Terasa seperti semalam je minggu pertama jaga sepuluh kali seminggu, tidak pulang ke rumah dua minggu bertugas di hospital daerah, dan kelmarin Alhamdulillah sepuluh minggu sudah dilalui.

Perasaan?

Bercampur- baur. Sepanjang itu, ada gembira, ketawa, air mata tak terkira, sedih, duka, pasrah dan segala macam. Apapun, syukur Alhamdulillah Allah jua tempat bergantung, tempat mengadu dan segalanya telah dipermudahkan.

Pada mulanya memang agak sulit untuk seorang ‘saya’ beradaptasi dengan pesakit kanak-kanak apatah lagi baby. Minggu pertama sudah saya menangis sebab kena periksa baby yang menangis. Jadi, akhirnya sama-sama menangis. hmmmm.....

“ Ummi, Ni tak kuat nak jaga baby. Tak tahu camne nak lalui seminggu ini dengan baby. Ni tak ada rasa dengan baby.. =’(

“ Tak baik camtu. Kena IKHLAS. Kesian baby tu kalau Ni tak jaga dengan baik. Baby tak minta dilahirkan sakit begitu. Ni kena belajar suka baby. Lihat ummi, abah bagaimana boleh besarkan anak-anak masa kecil dulu. Abah tak tidur malam buat susu, tukar pampers sayang anak-anak. Ni pun kena belajar dari sekarang. Kena kuat, ikhlaskan jaga baby.”

“……baik ummi…....ummi doakan Ni supaya jadi dokter yang baik….”

“ InsyaAllah, ummi abah selalu doakan Ni. Jangan cubit-cubit baby tau”


Doa, minta petunjuk dan kekuatan dari Allah, pupuk IKHLAS dan akhirnya….…saya SUKA baby ^_^
BENAR!

“ Ummi, Ni dah suka baby. Alhamdulillah, sampaikan sekarang asyik masuk jenguk baby walaupun dah habis bertugas. Tapi…. Ni tetap suka kucing lagi dari baby hehe….”



i heart cat 57% baby 43% hehe

Wednesday, March 10, 2010

Mahu menulis lagi

Maaf. Rasa bersalah terhadap diri sendiri juga. Sudah terlalu lama blog ini bersawang. Entah berapa bulan lamanya, tidak mahu saya hitung lamanya. Sejak mulai kehidupan baru di hospital, seakan masa untuk menulis, berkongsi rasa dan cerita di sini tiada. Banyak alasannya tidak usah diperkirakan Jangan salahkan masa. Salahkan diri sendiri. Banyak cerita, memori, pengalaman yang mahu dikongsi sepanjang kehidupan sebagai dokter muda di rumah sakit. Banyak sekali. Sudah empat bahagian yang telah dilewati, setiap satunya ada kisah tersendiri.

Alhamdulillah, empat hari sisa cuti ini setelah hampir enam bulan di hospital, tanpa cuti. Terkadang tidak pernah merasa hujung minggu. Seakan minggu tidak berpenghujung hehe.
Untuk mengungkit kembali kisah lama hampir 5 bulan lalu, mungkin agak sukar. Tapi insyaAllah, akan saya cuba. Harus. Takkan dibiarkan segala kisah pengalaman dan pengajaran sepanjang hidup ini sia-sia berlalu seperti tidak ada kesannya.

Selamat berlibur selama empat hari wahai diri, nikmati waktu lapang, gunakan sebaiknya sebelum waktu yang padat kembali minggu depan dan belum tahu kapan lagi bisa berlibur ^_^