Sunday, November 21, 2010

Jantungku

Bahagian sebelumnya yang telah saya lalui adalah cardiology department atau umumnya bahagian jantung. Banyak ilmu yang telah dikutip di sini, dari kemahiran membaca garisan berkelok-kelok di kertas (ECG), ubatan penyakit jantung dari aspilet, isosorbid dinitrate, dan banyak lagi, melihat sendiri pesakit jantung yang pelbagai persis seperti di buku teks, melihat angiography coroner, dan banyak lagi pengalaman selama 4 minggu di sini.

Stase di cardiology kebanyakannya di cardiac center dan cardiovascular care unit (CVCU) unit rawatan intesif penyakit jantung. Baru saya ketahui ternyata CVCU adalah antara salah satu tempat yang paling banyak kes kematian. Hampir setiap hari ada pesakit yg pergi. Datang di pagi hari, sudah ‘hectic’ dengan pesakit yang darurat, sehingga suara tangisan keluarga hampir satiap hari terdengarkan.

Jantung itu luarbiasa. Bekerja tanpa henti sejak kita lahir. Sekali ia berhenti, tiadalah kita. Memang teorinya jantung berbunyi Lup Dup, tapi bila mendengar sendiri jantung pesakit seperti sama saja bunyinya.


“ Jika mahu mendengar lup dup jantung itu seperti di buku, ambil stetoskop dan hayati bunyi jantung anda sendiri selama setengah jam.”

Itu kata Prof AA. Malamnya itu sewaktu berbaring di tempat tidur, saya cuba memasang stetoskop menghayati sendiri jantung saya. Lup dup. Seperti itu bunyinya. Lama mendengar kerja jantung ini yang tak pernah berhenti membuat hati tiba-tiba tersentuh. Bagaimana jika ianya berhenti berdengup? Merasakan jantung yang tidak pernah hentinya bekerja pasti akan suatu hari nanti berhenti. Itu pasti.

Sejak itu, setiap detak jantung yang dirasakan di tubuh ini, saya syukuri. Alhamdulillah. Salah satu dari berjuta nikmat yang terlupakan. Allah masih mengizinkan jantung ini bekerja untuk diri ini. Moga setiap detak jantung ini memompa darah, mengingatkan diri ini akan Penciptanya.

Berdenguplah, moga ianya menjadi dzikir bagiku yang tidak pernah lelah berdengup seperti dirimu. Jantungku.

Friday, November 19, 2010

Dua puluh empat

Minggu lalu, tanggal 14 November adalah hari ulang tahun kelahiran saya. Yang ke-24 sudah. Selamat ulang tahun ke 24 buat saya ^_^ wah…hampir ¼ dekad sudah. Perasaan seperti biasanya di hari ulang tahun, tidak terasa sudah dewasa. Seperti masih kanak-kanak lagi hehe.

“ Happy birthday, my dear sister. Jangan nangis-nangis lagi tau. Sudah besar dah sekarang. I’m waiting you to come back to plan my wedding ^_^ ” –Bro Afat

“Happy birthday my ♥ ly sis..semoga pjg umur murah rezeki bjaya dunia akhirat..jadi doktor bjaya utk umi abah n agama..jgn nangis2 lg,,dh msuk umur 24 kan..heee.. ktorg smua dh ada kat umah.smua dh stat cuti..really misz u n will waitg 4u to come back to Msia 4 good=) jg diri elok2 ya. ♥ u so much...from:kak dina n ain yg comot”

“ Selamat hari lahir ke 24. Ummi abah doakan Dini panjang umur murah rezeki cemerlang dunia khirat. Menjadi doktor berjaya untuk agama, negara dan keluarga.”
Hari itu saya menerima banyak ucapan dari keluarga, teman dan guru-guru. Terima kasih atas ucapan dan doa yang dikirimkan.

Malam itu Kak Nik belikan kek ulang tahun siap dengan lilin lagi hehe. Terima kasih banyak kak nik ^_^ . setelah itu kami makan-makan diluar dengan teman-teman yang lain.

Alhamdulillah, ulang tahun kali ini masih sempat disambut. Terima kasih buat kawan-kawan yang telah memberi kado ulang tahun buat saya, dan saya sangat menghargainya sekali.

Masih teringat waktu kecil-kecil dulu jika hari ulang tahun kelahiran pasti menunggu hadiah dari abah. Yang menariknya setiap tahun, abah akan menyimpan hadiah di sisi tempat tidur setiap malam ulang tahun. Dan ketika bangun dari tidur sudah ada hadiah ^_^

Tiap-tiap tahun dapat hadiah yang berbeza. Seingat saya pernah mendapat set alat tulis, teddy bear dan pensil warna besar. Rindu akan zaman kanak-kanak dulu.

Dan masih teringat waktu di asrama MRSM dulu ketika menyambut ulang tahun sewaktu SPM, ummi bawakan makanan yang banyak, kek untuk saya sambut dengan kawan-kawan yang tengah berjuang SPM. Terima kasih ummi.

Sekarang, ummi dan abah menghadiahkan doa dari jauh.

insyaAllah, moga Allah panjangkan umur saya untuk berbakti pada Ummi dan abah. Tahun depan saya sendiri yang ingin memberi hadiah istimewa untuk ummi dan abah setelah bekerja nanti amin.

Semoga Allah panjangkan umurku untuk tetap mencari kasih sayang cinta Nya yang hakiki.

Selamat ulang tahun, Noordini.

Monday, November 15, 2010

Berkorban

Bagun subuh tadi dikejutkan oleh takbir hari raya di pagi yang sunyi. Entah kenapa hati terasa begitu sayu mendengarkannya. Bukan kerana lebaran kali masih disambut sendirian di perantauan seperti sebelumnya. Saya sudah tegar.

Kelmarin hari pertama posting di bahagian Anesthesiology (pembiusan), bekerja dan belajar di kamar operasi dari pagi hingga malam lebih 12 jam tanpa henti. Bahagian yang sangat menguji kekuatan fisik dan mental. Terkadang terasa penat dan jenuh datang, namun dilempar jauh.
Saya harus berkorban. Ini adalah jalan untuk mendapat cinta hakiki. Hidup adalah pengorbanan.
Kalau profesi lain, malam tidak bakal diganggu nyenyak tidur. Kadang hati lemah ini pernah memberontak ketika dikejutkan tidur kerana ada pesakit baru datang di tengah malam. Terpaksa tidur dikorbankan menjenguk pesakit yang datang.

Sering saya bermonolog di hati. Berat untuk berkorban.

Namun, monolog hati itu cuba dipadam. Memang sulit tapi saya memupuk untuk cuba mengikhlaskan setiap langkah ketika itu hanya untuk mencari keberkatan, rahmat, cinta Ilahi.

Itulah hati. Harus dipupuk dan disuntik jiwa kedalamnya.

Moga hati ini, jiwa ini, jasad ini sentiasa ikhlas untuk berkorban demi cinta hakiki.

Allah, kuatkan hatiku untuk berkorban hanya untuk Mu~

Salam Aidiladha.