Wednesday, July 08, 2009

hye from dR fanam dimah

Tuesday, June 23, 2009 8:41 AM
From: "Mohammad Jaswandi Mat Aroff"
ContactsTo: putra_dien@yahoo.com
Cc: manaf@kb.usm.my

hye asalamualaikum, terjumpa pulak blog nih yg ada buku abang saya dalam blogs nih, jika berkesempatan dan juga ingin berkenalan dengan DR fanam dimah boleh lah datang ke wad 8TD HUSM kubang kerian kelantan, buat masa sekarang dr fanam sedang sakit .

regards
jaswandi

on behalf

dR fanam dimah
( profesor madya dr abd manaf hj hamid )
Jabatan Perubatan Masyarakat
USM Kubang Kerian Kelantan
manaf@kb.usm.my


waalaikummussalam...

terima kasih tak terhingga sebab sudi menziarah blog saya. terima kasih juga sebab menghubungi saya dan saya merasakan terharu dihubungi oleh keluarga dr Fanam yang selama ini saya kagumi.

maaf sebab lambat untuk membalas emel atas kekangan waktu. saya sungguh mengagumi dr Fanam dan amat menyukai buku Catatan Seorang Doktor. ia menjadi inspirasi buat saya untuk menulis dan menjadi seorang doktor yang baik seperti dr Fanam. sungguh saya telah mengulangi membacanya dan tak pernah jemu.

ingin sekali saya bertemu dan menziarahi dr Fanam tetapi sekarang saya masih menjalani kuliah di negara jiran. insyaAllah jika diizinkan dan berkesempatan saya akan menziarahi beliau ketika pulang ke malaysia september mendatang.

hanya doa yang saya titipkan moga dr fanam lekas sembuh dan sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Jika tidak keberatan, sampaikan salam saya buat dr Fanam dari Makassar, Indonesia.

terima kasih encik Jaswandi kerana menghubungi saya.saya amat menghargainya.

DiNi aZiZ


Catatan Seorang Doktor tulisan dr Fanam Dimah


1) terasa sangat terharu dan gembira dapat contact dr Fanam melalui emel ^_^


2) Moga dr Fanam cepat sembuh dan dapat kembali berkhidmat sebagai doktor.


3) alhamdulillah

Friday, July 03, 2009

KKN I

Esok tanggal 4 Juli 2009 bakal mencipta sejarah. Saya akan berangkat ke sebuah desa yang jauh dari Makassar dan tinggal di sana untuk hampir dua bulan lamanya. Tujuannya adalah untuk mengikuti program wajib sebelum wisuda (graduasi) iaitu Kuliah Kerja Nyata (KKN) Profesi Kesehatan. Seperti tahun-tahun yang sudah, mahasiswa kedokteran, farmasi, dentistry, nursing, public health akan bergabung untuk mengabdi kepada masyarakat desa. Matlamatnya adalah untuk meningkatkan taraf kesihatan masyarakat dengan mengadakan program-program kepada mereka selama dua bulan di sana.

Tempat kerja dan tinggal saya nanti di Desa Bajiminasa, Kacamatan Gattareng Keke, Kabupaten Bantaeng, Sulsel. Katanya desa ini di pergunungan. Entahlah, harapnya tidak terlalu tinggi gunungnya sebab saya bawa beg yang sangat besar dan berat untuk diangkat hehe. Tinggal di sana bersama ahli keluarga baru dari fakultas lain seramai 12 orang. Tiga cowok dan 9 cewek hehe. Maka tinggallah kami serumah nanti untuk dua bulan lamanya.

Hmm, perasaan bercampur aduk. Teruja, risau, gembira, sedih pun ada. Teruja sebab pasti banyak cabaran yang bakal dihadapi. Risau sebab belum tahu kondisi rumah dan keadaan tempat tinggal kami selama dua bulan nanti. Gembira sebab dapat menimba pengalaman nanti. Sedih sebab kena tinggalkan bilik dan tak dapat tidur di katil lagi.

Apapun yang bakal dihadapi nanti, moga Allah jua yang akan melindungi kami di sana. Niatkan ikhlas untuk membantu masyarakat desa yang memerlukan.

Jadi, mungkin selama dua bulan nanti hidup tanpa internet. Laptop tetap di bawa tapi belum tentu signal indosat sampai atau tidak di pergunungan itu. Kita tunggu dan lihat sahaja ^_^

Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar dan selamat pulang dua bulan nanti. sampai ketemu ^_~

  1. Belum sempat nak update cerita Java trip yang superb. Nanti mahu menulis banyak banyak di desa sana ^_^
  2. Masih banyak yang belum di packing. Baru lepas goreng ikan bilis untuk bekalan di sana.
  3. All the best untuk bro Afat interview nanti. I pray the best for you.
  4. Selamat belajar juga untuk adik Azfar yang baru mendaftar di UiTM Segamat. Semoga Berjaya di sana.
  5. Nanti tukar nombor hp. Tak dapat pakai three sebab tak dapat signal di sana harus pakai telkomsel kartu as . Mahalnya nak call Msia nnt huhu.