Friday, July 09, 2010

kisah derven

Posting di dermatovenereology department telah meninggalkan banyak pengalaman dan ilmu. Saya sudah tahu diagnosis sakit gatal-gatal atif kerana urticaria, penyakit kaki ayah chik eczema, abah tinea versicolor dan di kaki saya ada clavus hehe.

Banyak yang telah dipelajari dari pesakit di sini. Pernah saya menerima pesakit Steven Johnson Syndrome yang kulitnya seperti terbakar akibat pemakaian ubat. Sepanjang di unit kecemasan, saya terpaksa memujuk pesakit itu untuk bertahan kerana dia mahu pulang untuk dimandikan dukun! Akhirnya, pesakit itu berjaya diinfus dan dirawat di wad ^_^

A 45 years old woman with Steven Johnson Syndrome


Di poliklinik, saya sudah kenal penyakit scabies, dermtitis, acne, condyloma acuminata, gonorrhea, impetigo dan banyak lagi.

Dan ini kisah seorang pemuda dengan Gonorrhoea nya datang dengan keluhan keluar sekret di kemaluannya. Memang sudah saya duga dari anamnesis awal, ianya adalah sexual transmitted disease. Akhirnya pemuda itu mengaku pernah mengadakan hubungan dengan teman wanitanya minggu lalu. Saya diberi peluang melakukan sendiri urethral swab dengan bimbingan dr Anwar dan hasilnya positif dengan Neisseria gonorrhoea. Dari kisahnya, saya berasa sedih dan kesal dengan perlakuan mereka yang bergelar mahasiswa di universiti, kebanggaan keluarga pasti yang akhirnya tewas menjadi hamba nafsu semata. Entah dimana iman mereka dikala itu. Moga Allah melindungi kita, jauh dari peluang dekat zina itu sendiri. Cinta itu tiada apanya, keberkatan adalah segalanya.

Moga segala ilmu dan pengalaman ini menjadi bekalan untuk masa hadapan.

Saya tetap bersemangat untuk belajar dan mencari pengalaman sebanyaknya!

0 comments:

Post a Comment