Monday, September 13, 2010

Orthopaedic & Traumatology

Sudah hampir dua bulan lalu sudah saya sudah menempuh bahagian ini. Lama disimpan untuk berkongsi cerita. Sebenarnya banyak sekali pengalaman selama empat minggu di bahagian ini ditambah pula pengalaman menjadi ‘pioneer’ di bahagian ini banyak meninggalkan kisah yang bermakna.

Ini adalah bahagian yang TERBAIK pernah saya lalui!

Allah, tidak sama sekali saya menyangka. Awalnya perasaan ragu dan takut untuk menghadapinya tidak sama sekali saya hadapi relitinya. Itulah kuasa tawakkal padaNYa. Memasuki fase terakhir klinikal di bahagian yang belum pernah dilalui sama sekali menjadi jalan yang terbaik untuk saya mempelajari banyak hal dan mengutip beribu pengalaman. Alhamdulillah.


Biarpun dengan ujian penilaian setiap minggu, revisi anatomi yang diperlukan tidak sama sekali membebani saya. Allah permudahkan jalan ini sehingga terasa begitu senang sekali dilalui.

Pengalaman di wad hospital, di poliklinik, di unit kecemasan dan bilik bedah banyak saya kutip sebagai bekalan di masa depan. Sewaktu di bilik bedah saya berpeluang menjadi assistant surgeon sewaktu pembedahan below knee amputation. Memang sangat mengujakan bila sewaktu memotong daging dan tulang darah memancut-mancut keluar hehe. Satu pengalaman yang tidak terlupakan!

Jika di unit kecemasan adrenalin sangat terpacu dan saya sangat sukakannya biarpun agak keletihan tidak pulang ke rumah seminggu. Di sini banyak belajar menghadapi pesakit yang darurat, kemalangan, patah tulang dengan memberikan pertolongan pertama. I love blood! Hehe. Bukannya apa. Kalau ada kes yang berdarah-darah baru terasa tercabar di situlah keterampilan teruji. Saya lebih suka bertindak dan berkata ‘ Saya mahu cuba lakukan itu!’ dan mencari peluang belajar mengasah keterampilan dengan pesakit di sini.

Biarpun mungkin sesetengah orang berfikir kita hanya melakukan kerja yang sia-sia, tapi saya tidak. Cuba untuk mengikhlaskan diri, melakukan sekecil apa pun tindakan, moga ia menjadi keberkatan untuk saya belajar lebih jauh. Ilmu itu milik Allah. Saya yakin akan hal itu. Moga Allah sentiasa memberikan jalan dan keteguhan hati ini untuk menerima setiap pembelajaran biarpun ianya sulit.

Saya sukakan Orthopaedic, namun Obstetric & Gynaecology adalah yang pertama di hati ini dari dulu ^_^
  1. Jutaan terima kasih buat semua residen Orthopaedic: dr Amir, dr Wita, dr Herwindo, dr Hadradi, dr Andy,dr Kiki and all. Supervisor:dr Henry, dr Andry, dr Rukhsal and all. You all are the best!
  2. Saya benar-benar merasakan bukan nilai yang dikejar tapi ilmu dan pengalaman yang sebanyaknya dan berguna adalah yang utama.
  3. Moga rasa ini tetap ada dan kekal untuk jalan di hadapan.
  4. Mesti bersemangat, tetap melangkah dan terus melangkah. Allah sentiasa bersama.
  5. Next: EarNoseThroat department. Bismillah. Allah, guide me~

0 comments:

Post a Comment