Tuesday, September 21, 2010

cerita semalam

“ Ummi buat apa sekarang?”

“ Ummi tengah baca suratkhabar sendirian depan tv. Abah dah tidur. Sekarang Cuma tinggal ummi dan abah. Anak-anak dah balik asrama semuanya.”

“ Ummi, sekarang Ni rasa lemah badan, tak bersemangat. Selalu je rasa nak tidur. Tak suka la ummi. sepatutnya banyak yang harus Ni belajar.”

“ Kurangkan tidur. Lepas subuh jangan tidur kembali. Ummi dari dulu memang tidak pernah tidur sama sekali selepas subuh. Jangan tidur selepas Asar juga. Ia melemahkan kita. Ada dalam hadis Rasulullah juga.”

“Ala ummi..nanti mengantuk. Kalau balik dari hospital petang penat sangat.”

“ iya..belajarlah untuk hilangkan kebiasaan. Tidur awal di malam hari, bangun di awal pagi. InsyaAllah badan akan segar.”

“ tidur 15 minit je ok, ummi. pastu kurangkan jadi 5 menit..hehe”

“ya..lama-lama jadi hilang kebiasaan. Tahan diri untuk tidak tidur setelah subuh dan asar ya.”

“hehe..ok ummi. insyaAllah. Ummi doakan Ni supaya tetap semangat belajar, supaya dapat balik cepat tinggal dengan Ummi.”

“insyaAllah. Ummi dan abah selalu mendoakan anak-anak.”

“ Sayang ummi dan abah.”

“ sayang Ni juga.”

-saya rindukan ummi dan abah-

Monday, September 13, 2010

Orthopaedic & Traumatology

Sudah hampir dua bulan lalu sudah saya sudah menempuh bahagian ini. Lama disimpan untuk berkongsi cerita. Sebenarnya banyak sekali pengalaman selama empat minggu di bahagian ini ditambah pula pengalaman menjadi ‘pioneer’ di bahagian ini banyak meninggalkan kisah yang bermakna.

Ini adalah bahagian yang TERBAIK pernah saya lalui!

Allah, tidak sama sekali saya menyangka. Awalnya perasaan ragu dan takut untuk menghadapinya tidak sama sekali saya hadapi relitinya. Itulah kuasa tawakkal padaNYa. Memasuki fase terakhir klinikal di bahagian yang belum pernah dilalui sama sekali menjadi jalan yang terbaik untuk saya mempelajari banyak hal dan mengutip beribu pengalaman. Alhamdulillah.


Biarpun dengan ujian penilaian setiap minggu, revisi anatomi yang diperlukan tidak sama sekali membebani saya. Allah permudahkan jalan ini sehingga terasa begitu senang sekali dilalui.

Pengalaman di wad hospital, di poliklinik, di unit kecemasan dan bilik bedah banyak saya kutip sebagai bekalan di masa depan. Sewaktu di bilik bedah saya berpeluang menjadi assistant surgeon sewaktu pembedahan below knee amputation. Memang sangat mengujakan bila sewaktu memotong daging dan tulang darah memancut-mancut keluar hehe. Satu pengalaman yang tidak terlupakan!

Jika di unit kecemasan adrenalin sangat terpacu dan saya sangat sukakannya biarpun agak keletihan tidak pulang ke rumah seminggu. Di sini banyak belajar menghadapi pesakit yang darurat, kemalangan, patah tulang dengan memberikan pertolongan pertama. I love blood! Hehe. Bukannya apa. Kalau ada kes yang berdarah-darah baru terasa tercabar di situlah keterampilan teruji. Saya lebih suka bertindak dan berkata ‘ Saya mahu cuba lakukan itu!’ dan mencari peluang belajar mengasah keterampilan dengan pesakit di sini.

Biarpun mungkin sesetengah orang berfikir kita hanya melakukan kerja yang sia-sia, tapi saya tidak. Cuba untuk mengikhlaskan diri, melakukan sekecil apa pun tindakan, moga ia menjadi keberkatan untuk saya belajar lebih jauh. Ilmu itu milik Allah. Saya yakin akan hal itu. Moga Allah sentiasa memberikan jalan dan keteguhan hati ini untuk menerima setiap pembelajaran biarpun ianya sulit.

Saya sukakan Orthopaedic, namun Obstetric & Gynaecology adalah yang pertama di hati ini dari dulu ^_^
  1. Jutaan terima kasih buat semua residen Orthopaedic: dr Amir, dr Wita, dr Herwindo, dr Hadradi, dr Andy,dr Kiki and all. Supervisor:dr Henry, dr Andry, dr Rukhsal and all. You all are the best!
  2. Saya benar-benar merasakan bukan nilai yang dikejar tapi ilmu dan pengalaman yang sebanyaknya dan berguna adalah yang utama.
  3. Moga rasa ini tetap ada dan kekal untuk jalan di hadapan.
  4. Mesti bersemangat, tetap melangkah dan terus melangkah. Allah sentiasa bersama.
  5. Next: EarNoseThroat department. Bismillah. Allah, guide me~

Sunday, September 12, 2010

Forensic & Medicolegal

Waktu enam minggu di bahagian Forensik & medikolegal terasa begitu cepat berlalu. Mungkin sebab seiring dengan datangnya Ramadhan membuat saya tidak merasai waktu di sini. Enam minggu yang penuh meloyakan namun membuat saya semakin berani. Awalnya untuk membelek buku teks forensik sendiri saya takut dan rasa nak muntah melihat gambar mayat yang mengerikan di setiap helai buku. Tapi yang bagusnya saya tiba-tiba tidak sama sekali mengantuk ketika membaca buku teks.Hebat!hehe ^_^
Setakat ini saya baru sahaja berpeluang mengikuti dua pembedahan mayat (autopsi). Satu adalah kes pembunuhan seorang wanita dan satu lagi adalah kes pembuangan bayi. Autopsi pertama kes mayat wanita yang dijumpai dibunuh, dari hasil autopsi kami mendapatkan kesan tikaman sehingga menembus ventrikel kirinya. Pada mulanya rasa takut ada sebab ini kali pertama saya mengikuti bedah mayat secara langsung, tapi lama kelamaan saya menjadi teruja dengan investigasi kes ini. Dari pertama hingga akhirnya kami yang menguruskan jasad wanita ini yang tanpa identiti. Tidak tahu dari mana asal, agama dan siapa dia. Kami memutuskan untuk menyempurnakannya dengan cara Islam.

Alhamdulillah. Kami doktor muda wanita yang memandikan, mengafankan, dan solatkan jenazah dengan seupaya kami. Mujur bekal ilmu ketika di bangku sekolah mampu saya praktikkan di sini. Moga bantuan ini yang mampu kami berikan menjadi ibadah yang diterima disisNya. Amin.

Masih terlalu banyak pengalaman di bahagian ini untuk dikongsi bersama.



Alhamdulillah, pengalaman di sini banyak membuka pandangan hati saya. Kita adalah tiada apanya. Entah bila kita akan dipanggil kembali, di mana, bagaimana, dan bersediakah kita tidak akan ditanya. Melihat kakunya jasad itu tidak berdaya, tahu diri ini jua akan seperti itu. Cukuplah kematian menjadi peringatan buat diri ini.

Moga Allah panjangkan umurku untuk tetap beribadah, mencari rahmat cintaNya. Matikan diriku dalam agamamu, dalam ingatanku padaMu, dalam cintaMu, dalam rahmatMu. Matikanku dalam khusnul khotimah.

Allah, ku tahu diri ini akan kembali jua padaMu~

Sunday, September 12, 2010

Aidilfitri 2010


Ramadhan akan pergi, dan hati terasa begitu sayu sekali. Seakan belum puas merasai nikmatnya Ramadhan. Datangnya Syawal kali ini benar-benar tidak dirasai. Mungkin sebab dua tahun lepas saya beraya di Malaysia bersama keluarga, tapi tahun ini saya rela berkorban untuk tidak pulang berhari raya mengingat tugas belajar yang harus dijalani. Moga pengorbanan kali ini membawa keberkatan dan kemudahan.

“ Ummi, tak rasa nak raya tahun ni. Tak tahu nak buat apa. Rindu nak raya dengan ummi abah..”

“ Sabar, biasa lah itu. Adat belajar jauh. InsyaAllah tahun depan boleh beraya bersama nanti..”

Mungkin ada hikmahnya lebaran di sini tahun ini. Setidaknya saya dah pandai masak kuah kacang, nasi himpit resepi ummi sewaktu open house kelmarin hehe ^_^

Walaupun tahun ini tidak ramai yang beraya di sini (batch 06 hanya 8 orang), namun suasana hari raya tetap kami meriahkan. Alhamdulillah.

Di kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H buat semua keluarga, rakan-rakan seperjuangan dan semua yang mengunjungi 'Seteguh Tekadku' ini. Maaf zahir dan batin.
  1. Terima kasih buat ummi yang kirimkan 4 pasang baju raya tahun ini. Sayang ummi ^_^
  2. Terima kasih juga buat PKPMI untuk sambutan aidilfitri, juga buat adik-adik yang sudi ajak open house.
  3. Teringin nak makan ketupat tiga segi daun palas yang nenek buat. Rindu~
  4. Buat Kak Dina, maaf tak dapat tolong buat biskut raya. Buat adik- adik di rumah, maaf kak dini tak dapat jadi AJK kebersihan dan pasang pelita tahun ini.
  5. Moga Allah masih memberi kesempatan untuk bertemu kembali Ramadhan tahun depan. Ramadhan, hati ini rindu padamu~