Saturday, July 17, 2010

Menjadi Pesakit

Menjadi seorang doktor lebih mudah dari menjadi seorang pesakit. Hati berkata demikian. Entahlah. Jika ingin menjadi seorang doktor cukuplah belajar di sekolah perubatan untuk 5 tahun dan jadilah seorang doktor. Menjadi seorang pesakit, susah.

“ Tangan adik sudah tidak boleh kembali kepada asal. Tangan yang ini memang tidak boleh dirawat lagi kerana tulangnya sudah bersambung. Sudah terlambat..”

Masih saya ingat bagaimana riak wajak pesakit kecil itu setelah mendapat penerangan sejujurnya dari doktor akan diagnosis Neglected 1/3 distal humerus with dislocation of radius. Sudah terlambat untuk dikembalikan posisi tulang itu, yang akhirnya selamanya pesakit itu tidak dapat membengkokkan tangannya. Cacat seumur hidup atas kesalahan orang tua yang terlambat membawa ke doktor, sebelumnya lebih percayakan azimat dukun.

Saya cuba untuk berada di situ. Tidak mampu. Seakan saya tidak kuat untuk berada di tempat dia.

Melihat pesakit datang dan pergi di sini, turut membawa hati ini terasa kecil. Betapa kuatnya mereka mampu menghadapi ujian yang lebih besar dari saya, berjuang untuk hidup, kehilangan kaki, tangan dalam sekelip mata saja.

Ujian saya hanyalah kecil dibandingkan mereka. Tidak wajar untuk saya mengeluh atau bersedih.

Tetaplah bersemangat untuk belajar yang terbaik, menjadi doktor yang baik untuk pesakit yang memerlukan. Moga ianya menjadi jalan dalam mendapatkan cinta, rahmat, dan kasih sayang Ilahi.
  1. Alhamdulillah sudah memasuki minggu ketiga di orthopaedic and traumatology department. Sangat terkesan di sini. Suka!
  2. Hari ini memulai berkampung di unit kecemasan selama seminggu, 24 jam sehari. Moga Allah membuka jalan untuk saya belajar dan menimba pengalaman sebanyak-banyaknya amin.
  3. Saya sebenarnya rindukan ummi, abah dan keluarga ~_~
  4. Sekarang sudah bulan Sya’ban. Sudah tidak sabar menanti Ramadhan! Moga Allah memberikan kesempatan untuk bertemu kembali Ramadhan tahun ini amin
  5. Melihat, belajar, dan mentafsir~

0 comments:

Post a Comment