Thursday, June 03, 2010

Antara diuji dan penguji


Ujian di klinikal adalah bersifat oral examination, di mana kami diuji dengan keterampilan menghadapi pesakit secara lisan. Pengujinya adalah di kalangan professor dan doktor spesialis dari setiap bahagian.

Penguji itu adalah manusia dan tentunya pelbagai ragamnya. Ada yang tegas, garang,dan ada yang baik bak malaikat katanya.

Dan dalam itu ramailah yang mendoakan, bekerja, belajar untuk mendapatkan penguji ‘malaikat’ itu.

Jujur saya katakan saya amat kurang senang akan situasi ini. Situasi dan keadaan di mana mengejar malaikat itu.

Bagi saya, belajarlah yang terbaik. Berdoalah untuk diberikan penguji yang sesuai dengan kemampuan kita, Allah tahu yang terbaik untuk kita. Apapun nilai yang bakal kita dapat, apa yang penting adalah keberkatan ilmu yang kita dapatkan, moga ia berguna untuk diri kita dan pesakit kita nanti.

Moga Allah tetapkan hati ini untuk terus ikhlas mencari ilmu dan dipermudahkan urusan di hadapan.

Kerana saya yakin, Allah sentiasa bersama dalam setiap langkah ini.

0 comments:

Post a Comment