Thursday, June 18, 2009

Java Trip I

20 June: flight to Surabaya

21 June: Malang [Bromo, Coban Rondo, etc]

22 June: Malang city, bus to Bandung

23June: Bandung [Tangkuban, Ciwadei]

24 June: Bandung [shopping yeah hehe]

25 June: Bandung [again shopping and spa ^_^]

26 June: to Bogor [ Safari park, Botanical garden]

27 June: Jakarta [Ancol]

28 June: Jakarta city [shopping again?], flight to Makassar



“Allah is the greatest, How perfect Allah is, to our Lord is our final destiny. O’ Allah, we ask You for birr and taqwaa in this journey of ours, and we ask You for deeds which please You. O’ Allah, facilitate our journey and only You are The Companion on this journey. We take refuge with You from the difficulties of travel, from having a change of hearts and being in a bad predicament. Amin ya Rabb.”

Java here we come \(^_^)/

~berjalan, melihat, mentafsir~

Thursday, June 18, 2009

Final Pre-Clinical

Sudah mulai terasa kesedihan. Sedih untuk berpisah. Berpisah dengan dunia perkuliahan yang nantinya bakal berganti dengan kehidupan penuh di rumah sakit. Tiada lagi kuliah, pbl, clinical skill lab dan lab practical. Mungkin ini yang terakhir kali 64 antara kami untuk bersama.

Tiada lagi bangun awal berjalan kaki ke kuliah di pagi hari.
Tiada lagi mendengar kuliah sampai tersengguk-sengguk dan menguap-nguap
Tiada lagi lab melihat mikroskop meneliti sel-sel yang tak terlihatkan
Tiada lagi menghidu kuatnya formalin cadaver sampai mata menangis pedih
Tetap semangat membelek mayat sudah hitam lagi kering yang tidak gampang mengenal muskulus dan organnya yang sudah hancur.
Tiada lagi csl dengan encik Mannequin
Tiada lagi diskusi pbl mencari diagnose yang benar
Tiada lagi pleno membentang hasil diskusi yang berbalas soalan
Tiada lagi berkelah di waktu rehat membuka bekalan nasi dari rumah bersama-sama
Tiada lagi masa bersama berbual yang bukan-bukan
Tiada lagi ujian lab yang berbunyi loceng ‘ting,ting’ menyebabkan tachycardia
Tiada lagi ujian csl yang beragam
Tiada lagi ujian teori yang selalu berakhir dengan remedial
Tiada lagi…


Tiga tahun terlalu singkat
Tidak terasa masa begitu pantas berlalu
Terlalu banyak kenangan kita bersama
Terlalu banyak kontroversi keberadaan kita
Namun, hadapi saja dengan ikhlas
Tiga tahun sudah dilalui
Sisa hanya dua tahun mendatang
Usahalah yang terbaik semampu kita
Tawakkal pada Nya atas segala sesuatu yang belum tentu dihadapannya


Buat teman-teman International Class 2006
Terima kasih atas persahabatan dan kebersamaan
Terima kasih atas suka dan duka bersama
Terima kasih atas segalanya
Semoga kita berjaya menjadi doktor yang baik
Satu hari nanti…
amin


[inter06]-fifi-wiwit-ogha-echy-ikha-handa-inggi-dian-sanny-desty-tania-ipaljri-
glendy-ngurah-dwi-winston-herbert-eko-ipenk-irvan-iqi-sheila-wid-heamah-resham-
malini-shalini-maaliniK-uma-nan-ayu-izzah-mie-ja-fie-khady-mai-qilah-yana-knik-
boo-irwan-kamal-din-afiq-farhan-asuan-dayat-vicky-ryan-kaarthik-davis-
ayie-vimal-shanaz-shan-jeremy-muiz-shahli-lai-

Thursday, June 18, 2009

Tropical Medicine II

Alhadulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah syukur puji bagi Ilahi system terakhir telah juga berakhir tadi sore. Syukur teramat sangat sebab system kali ini dapat dihadapi dengan lancar Alhamdulillah. Segalanya dipermudahkan oleh Nya. Saya dengan berjayanya telah menjawab ujian practical yang banyak menghafal jenis nyamuk, cacing, fungi dan aneka hidupan lain dengan lulus tanpa remedial. Tak sia-sia mengahafal tak tidur malam sampai pagi hehe. Alhamdulillah syukur sangat.


Ujian clinical skills lab dengan blood and feces smear juga Alhamdulillah lulus. Syukur juga doktor penguji yang sangat baik walaupun hari itu agak kepenatan menunggu ujian dari pagi sampai sore. Alhamdulillah.


Tengahari tadi ujian final theory. Agak mencabar dengan kurangnya soalan clinical yang muncul dengan kebanyakan soalan pharmacology dan microbiology yang tak disangkakan. Tawakkal. Sudah lakukan yang terbaik.


Malam tadi juga keputusan diumumkan. Saya lulus. Betul ke? Tak sangka juga. Mungkin markah kumulatif dari ujian sebelumnya yang banyak menbantu. . Alhamdulillah.


Apapun, system ini di luar dari mind setting sesetengah senior yang mengatakan ianya sangat memberi tekanan. Bagi saya semuanya tergantung pada diri kita sendiri yang menentukan. Alhamdulillah saya berjaya menghadapinya dengan mudah dan sangat enjoy belajar nyamuk dan cacing hehe ^_^


Terima kasih tak terhingga buat prof, specialist, dokter pembimbing yang telah memberi ilmu dan tunjuk ajar. Terutama sekali kepada coordinator Dr Sultan yang sangat bertanggungjawab dan sporting. Thanks doc.


Untuk ummi dan abah, terima kasih atas solat hajat dan doa yang dikirim. insyaAllah Ni dah lakukan yang terbaik.


Alhamdulillah atas segala nikmat yang diberikan dan segalanya yang dipermudahkan.

Saturday, June 06, 2009

Exam mode

Hari ini pulsa indosat akan tamat tempoh sudah. Bermakna saya harus menambah pulsa lagi untuk bisa mengakses kembali. Tapi, dengan penuh tekad saya mahu ber'puasa' lagi hehe. Sebab Selasa ini sudah mulai ujian untuk system Tropical Medicine. Jadi, saya haruslah memberikan komitmen yang terbaik untuk sistem yang terakhir ini insyaAllah.

Dan ini jadual exam saya ^_^

9 June: Parasitology, Microbiology, Clinical Pathology dan Pathology anatomy lab exam.
(ting..ting..hehe)
11 June: Clinical skill lab 1
12 June: Clinical skill lab 2
17 June: Theory exam

Doakan saya untuk ujian nanti. InsyaAllah akan online kembali sejurus selepas theory exam. Hehe.

Tetaplah bersemangat untuk sistem terakhir.. Ikhlas kan belajar bukan kerana nilai insyaAllah.

“Always learn the best to be a good doctor..”

Saturday, June 06, 2009

AGD 2009

Semalam telah berlangsung annual grand dinner PKPMI di Hotel Sahid Jaya. Ini sudah yang ketiga kali saya ikut sejak tiga tahun lepas. Peluang untuk berkumpul sama-sama dengan semua batch dari super senior, senior dan junior sememangnya merapatkan lagi ukhuwah antara kami. Masa inilah boleh bersua dengan kakak senior yang clinical yang sentiasa sibuk. Dan yang lebih seronok dan penting sebab dapat makan buffet yang banyak sampai kenyang hehe ^_^

Seperti biasa lah acara ini ada ucapan vip. Yang hadir semalam setiausaha konsulat Malaysia, Prof Suryani, Tante dr Razak dan ibubapa senior yang bakal pulang malaysaia. Oh, semalam juga sekalian ada majlis sambutan senior yang telah graduasi dan akan pulang. Ada juga penyampaian hadiah dan persembahan silat dan nasyid.
AGD kali ini tidaklah seseru dari tahun kelmarin. Mungkin sebab ramai kawan-kawan batch yang tidak hadir sama. Mungkin juga sebab masing-masing dalam mood nak exam. Apapun, agd semalam tetap meninggalkan memori tersendiri pada saya.

Hah, yang seronoknya saya telah bertuah mendapat lucky draw hehe. Inilah hasil keberuntungan nombor 44 saya yea ^_^

Tahniah juga untuk rumah Kuning memenangi tempat pertama Karnival Sukan untuk acara wanita. Tidak percuma saya dengan bejayanya menyumbang mata bermain badminton dan lari bawa bola pingpong dalam sudu hehe ^_^
  1. Saya telah berjaya makan dengan banyaknya setelah berlapar dari tengahari semalam hehe. Tahniah untuk saya haha~
  2. Semalam terpaksa pinjam baju Nora sebab lupa bawa baju dari rumah ke kuliah. Baju pinjam pun jadi lah ^_^
  3. Hari ini telefon ummi. Ummi masak laksa.hmm..sedapnya.
  4. Saya mesti belajar untuk ikhlas dan sentiasa memberi.
  5. alhamdulillah.


Thursday, June 04, 2009

Tropical Medicine I

Mari kita belajar ilmu kedokteran tropis. Sangat menarik dan penting sebab Malaysia adalah termasuk negara tropis. Pelbagai penyakit yang berkait dan mudah tersebar di kawasan tropis. Jadi berhati-hatilah ya kawan-kawan hehe.
Sistem tropical medicine insyaAllah akan menjadi sistem yang terakhir untuk pre-clinical year sebelum clinical di rumah sakit nanti. secara keseluruhan saya sangat enjoy saja dengan sistem ini. Sangat seronok. Banyak yang telah dipelajari. Dari semua penyakit yang biasa menular seperti typhoid, tuberculosis, leprosy dan banyak lagi.
Yang menariknya, kali ini adalah yang paling mencabar untuk ujian practical lab sebab banyak yang harus dipelajari. Dari semua nyamuk, helminth (cacing), plasmodium, fungi, bacteria harus diidentifikasi jenis dan jantinanya sekali. Sampai berbulu mata saya semasa praktikum parasitology yang harus melihat hampir seratus specimen dengan mikroskop. Rasa nak nangis pun ada. Banyak sekali dan tidak gampang untuk menentukan jantina seekor nyamuk! Haih..

Mari kita belajar sama-sama ya hehe ^_^


aedes (female) : boleh menyebabkan dengue hemorrhagic fever




Pedidulus H.Corporis(male): kutu badan yang hisap darah


Ascaris Lumbricoides (female): cacing yang sgt besar dalam perut.Sila takut dan makan obat cacing ok hehe

  1. Saya sudah mengambil Mebendazole 500mg untuk mengelakkan helminthiasis. Jadi, sesiapa yang rasa cepat lapar kemungkinan ada banyak cacing sedang bergembira di dalam perut anda tanpa disedari. Oleh itu, makanlah obat cacing setiap enam bulan ok ^_^
  2. Sekarang setiap kali dapat tangkap nyamuk, mesti teruja nak kenal pasti jenis dan jantinanya. Hehe.
  3. Oh, selamat pengantin baru untuk Ainun, Kak Ibah dan Ain ex-mrsmjeli yang berkahwin bulan ini. Doakan saya pula menyusul tapi entah bila hehe ^_~
  4. Tinggal 14 hari sebelum berakhirnya dunia perkuliahan. Pasti merindukannya.
  5. Esok annual grand dinner PKPMI, yeah ^_^

Wednesday, June 03, 2009

When we pray alone

We are brought thick deserts
And we rarely refuse them
We worship devoutly when we’re with others
Hours we sit, though we get up quickly.


After a few minutes
When we pray alone
We hurry down the gullet of our wanting

But these qualities can change
As minerals in the ground rise inside trees
And become trees, as a plant faces an animal
And enters the animal, so a human
Can put down the heavy
Body baggage and
Be light~


-Rumi-