Friday, June 25, 2010

Mahu dibawa ke mana

Maafkan
Hati ini tidak tahu mahu dibawa ke mana
Rasa hati seakan berbicara sendiri
Tidak pasti, bingung
Sering hati ini menangis
Siapalah dia untuk nya
Ku pujuk hati ini
Hati, berserahlah pada Pemilikmu yang hakiki
Pemilikmu tahu apa yang terbaik untukmu

Hati, tenanglah untuk itu
Redha lah untuk itu
Jadilah yang terbaik untuk Pemilikmu
Moga kau mendapatkan sebesar cinta
Rahmat dan kasih sayangNya~

Saturday, June 19, 2010

Laskar Pelangi


"Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya."

Semalam untuk ke berapa kali saya menonton filem Laskar Pelangi. Tapi kali ini ia disiarkan di televisyen tempatan. Lama sudah filem ini ditayangkan jika tidak salah hampir 2 tahun yang lalu. Filem ini benar-benar menarik dan ia dekat denagn realiti kehidupan di sini. Boleh saya katakana ia adalah filem terbaik yang pernah saya tonton dari hanya beberapa filem yang telah saya tontoni. Dua ibu jari untuk Laskar Pelangi ^_^

Realitinya, sekarang jika di bandar saya masih menemukan sosok seperti Lintang. Anak kecil yang dalam kemiskinan yang dahagakan pendidikan. Sering jika saya duduk menunggu, dan ada anak jalanan saya sapa. Saya senang untuk berkongsi rasa dengan mereka.

“ Adik kerja begini tidak sekolah ke? Nanti besar mahu jadi apa?”

“Sekolah, kak. Tapi hari-hari saya juga harus kerja untuk cari makan, saya orang susah. Nanti besar saya maunya kerja yang bagus..”

“Adik harus rajin belajar. Biarpun harus kerja mesti tetap belajar ya. Nanti bisa jadi dokter seperti kakak itu..”

Terlalu besar nikmat Allah berikan pada saya. Saya tidak perlu untuk memikirkan akan uang, bayaran yang harus ditanggung untuk belajar. Terlalu besar nikmat Allah, sehingga saya sudah di tahap ini. Hanya sekarang tugas diri ini adalah untuk belajar.

Sisa dua minggu department terakhir Dermatovenerologi sebelum saya memulai tahun akhir di sini insyaAllah.

Tetaplah bersemangat wahai diri. Belajarlah yang terbaik dan hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya~

Thursday, June 17, 2010

Saya Terima

“Sebenarnya, Allah tidak pernah mengambil sesuatu daripada kita melainkan Dia menggantikan dengan yang lebih baik. Tetapi, ia hanya boleh diperolehi apabila kita bersabar dan tetap redha dengan segala ketentuan dan ketetapanNya.”

Saya cuba untuk menerima. Menerima ujian yang dari dulu telah ditetapkan dan sentiasa menemani saya setiap waktu. Ianya adalah rahmat. Bukannya musibah mahupun kekurangan untuk diri ini. Apa yang ada pada diri ini semuanya adalah hak milik Allah. Allah berhak mengambilnya bila, bagaimana, dan dimana dari saya. Mata, telinga, tangan, kaki, organ dalam, badan dan tentunya nyawa ini. Diri ini tidak memiliki apapun.

Dari dulu saya berdoa. Berdoa untuk kesembuhan dari sakit itu. Sakit itu masih ada. Saya masih tidak berputus asa berdoa, tetap memohon kesembuhan dan kesempurnaan dari kekurangan yang dimiliki.

Namun, jauh di sudut hati saya mensyukuri sakit itu. Dengan sakit itu, saya mampu menangis. Menangis untuk meminta pada Allah. Dengan sakit itu, saya tidak pernah lupa untuk berdoa. Dengan sakit itu, saya tidak pernah berhenti berharap dan bertawakkal.

Sakit itu adalah rahmat. Agar diri ini selalu mengingati Allah.

Benarlah, Allah telah mengambil sesuatu dari diri ini dan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Saya terima, dengan hati yang ikhlas.

Moga Allah menggantikannya dengan sebesar rahmat, cinta dan kasih sayangNya.

Itulah yang didambakan selama ini~

Wednesday, June 16, 2010

Diam


Diam itu lebih baik. Berdiam, tidak memberikan sebarang ekspresi dan balasan. Baik untuk tempat dan ketika yang hati merasakan ianya adalah terbaik untuk berdiam diri. Hati yang mahukan. Hati merasakan terbaik untuknya. Saya mengikut kehendak si hati ini sahaja. Maafkan diri ini jika ada ucapan, kiriman, mesej atau khabar yang tidak berbalas. Bukan sombong atau tidak peduli. Jauh di sudut hati ini, selalu mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan, dan keberkatan di setiap masa.

Antara harapan, keinginan, kemahuan, impian dan penantian.

Dan Allah tahu yang terbaik. Saya yakin.

Inilah saya.

Maafkan~

Friday, June 11, 2010

Alam

Hati ini merindukan bunyi ombak. Rindukan bau laut. Lama sudah tidak melihat laut. Sekian lama setelah menjalani posting di hospital tanpa cuti membuat diri ini rindu untuk melihat alam yang indah. Seakan minda dan fikiran turut memberontak mahu istrirehat. Untuk saya, bukan mall atau pawagam menjadi tempat pilihan hati namun alam itu yang dicari. Pantai, laut, danau, air terjun mampu memberikan kepuasan untuk hati ini. Saya sukakan alam.

Mungkin doa saya didengari. Saya penat dan mahukan alam itu. Usai di bahagian interna, biarpun belum selesai ujian, Allah berikan kesempatan untuk saya berjalan melihat alam. BIRA!

Alhamdulillah, rindu hati ini terubati sudah.

Biru laut Bira


Terang bulan di subuh hari


Angin bayu bertiup membawa pergi rasa hati ini
Putih pasir suci memadam kepenatan hati ini
Biru laut terbentang menghampar ketenangan hati ini
Sinar matahari terbenam menggelamkan gundah hati ini
Terang bulan malam menerangi hati yang kelam ini
Sungguh, hati ini tenang melihat alam
Alam, tetaplah ada di hati ini
Moga hati ini dekat Pencipta mu~

PERMATA 2010
Bira
29Mei10

*credit pictures to jr2009

Tuesday, June 08, 2010

Kaki Hitam itu

Saya menangis. Tidak mampu menahan rasa sedih. Pengalaman bertugas di unit gawat darurat hari itu benar-benar menyentuh hati ini.


“Dok mahu potong kaki saya sampai mana? Bisa tidak dipotong? Mana semua anak-anak saya?”

Kaki itu sudah hitam. Bernanah dan membusuk sudah. Di status pesakit sudah tertulis diagnosis kaki diabetik Wagner V. Clostridium perferingens sudah bermaharajalela di kaki hitam itu dan gas gangrene sudah sampai ke paras lutut. Tidak mampu diselamatkan, yang ada hanya diamputasi sebatas lutut.

Tidak tahu mengapa saya bisa menahan bau kaki hitam biarpun orang-orang yang melewati kaki hitam itu menutup hidung. Saya tidak mahu bapak itu sedih kerana kaki hitam itu. Biarlah kaki hitam itu tetap di situ.
Kaki hitam itu

Entah mengapa pesakit itu membuat diri saya ingat akan Abah. Abah juga ada sakit gula itu. Sudah lama.

Masih saya ingat cuti yang lalu abah cuba menunjukkan kaki abah ada ulkus kecil tanpa pengetahuan ummi.

“ Abah, jangan biarkan luka macam ni. Abah kena beritahu ummi dan rawat luka ni, jangan biarkan begini..” Hati ini menangis bimbang akan keadaan abah yang lukanya lambat sembuh itu.

“Abah sudah makan ubat? Abah harus makan ubat teratur supaya gula terkontrol dan tidak ada kesan yang lain.”

Dulu, anak abah ini tidak tahu apa itu metformin.

Untuk abah, anak abah sudah tahu apa itu metformin. Setiap kali anak abah belajar sakit gula itu, pasti ada rasa bersemangat di hati untuk belajar yang terbaik untuk abah.

Abah, Ni tetap akan selalu menjadi doktor peribadi untuk abah. Hanya dengan bayaran kasih sayang dan doa dari abah senantiasa~

Saturday, June 05, 2010

Masa dan waktu

Maaf airmata untuk pergi
Mungkin diri ini terlalu rapuh
Tapi itulah hakikatnya seorang saya
Paling tidak bisa untuk mengabaikan ketepatan waktu
Tidak bisa dengan yang memungkiri janji
Demi masa, ianya adalah nyawa untuk seorang saya
Antara hidup dan mati seorang pesakit~

Clarion
5Jun2010

Thursday, June 03, 2010

Antara diuji dan penguji


Ujian di klinikal adalah bersifat oral examination, di mana kami diuji dengan keterampilan menghadapi pesakit secara lisan. Pengujinya adalah di kalangan professor dan doktor spesialis dari setiap bahagian.

Penguji itu adalah manusia dan tentunya pelbagai ragamnya. Ada yang tegas, garang,dan ada yang baik bak malaikat katanya.

Dan dalam itu ramailah yang mendoakan, bekerja, belajar untuk mendapatkan penguji ‘malaikat’ itu.

Jujur saya katakan saya amat kurang senang akan situasi ini. Situasi dan keadaan di mana mengejar malaikat itu.

Bagi saya, belajarlah yang terbaik. Berdoalah untuk diberikan penguji yang sesuai dengan kemampuan kita, Allah tahu yang terbaik untuk kita. Apapun nilai yang bakal kita dapat, apa yang penting adalah keberkatan ilmu yang kita dapatkan, moga ia berguna untuk diri kita dan pesakit kita nanti.

Moga Allah tetapkan hati ini untuk terus ikhlas mencari ilmu dan dipermudahkan urusan di hadapan.

Kerana saya yakin, Allah sentiasa bersama dalam setiap langkah ini.