Tuesday, June 08, 2010

Kaki Hitam itu

Saya menangis. Tidak mampu menahan rasa sedih. Pengalaman bertugas di unit gawat darurat hari itu benar-benar menyentuh hati ini.


“Dok mahu potong kaki saya sampai mana? Bisa tidak dipotong? Mana semua anak-anak saya?”

Kaki itu sudah hitam. Bernanah dan membusuk sudah. Di status pesakit sudah tertulis diagnosis kaki diabetik Wagner V. Clostridium perferingens sudah bermaharajalela di kaki hitam itu dan gas gangrene sudah sampai ke paras lutut. Tidak mampu diselamatkan, yang ada hanya diamputasi sebatas lutut.

Tidak tahu mengapa saya bisa menahan bau kaki hitam biarpun orang-orang yang melewati kaki hitam itu menutup hidung. Saya tidak mahu bapak itu sedih kerana kaki hitam itu. Biarlah kaki hitam itu tetap di situ.
Kaki hitam itu

Entah mengapa pesakit itu membuat diri saya ingat akan Abah. Abah juga ada sakit gula itu. Sudah lama.

Masih saya ingat cuti yang lalu abah cuba menunjukkan kaki abah ada ulkus kecil tanpa pengetahuan ummi.

“ Abah, jangan biarkan luka macam ni. Abah kena beritahu ummi dan rawat luka ni, jangan biarkan begini..” Hati ini menangis bimbang akan keadaan abah yang lukanya lambat sembuh itu.

“Abah sudah makan ubat? Abah harus makan ubat teratur supaya gula terkontrol dan tidak ada kesan yang lain.”

Dulu, anak abah ini tidak tahu apa itu metformin.

Untuk abah, anak abah sudah tahu apa itu metformin. Setiap kali anak abah belajar sakit gula itu, pasti ada rasa bersemangat di hati untuk belajar yang terbaik untuk abah.

Abah, Ni tetap akan selalu menjadi doktor peribadi untuk abah. Hanya dengan bayaran kasih sayang dan doa dari abah senantiasa~

0 comments:

Post a Comment