Tuesday, August 17, 2010

Masuk Koran

Hehe..lucu kan tajuk post kali ini. Maksudnya kami masuk suratkhabar huhu. sebenarnya tak teruja sangat pun masuk paper, sebab tahun lalu tiga kali masuk salam perantauan dalam surat khabar di Malaysia.
Tapi kali ini berbeza, bukan dalam Salam perantauan tapi diwawancarai (tak sangat pun) oleh koran tempatan. Siap penuh satu halaman cerita tentang kami. Tiga gambar sekaligus masuk sehari. erk..terlebih la pula. Tiba-tiba saja kami dipanggil untuk difoto, disuruh berposing, kami kaku, ditambah penat baru pulang dari hospital jadi buat ala kadar saja lah setakat memenuhi syarat. Tak sangka pula muka penuh satu muka depan surat khabar huhu.

Apapun, ia tetap menjadi pengalaman indah di sini. Jadi popular sekejap bila sudah masuk koran ini.

" Dini, sudah jadi artis ya. Selamat ya..."

"Dini, saya baca kisah kamu di koran. Saya mahu menjadi sahabat kamu di FB. Sila add saya ya.."

" Sepertinya anak ini yang masuk koran minggu lalu yang ada cerita anak Malaysia. Sama mukanya.."

Memang kelakar pun ada. tiba-tiba 'femes' di kalangan kawan-kawan, di FB sehingga di kawasan perumahan pun. Boleh pula seorang ibu tua menegur saya sewaktu di masjid kerana ingat akan muka saya tersiar di koran minggu lalu. Benar-benar terkenal saya sekejap ehe ^_^

Maka, larislah terjual koran Fajar minggu lalu hehe. Tahniah!

*koran=surat khabar=newspaper

0 comments:

Post a Comment