Wednesday, April 29, 2009

Abang

I

Segar lagi ingatan akan kenangan zaman kanak-kanak di bangku sekolah dulu. Kami tiga beradik bersekolah yang sama. Kakak, abang dan saya. Tapi dulu saya lebih rapat dengan abang. Mungkin sebab dulu kakak garang dan tegas dengan adik-adiknya. Semua teman-teman abang, menjadi teman saya juga.

“ Abang, Ni tak nak masuk kelas Rajin. Ni takut le. Mesti budak-budak kelas tu pandai-pandai. ”

“ Taka pa le. Nanti abang cakap dengan Cikgu Maheran nanti. Jangan risau ok.”

Ingat lagi peristiwa saya yang tak percaya diri untuk kenaikan kelas yang pertama. Pada abang lah tempat saya mengadu. Abang memberi semangat. Saya membina keberanian untuk mengahadapi cabaran dengan semangat dari abang. Saya harus berani.

Akhirnya, awal 1997 saya beranikan diri melangkah di kelas Rajin. Kejayaan mendapat tempat yang kesebelas dari empat puluh enam murid membuktikan yang saya juga mampu bersaing dengan mereka juga.

Terima kasih, abang.

II

Kehidupan sebagai seorang murid di kelas yang pertama di sekolah sudah saya duga bakal mencabar. Mana tidaknya murid-muridnya digembleng tenaga dan fikiran untuk mengekalkan prestasi UPSR terbaik di Kelantan.

Saya dan abang senasib. Abang di kelas 6 Rajin manakala saya 5 Rajin. Hidup kami ketika itu boleh dikatakan sangat sibuk untuk tahap sekolah rendah dengan kerja sekolah yang membukit, kelas tambahan dan pelbagai aktiviti lainnya.

Pernah juga saya temankan abang, bangkit awal sebelum Subuh siapkan kerja sekolah.

“ Abang, bangun buat kerja sekolah. Nanti kena denda tak siap kerja sekolah.”

Kadang kala saya dan abang turut terpaksa siapkan kerja sekolah dalam perjalanan ke sekolah dalam kenderaan!

Abang memang bersemangat. Saya kagum dengan abang.

III

Di tingkatan satu abang masuk sekolah agama berasrama lelaki. Sejak dari itu saya dan abang sudah tidak satu sekolah. Masih rindukan zaman sekolah rendah sama-sama dengan abang dan kawan-kawan.

Sekarang, abang dah besar. Abang sudah bekerja juga.

Tapi, saya tetap rindukan kenangan bersekolah dengan abang dulu.
^_^

2 comments:

Arafat said...

Thanks for da post....
Im very appreciate it...
Wah...teringat balik kenangan lama...
Tanpa seorang adik, dimana erti seorang abang...
Gut luck my sis.....adik yang manja...yg selalu nangis :p

DiNi aZiZ said...

thanks juga bro for being superbrother
will keep all d memories insyaAllah
thanks juga slalu mnjadi tmpt menangis
btw, nangis x beerti manja tau hehe ^_^

thank You Allah, i have a brother ^_^

Post a Comment