Sunday, April 26, 2009

T.T.M

“ Dini, are they really a couple?”

“ owh..i also don’t know. But I think they are just good friends.”

Entah mahu dijawab apa akan persoalan yang terkeluar dari seorang classmate Chinese saya ketika lunch pada satu hari. Saya pun terkejut dengan reaksinya yang selama ini saya sangkakan dia seorang yang tak peduli akan sekitarnya. Huh~

Sudah terang tak payah bersuluh. Memang jelas cara mereka ‘berkawan’ lebih dari seorang kawan. TTM (teman Tapi Mesra) lebih jelasnya.

Saya pun segan dengan classmate saya tadi. Tak tahu mahu jawab apa, hanya mampu menutup ‘aib’ mereka sahaja. Juga, selemah-lemah iman saya hanya mampu berkata dalam hati.

“ What is this? Can I see for a while?”

“ ok, baca le. It is just a small pamphlet, reminding us about couple. Reminding us from not doing sth beyond that.”

Jawab saya se simple mungkin akan pertanyaan seorang classmate Indian yang teruja apabila kami sibuk membaca myPal keluaran bulan ini yang ‘panas’ akan isu couple. Tak mahu teman tadi prejudis tak mahu membaca risalah islamik, saya pun cuba me'universal'kan myPal itu tadi. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya mereka tertarik dan membelek juga isi di dalamnya.

Oh, sesungguhnya saya tidak pandai untuk memperkatakan apa-apa tentang isu couple ini. tapi, suka untuk saya berkongsi tulisan seorang senior kami di sini. Saya sangat tersentuh dengan apa yang ditulis oleh nya.

Nanti saya post kan next entry tulisan senior itu ^_^
"Cara untuk belajar menjadi isteri yang terbaik, hanyalah melalui suami. Cara untuk menjadi suami yang terbaik, hanyalah melalui isteri. Bukan melalui couple. Couple hanya mengajarkan bagaimana caranya menjadi pasangan couple terbaik, bukan suami atau isteri terbaik”

(Mohammad Fauzill Adhim, ‘Saatnya Untuk Menikah’ )

0 comments:

Post a Comment