Sunday, April 19, 2009

INSPIRING

Hari minggu yang penuh semangat! Alhamdulillah pagi tadi bisa juga bangun seawal pagi untuk join sharing moment dengan dr Min a.k.a kak Min02 di aula. Dan saya terpaksa memilih dan ‘berkorban’ tak dapat pergi bowling tournament. Penat dan liat untuk bangun mulanya tapi semangat untuk mendengar perkongsian kak Min yang dah HO kat Malaysia memaksa diri.

Sharing moment yang benar-benar bermakna.

Sungguh, terasa seperti semangat baru yang ditiup kembali kepada diri ini. Setelah mendengar perkongsian pengalaman kak Min yang hampir setahun bekerja di Hospita JB.

Pelbagai kisah menarik dikongsi. Kak min berkongsi akan bagaimana beliau mengadaptasi dengan suasana di Malaysia yang berbeda jauh sekali dari keadan di sini. Terasa gerun juga ada mendengar real life HO di Malaysia yang bakal lagi hectic dari clinical. Berkampung 24 jam di hospital, cuti hanya 10 hari untuk selama 4 bulan (termasuk Sabtu dan ahad) dan pelbagai cabaran yang lain huhu. (terlalu banyak nak tulis apa yang kak min cerita)

Oleh itu, kak min pun berpesan kepada kami khususnya akan apa yang perlu kami perlu bekalkan dari sini untuk menjadi seorang doktor yang baik di Malaysia nanti.

“wherever you come from, the most important is your attitude.”

Sungguh, terasa teruja mendengar pengalaman kak Min. Saya mula membina kembali semangat untuk tetap mencari yang terbaik di sini. Kutip lah sebanyak-banyak ilmu dan pengalaman di sini. Biarlah sekecil-kecil tindakan kita insyaAllah akan berguna kelak.

Carilah dan pandang lah dari sudut positif setiap kelemahan yang ada. Saya percaya dan yakin dari dulu lagi kelemahan atau kekurangan di mata kita adalah kelebihan dan kekuatan untuk kita sebenarnya.

ALLAH knows best.
Believe. Trust.
  1. Hari ini saya beli supplement stamina dan kosentrasi untuk terus semangat! ^_^
  2. Tadi juga saya telah memprint semua lecture notes emergency dengan semangatnya huhu.
  3. Oh, saya telah berfikir menukar plan tak jadi nak HO di Temerloh(pedalaman) setelah mendengar kisah kak min yang kerja 5 minit dari rumah family. Doa moga dapat kerja di hospital Tanah merah supaya dekat dengan ummi dan abah ^_^
  4. Thanks Kak Min for your inspiring moment with us. We appreciate that much! Luv u!
  5. Kempunan nak main bowling huhu ^_~

2 comments:

nurira ~* said...

Salam.

aah..i pun tak jadi nk keje di sabah sarawak huhu.. selagi ada masa ni, nak manfaatkan masa untuk ma ayah ^-^
btw, beli supplement gapo? nak etekkkk~
huhu

DiNi aZiZ said...

wsalam.
hehe..tu ler. i pun dah tukar plan mula2 nak keje pedalaman le, x nak keje kat kelate sbb...tut...tut..(rahsia haha)

skrg dah terfikir blk lps kak min cerita life dia ngan family.niat utk stay ngan ummi dan abah slps 12 thn lamanya duduk jauh (since form1 duk asrama). itulah, selagi kita ada peluang, berikan yg terbaik utk mereka sblm kita perlu comited dgn family kita sndiri nnt ^_^

oh, trasa rindu ummi dan abah

p/s:i beli supplement hemaviton plus beli kat century .nnt i bgtau best ke x ye hehe.

Post a Comment