Friday, April 17, 2009

it's week- END!

Akhirnya datang juga penghujung minggu huhu. Kepenatan sangat-sangat minggu ini bermula dari hari Isnin remedial, Selasa sampai sore tadi kuliah Emergency & Traumatology(ET) non-stop 7.30 pagi hingga 5 petang! Huh, sungguh mencape’kan! Tapi saya sangat enjoy dengan system baru ini. Semangat baru untuk belajar yang terbaik ^_^

Tahniah untuk doctor-doktor dari system ET yang sangat punctual!

Hujung minggu ini diprediksi sangat sibuk dengan pelbagai aktiviti huhu. Malam esok akan diadakan Muslimah Gala Night anjuran IMAM SCI, lusa pagi bowling tournament anjuran KULNM. Esok pagi juga ada urusan ‘rumahtangga’. Malam ini dan pagi esok nak siapkan skrip untuk gala night. Saya ‘dijemput’ jadi MC untuk malam esok hehe. Sila datang beramai-ramai ye (for girls only) ^_^

Kaku. Belum ada idea untuk menulis untuk skrip mc hehe. Mesti nak kena berbunga-bunga dengan puisi nan indah huhu. Sedih juga tak dapat nak join batch musical drama and nasyeed. Kempunan sampai ke tua le nanti hehe.

Tak apa le. Apapun saya hanya mampu memberikan semangat dan sokongan untuk semua teman-teman.

“Alhamdulillah dah ramai nak join. Miss X pun nak join juga. Thanks for your support, dien..”

“ Tu le. Dun give up awal2. I believe u can do it! Semoga Berjaya and enjoy it ^_^ ”

Hanya kata-kata semangat untuk tidak menyerah saya beri untuk kawan-kawan yang hampir menarik diri sebab ramai yang menarik diri saat-saat akhir. Alhamdulillah, kawan-kawan dari kumpulan nasyeed ramai yang nak tolong group musical drama hehe. Thanks kawan-kawan.

Apa yang penting?

KERJASAMA!! (bak kata wonderpets hehe)

Malam ini mereka semangat berkumpul berlatih untuk persembahan masing-masing di btp.
Saya? Berlatih untuk menjadi mc sorang-sorang di bilik hehe.

Ok, semoga Berjaya untuk semua.

See you all in MUSLIMAH GALA NIGHT 2009!
  1. rasa nak balik msia sebab sis Dina and bro Afat balik rumah dan ummi masak sedap-sedap huhu.
  2. All the best untuk sis Dina for ur final sem practical di kb ye. bawak myv saya dengan baik ye hehe.
  3. hari ini dapat hadiah bear and towel dari cimb niaga hehe. sape nak tukar dgn bantal or bag?
  4. bila saya nak cat bilik?? dah pening dengan warna pink nak tukar apple green color plak huhu.
  5. oh, bilakah saya mahu mula menulis skrip??SEKARANG!!

0 comments:

Post a Comment