Monday, April 27, 2009

Jangan Memetik Sebelum Waktunya II

" Waah, tahniah dah dapat plan nak kahwin bila. Tak pe le, kamu dah ada calon. Nanti nak jadik ‘pengepit’ tau hehe. Doa-doa le moga dapat calon cepat-cepat.”

“ Hah, tu le dien, jual mahal sangat.”

Jual mahal? Apakah itu? Rasanya tak ada pula saya pernah melakukan perniagaan dengan sesiapa selain perniagaan Oriflamme sekarang ini hehe ^_^

Entah lah. Bukan persoalan jual mahal, murah, atau not for sale sekalipun dalam hal ini. Secara peribadi saya mengalami dilemma ini sejak dulu lagi. Mungkin lah, saya pun teruja juga melihat kawa-kawan rapat yang semuanya sudah ‘berpunya’.

“ Hah, kalau dah suka kat laki tu, usha-usha le. Kena usaha, takut nanti melepas. Tak payah le couple, chup je dulu.”

Jawapan biasa yang saya dapat dari kawan-kawan yang ‘berpengalaman’. Perlu ke saya main-main ‘chup’ agar nanti saya tak melepas?

Hmm…

Tergantung lah pada masing-masing. Bagi saya tidak perlu untuk saya untuk me’reserve’ seseorang itu jika saya tahu belum masanya. Tahu masanya yang sesuai terletak pada perancangan peribadi masing-masing. Adakah mahu berkahwin sebelum clinical, selepas graduasi mahupun sewaktu houseman nanti. Terpulanglah.

Tak perlu untuk kita takut akan ‘melepas’ akan sesorang yang kita fikir terbaik untuk kita.
Allah lebih mengetahui dari kita.

Yakinlah bahawasanya
Kalau belum sampai waktunya
Dan kalian terlalu cepat memetiknya
Bukan sahaja tidak mendapatkan manfaat
Malah akan merosak buah itu sendiri
Mengganggu untuk dia berkembang menjadi lebih manis

Mungkin ini jawapan yang saya cari selama ini. kalau cepat memetiknya, mungkin sahaja akan merosak buah itu sendiri, menggangu untuk dia lebih berkembang menjadi lebih manis.

Hubungan yang awal yang belum pasti statusnya a.k.a it’s complicated atau in a relationship mungkin akan menggangu perkembangan. Tak kiralah perkembangan hati, rohani, minda dan jasmani sekalipun.

Jika tidak tahu bagaimana lagi, minta lah pertolongan dari Allah semoga diberi petunjuk kepada kita untuk apa tindakan yang terbaik bagi kita sebagai satu usaha dalam mencari. Allah Maha Mengetahui.

Percaya dan yakin.

insyaAllah.

O’ Allah, guide us to the right~

2 comments:

izzahatta said...

suatu hari nnt dini~~

DiNi aZiZ said...

haha..insyaAllah izzah
satu hari nanti akan ku undang kamu ke walimaturus ku yg pasti.
sila bawak hadiah yg gede-gede ye haha..

tunggukan kemunculan hari itu huhu ^_^

Post a Comment