Friday, April 03, 2009

When a friend need you

Rasa bersalah pada seorang teman sejak dua hari lepas tak berkesudahan. Apa tidaknya saya sangat sibuk sejak akhir-akhir ini dengan kerja community health. Dah dua kali saya menolak permintaannya untuk berbual dengannya dengan alas an “Jap ye, kita sibuk jap. Nak kena settle kan kerja nih sekejap..”

Terasa saya ni bukan lah seorang kawan yang baik pada saat itu. Bila dia memerlukan saya, saya pula banyak alasan. Bukan niat di hati tak nak berbual tapi saya benar-benar sibuk ketika itu. Huhu. Lagi, rasa bersalah.

Alhamdulillah, pagi tadi selesai sudah ujian communication skill. InsyaAllah saya sudah lakukan yang terbaik tadi.

Selesai ujian tadi, pulang terus ke rumah kerana sudah kepenatan dari tadi malam bergadang berlatih sambil menonton sampai lewat malam.

“…kita nak ajak awak keluar. Boleh tak?”

Terasa berat untuk berkata ‘boleh!’ jika diikutkan mata dan perasaan yang malas dan kepenatan. Tapi, memikirkan itulah masanya untuk saya menebus rasa bersalah dari kelmarin.

“Ok, no problem. Kita tak kesah pun lagipun dah tak de keje skrg (selain tido huhu)...”

Kami ke mall panakkukang jam satu dalam keadaan saya yang baru bangun tidur. Nak cepat punya pasal, saya pakai baju merah yang tak matching dengan tudung huhu. Tak sempat nak iron! huhu~

Ya Allah, saya rasa betul-betul bersalah. Teman saya sanggup tunggu 2 hari lamanya semata-mata nak berkongsi sesuatu. Dan akhirnya kami berbual, berkongsi cerita,suka duka, masalah yang sudah ‘tertangguh’ lama.

Terharu.

Sedih juga.

Kenapa saya tak boleh luangkan masa walau sekejap di kala seorang kawan benar-benar memerlukan sedangkan dia sanggup tunggu berhari-hari hanya semata-mata untuk bercerita dengan saya?

……………..


1) Hari ini saya belajar untuk lebih menghargai kawan, lakukan yang terbaik semampu mungkin untuk mereka.
2) Kawan-kawan di sini seperti keluarga sendiri. Dekat di kala keluarga jauh di mata.
3) Next week ada program di pantai. Saya tak sabar nak bercuti dengan kawan-kawan ^_^
4) Saya sayang semua kawan-kawan saya.
5) Rindu nak jumpa kawan-kawan sekolah lama juga~

0 comments:

Post a Comment