Friday, April 24, 2009

Tangan yang terlambat

Rasa bersalah tadi dalam perjalanan pulang dari dinner dengan housemate di Mtos. Bersalah pada diri yang masih lambat. Lambat untuk memberi.

“ Dien, cuba tengok budak tu pegang baby. ”

Saya yang terkapai-kapai mahu melintas jalan ketika itu sempat menoleh ke sisi. Seorang abang yang masih kecil berumur dalam sepuluh tahun sedang duduk menggendong adiknya yang masih bayi. Meminta belas kasihan.

Dalam keadaan samar-samar saya mengamati mereka seketika. Lima ribu rupiah masih kemas dalam genggaman tangan untuk tambang pulang nanti. Hati kecil berbicara saya harus memberi.

Tapi dek kerana tindakan yang lambat saya ‘tiba-tiba’ sudah berada dalam kenderaan untuk pulang.

“ Kesian budak tu. Sepatutnya bagi je duit kat tangan ni tadi.”

Itulah, sungguh lambat tindakan saya tadi untuk memberi. Tak salah rasanya saya terus memberi pada adik tadi untuk hari ini. Belum tahu adakah mereka sudah makan atau tidak, sedangkan saya sudah pun kekenyangan dengan hati ria sekali.

Sungguh, saya harus berubah untuk cepat memberi. Memberi tanpa berfikir. Memberi sehingga tangan kiri tidak sedar tangan kanan menghulur sudah. Memberi tanpa perkiraan. memberi tanpa balasan.

.I K H L A S.

"O' Allah, help me to have better ibadah for You.."

4 comments:

nurira ~* said...

Salam, dien.
thank u for sharing..
itulah, i've experienced this too..n especially dgn pete2..500rp pun kdg2 berkira2..astaghfirullah. felt very bad.
but nowadays n hopefully insyaAllah forever, i dun mind bout it..dh byr 2000rp utk 08. i didik diri dgn kata 'ini saham utk akhirat nnt..'

Sungguh, saya harus berubah untuk cepat memberi. Memberi tanpa berfikir. Memberi sehingga tangan kiri tidak sedar tangan kanan menghulur sudah. Memberi tanpa perkiraan. memberi tanpa balasan.thank u for a touched story sharing~

keep up sharing! :)

nurira ~* said...

lupa nk add..
doa2 moga kita semua dijauhkan dari sifat kikir @ bakhil.

Dan siapa yang dijaga dirinya dari kekikiran, maka mereka itulah orang2 yg beruntung
wassini me when i forget


~ cuti2 ni bykla pulak 'mengomen' kat blog org..huhu. :)

thanks sis~

DiNi aZiZ said...

itulah, mmg kelemahan kita especially i juga. mmg mudah sangat berkira setakat seribu rp tu.kalau kat msia kita x pandang pun stakat 30posen kan.

didiklah diri untuk sentiasa memberi.tak berkira sgt dgn duit kita utk memberi.dalam sehari belajar untuk memberi walau sedikit.terlalu luas sbnrnya peluang kita utk memberi di sini. tak perlu menunngu ada yg buatt kutipan derma kan.

start by giving a litte of ourselves, insyaAllah ^_^

p/s: hehe, weekend bgus utk me'refleksi' diri kembali utk seminggu sudah

nurira ~* said...

ni ler tak suka naik n bayar pete2 ni..
dorang wat beli rokok!
geram geram geram.
kena muka n masuk paru kita.
paru dia..?dh dia sendiri x syg paru dia.. biaq pi la... :/

-bila mampu nak beli motor ni...huhu

Post a Comment