Thursday, April 02, 2009

Undefined.

Dua hari yang sibuk sejak kelmarin. Banyak tugas yang harus disiapkan, Dari semalam saya kena siapkan slides presentation untuk panel discussion modul 2. Rasa macam nak nangis sebab masa buat slides tak ada sumber sebab semua files masa discussion diinfeksi virus computer pbl room. Huhu. Apapun, Alhamdulillah siap juga sebelum presentation pagi tadi.

Pagi tadi juga saya harus presentasi hasil discussion kumpulan pbl kami. Sebab memang kali ini saya yang bertanggugjawab. Bertuah juga tadi sebab kumpulan kami yang tidak terpilih untuk ke depan, tapi akhir sekali saya terpaksa ke depan juga sebab kumpulan yang lagi satu ‘kurang memuaskan’ (hehe..maaf ye group A1).

Apa lagi, saya ke depan mengkritik habis-habisan.

“ Actually, I disagree with your group presentation because when I compare with my group discussion it is really different . Your group presentation is too general, never emphasized on chief complaint which is asthma….bla..bla…bla..”

Tengah best-best mengkritik, tiba-tiba datang le sekumpulan tetamu dari Malaysia masuk. Agak ramai juga dalam 20 orang. Kaget juga sekejap, tapi Prof. Suriani cakap sambung je presentation tu. Waa.. agak cuak jugak sebab kena present depan prof, doctor, pensyarah dari Malaysian tiba-tiba. Huhu. Siap ada yang amik gambar dan video lagi. Harap-harap tak masuk paper sudah hehe ^_^

Apapun saya sudah lakukan yang terbaik.

Hasilnya, dr. sultan dan dr. Suryani pun puji kedua-dua kumpulan telah berjaya membuat diskusi menjadi hangat sehangat cuaca di luar sana. “Good job!” bak kata Izzah dan dr. Sultan hehe.

Tahniah kawan-kawan ^_^

Itu kisah pagi tadi.

Selepas panel discussion tadi, saya dan cik Ja bergegas untuk siapkan flipchart. Singgah sebentar di mall Mtos makan mie ayam saus teriyaki yang enak bersama mie dan cik Ja. Hari ini mood saya baik ^_^ , ^_^

Saya pulang dan sore itu juga meredah rintik hujan ke rumah Ja di BTP. Bermalam di rumah Ja untuk berlatih sama-sama. Dan sekarang tengah berlatih bercakap dan berlakon untuk esok.

Esok saya ujian communication skill jam 8.30 pagi dengan tajuk “Personal Protecting Device” .

Semoga Berjaya untuk saya. Doakan~


1) Hari ini penat, tapi gembira ^_^
2) Kak nik, sorry sangat-sangat sebab I can’t be there when u need me.
3) Sedih sebab baru tahu Kak Aisyah yang dah grad dr. dah balik Malaysia semalam. Good luck kak aisyah in your new life as a doctor. Till we meet again in hospital!
4) Hari ini saya telah belajar untuk memberi.
5) Alhamdulillah ~

0 comments:

Post a Comment