Saturday, April 18, 2009

gorgeous.elegant

Jam dah pukul satu pagi. Badan dah letih rasa nak tidur je terus. Tapi mahu juga tetap untuk berkongsi pengalaman akan Muslimah Gala night tadi. Huhu, sungguh seronok dan gumbira hati ini ^_^

Walaupun saya tak buat persembahan tadi, tapi puas melihat persembahan kawan-kawan tadi. Ada pertandingan nasyeed, musical drama, beauty make over, busana muslimah dan tarian. Huh, pendek kata sebenarnya mereka-mereka ini sangat berbakat!

Dari beauty make-over yang sangat menakjubkan kebolehan kawan-kawan mendandan model. Memang dah tahap boleh jadi mak andam pengantin. Sangat berbakat!semua terpegun huhu. Memang budak medic pun pandai make-up juga woo…hehe ^_^

Musical drama yang sangat best dengan aksi lakonan yang spontan dan dahsyat! Dah jadi macam High School Musical diorang nih tau. Tahniah untuk kawan-kawan team musical drama yang sangat ‘panas’ hehe.

Nasyeed pula sangat cool. Semua sporting le! Siap sangat pede walaupun tak pernah hayat masuk nasyeed even sekolah rendah dulu huhu. Semua berkerjasama dengan baik. Tahniah untuk batch 06 yang menjadi juara!

Tak ketinggalan busana muslimah contest. Jalan catwalk macam model sorang-sorang hehe ^_^

“ Tahniah kepada pemenang. Yang lain, anda juga pemenang. Saya bangga dengan anda semua. Sampai jumpa lagi di Muslimah Gala Night 2010 tahun depan. Datang lagi ya tahun depan!”

Saya? Alhamdulillah amanah jadi mc saya dah lakukan yang terbaik mungkin ada silap kekurangan minta maaf. Skrip yang penat-penat saya buat panjang-panjang akhirnya tak diguna sangat. Saya cakap spontan je supaya tak nampak formal sangat. Ada juga tersasul entah bahasa baku apa yang saya guna hehe.

Apapun, it was a wonderful night for sisters. Kenangan indah sebagini rupa pasti kami tak akan lupakan bersama. Sungguh indah untuk dikenang.
Thanks all sisters 05, 06,07,08 and senior coas!
  1. teringat kenangan masa sekolah rendah buat persembahan fashion show(darjah 1), tarian (darjah 2), choir (darjah 3) hehe. Rindunya~
  2. mungkin ini yang terakhir saya dapat join sebab tahun depan dah clinical dan busy huhu. Sedey~
  3. esok ada sharing moment dengan dr. min senior02 dan bowling tournament. Saya nak join yang mana?
  4. penat~
  5. alhamdulillah for the great moment.



0 comments:

Post a Comment