Tuesday, April 21, 2009

sakit.rahmat

“ Apabila penyakit menimpa hamba-hambaNya, maka hanyalah kepada Allah tempat mengadu, bukan kepada hamba-hambaNya.”
Terlalu banyak telah saya pelajari dari apa yang saya alami. Sakit itu rahmat. Sakit itu tanda Allah sayang pada saya.

Hari ini hati tersentuh entah kenapa tiba-tiba. Menangis tanpa alasan. Mungkin sebab terlalu rindu untuk menangis.

Mungkin juga sebab saya ada sakit. Sakit yang dari dulu belum pernah sembuh dan tetap saya rasakan setiap hari. Nikmat dari diri ini yang telah diambil, moga diganti dengan rahmat dan kasih sayang Nya.

“ Ummi sudah doakan khas untuk Ni di depan Kaabah. Yakinlah, Allah akan makbulkan doa ummi nanti.”

Kesian ummi. Terlalu risau. Tiap kali telefon ummi pasti saya ‘bohong’ yang saya baik-baik saja. Tak mahu risaukan ummi, tapi tetap minta ummi doakan yang terbaik untuk saya.

Serik sudah susahkan ummi tidur di lantai hospital masa operasi hari tu. Sedih. Hati menangis.

Allah Maha Mengetahui apa yang lebih baik untuk saya. Belum tahu kapan lagi saya mampu hadapi. Seperti mahu lupakan saja. Biarlah nanti saya hadapi sendiri.

Ada kekurangan akan diri ini. Tapi, biarlah saya mahukan yang lebih dari itu.

Rahmat, kasih sayang dari Allah.

Sakit itu sentiasa bersama saya, mengingatkan saya untuk terus meminta padaNYa. Tak pernah hilang walau sekejap.

Cukup lama untuk saya mendidik diri menerima apa yang dihadapi. Memujuk diri untuk belajar menerima takdir ALLAH.

Sungguh , saya redha dan mensyukuri akan ujian ini.

“ Ya ALLAH, Engkaulah yang diharapkan untuk menggantikan dengan yang terbaik. Tangan-Mu lah yang dapat mengganti sesuatu yang telah rosak. Perbuatlah sekehendak Mu terhadap ku. Kerana sesungguhnya segala yang ada padaku adalah hak Mu semuanya..”
ALLAH is enough for me~

7 comments:

yanie said...

knape din?mu sakit gapo?aku tok tau pom mu operasi..nnti aku doakn yg tbaik jgk utkmu..

DiNi aZiZ said...

thanks dear yanie for ur prayer.

Ibnurashidi said...

Salam..moga tabah selalu. Ujian itu datang tak menanti waktu.

nurira ~* said...

Salam,dien,
sakit itu rahmat,dan penawar dosa :)
Allah tahu hamba-Nya itu mampu menerima setiap ujian yang diberi..dan setiap kita diuji..cuma berbeza situasi sesuai kemampuan kita semua.. :)

Allah tasketh not a soul beyond its scope. For it (is only) that which it hath earned, and against it (only) that which it hath deserved. Our Lord! Condemn us not if we forget, or miss the mark! Our Lord! Lay not on us such a burden as thou didst lay on those before us! Our Lord! Impose not on us that which we have not the strength to bear! Pardon us, absolve us and have mercy on us, Thou, our Protector, and give us victory over the disbelieving folk. [QS 2:286]

And surely We shall try you with something of fear and hunger, and loss of wealth and lives and crops; but give glad tidings to the steadfast, [QS 2:155]
'Allah rindu mendengarkan rintihanmu berpanjangan... bersyukurlah dan tabahlah menghadapi.. segala ujian diberi.. maka bersyukurlah selalu...' =) -ni nasyid masa Gala night hari tu...hehe

~wif luv~

nurira ~* said...

nak promote dengar lagu ni..
muhasabah cinta..
;)

nurira ~* said...

nk promote dengar lagu ni..
muhasabah cinta~
sama2 hayati lirik.. :)

DiNi aZiZ said...

thanks so much dear fie for ur support
appreciate of having such great fren like u
thanks again dear ^_^

Post a Comment