Tuesday, April 07, 2009

Community.Medicine.

Alhamdulillah sore tadi selesai sudah ujian final teori community medicine aka ikakom. Sejak semalam serba tak kena nak buat kerja lain sebab kena habiskan study. Nonton tv dua tiga menit, online kejap-kejap je sebagai penghilang rasa mengantuk. Tapi kerap juga terlena huhu. Memang ubat mujarab untuk mengantuk adalah tidur huhu.


Empat minggu lamanya bergelumang dengan system ini. Terasa sekejap je. Pejam celik dah final. Memang system ini agak berbeda jika dibandingkan dengan system yang lain. Tiada lagi istilah anatomi, physiology, pathology mahupun pharmacology. Sungguh bahagia sekali hehe ^_^


Apa yang saya belajar??


System ini agak menarik, sebab saya belajar di luar dari apa yang selalu dipelajari. Banyak belajar tentang bagaimana pengurusan komuniti secara keseluruhan, kesehatan kerja, pengurusan bencana alam. Memang selok belok pengurusan kami pelajari.


Untuk PBL pula saya belajar untuk memainkan peranan sebagai orang penting daalm komuniti. Sungguh menarik! Dalam discussion masing-masing ada jawatan dan kami berlakon untuk mencari jalan menyelesaikan masalah iaitu endemic malaria di sebuah kampung. Saya selaku Head of District yang berkaliber berperan membantu . Hehe ^_^


Ada lagi assignment yang perlu dinilai. Saya harus belajar untuk menyampaikan ceramah kesehatan. Tajuk yang dibawakan pun agak menarik iaitu Personal Protecting Device (PPD). Target saya pada hari ujian itu adalah pekerja-pekerja construction.


“ Bapak-bapak dan ibu-ibu haruslah sentiasa memakai alat ini semasa bekerja toh. Pasti semuanya ndak mahu ada kecelakaan nanti. Nanti mi alat ini bisa diambil gratis dari pihak pengurusnya bapak dan ibu. Ndak usah risau mi..”


Memang ada kesulitan pada mulanya. Apa tidaknya saya buat pertama kali harus ujian menggunakan bahasa Indonesia yang begitu baku bunyinya. Habis berbuih dan sampai keras lidah jadinya. Penontonnya di kalangan senior klinikal ada yang tersenyum mungkin lawak kot saya cakap bahasa diorang. Berbelit-belit lidah ada yang tersasul guna English juga hehe ^_^


Itulah pengalaman.


Apapun, system ini sudah berakhir. Alhamdulillah.


insyaAllah, segala ilmu yang dipelajari dari system ini akan saya gunakan ketika KKN pada july nanti dan pastinya sebagai bekalan untuk menjadi seorang doktor yang baik insyAllah.


Good bye Community medicine.

Welcome Emergency & traumatology next week!

  1. Thanks so much to all lecturers in this system yang best; dr. Suryani, dr. Sultan, dr. Rum, dr. Irwin, dr. As, dr.Tahir and all.
  2. Tak sabar nak masuk system Emergency & Traumatology yang pasti mengerikan hehe
  3. Good Luck untuk housemates saya Dayah and Wawa exam final esok! Lusa kita enjoy ye ^_^
  4. Semalam call ummi, bro afat, sis Dina sampai kering kredit huhu.
  5. All the best utk Sis Dina final exam, and for bro Afat kerja baik-baik ye atas kapal tu. Silalah pakai safety helmet selalu hehe ^_^



2 comments:

izoner said...

betol3.... menarik giler tym role play.. me as a Pak Kepala Desa sgt pandai berlakon. heheh.
BTW, confirm ke kita masuk trauma nx week? bukan tropis?

DiNi aZiZ said...

hehe..ye pak kepala desa. masa dlm discussion mmg poyo habes le..berlakon cam best je hehe.experience yg xdpt dilupakan ^_^

yup, sure we will start emergency&traumatology not tropical medicine next week. i asked dr suryani already she said on monday will be remedial, and our trauma class start next day Tues.

so, be prepared mentally and physically for this coming 7sks system hehe.

All the best !

Post a Comment