Wednesday, April 08, 2009

Hati.Berbelah.Bagi

Perancangan telah di buat lama seawal bulan lepas lagi. Rancangan untuk menyertai Mutiara 2 di Bira Jumaat ini dalam masih dalam dilema. Mungkin sebab hari Isnin ini akan diadakan remedial seawal jam 10 pagi. Jadi berkira pula untuk menyertai Mutiara ini kerana tempat program itu sungguh jauh memakan masa hampir 8 jam! Jauh sangat!huh~

Nak pergi ke saya???

Itulah. Hati jadi berbelah bagi. Bila difikir harus ulangkaji lagi banyak nota kuliah dan ia memerlukan masa yang banyak. Ramai pula kawan-kawan yang sudah daftar sama-sama awalnya menarik diri beramai-ramai. Lagi memadamkan semangat saya untuk join Mutiara ini huhu.

Jadi?

Hmm..InsyaAllah saya akan ikut juga Mutiara ini dengan ikhlas. Bak kata hati kecil “dah niat”. Jadi tak perlulah saya mempersoalkan masa untuk saya ulangkaji pelajaran. Yakini niat ikhlas untuk ikut serta program yang sebegini pasti membawa berkah yang tak terlihat insyaAllah.

Seringkali saya lupa asyik terlalu mengejar untuk mengisi ilmu dunia. Pengisian rohani jua yang terlupakan. Saya harus berubah. Saya harus berkorban untuk yang lebih baik. Masa 8 jam perjalanan pasti ada hikmah dalam mencari rahmat Ilahi. Usah dipandang akan lamanya perjalanan, tapi lihat lah akan pengorbanan itu sendiri. Moga diberkati ^_^

Oleh itu, bersemangatlah wahai diri. Saya akan lakukan yang terbaik untuk kedua-duanya nanti.Mutiara dan remedial. Nanti di Bira saya rancang untuk belajar juga dengan kawan-kawan. Moga keindahan dan ketenangan di pantai memudahkan saya untuk belajar ^_^

MUTIARA II here I come!!! ”
  1. Hari ini keluar dengan kak nik beli ‘bekalan’ untuk packing pergi mutiara nanti
  2. Esok pilihanraya umum di sini. Saya mau contreng apa ya??hehe
  3. Selamat mengundi untuk rakyat di sini. Pilih lah yang terbaik untuk mewujudkan Indonesia yang lebih baik.
  4. Tak sabar nak pergi bira mengutip 'mutiara' huhu
  5. Iman adalah mutiara ^_^

0 comments:

Post a Comment