Sunday, April 05, 2009

Dryness.on.Weekend

Ujian datang lagi. Sungguh terseksa sekali kami satu rumah kekeringan. Kekeringan sumber air. Sudah hampir dua hari lamanya rumah kami terputus bekalan air. Tapi yang peliknya rumah tetangga lain yang sebelah jalan sana airnya mengalir normal. Cuma barisan rumah saya yang terputus bekalan air. Pelik.

Dua hari lamanya. Semalam masih boleh bertahan sebab masih ada air takungan. Tapi, hari ini? Dah tahap darurat! Teman serumah yang lain dah pun berhijrah ke rumah teman yang lain mencari bantuan. Memang mereka pergi menginap tidur di sana pokoknya.

Saya??

Haha. Bak kata ummi, “Ummi tak risau bila dengar Ni tak de air. Pasti Ni boleh hidup tanpa air.”

Memang betul pun. Tapi bukan sebab saya tak mandi plak, hehe. Masalahnnya sekarang, hari Selasa ini saya ujian teori final community medicine. Itu yang menjadi masalah saya nak menginap di rumah orang lain. Jenis yang tak boleh nak adapt study kat rumah orang lain. Nak duduk dalam bilik sendiri jugak ^_^

Kesannya, saya terpaksa berkorban membeli air kemasan gallon yang biasanya diminum semata-mata untuk mandi! Huhu, kering poket juga ler. Memang tahap seperti penjagaan kulit khas mandi air yang sterile hehe. Sungguh, kulit ini dimanjai berlebihan ^_^

“ Ibu, kenapa airnya ndak jalan kok bu? Udah dua hari.”

“Itulah, penasaran juga ibu sih. Rumah dekat sana airnya mengalir ji. Pasti ada yang nggak beres sama pipa dekat sini.”

Lusa sudah exam, saya masih terkial-kial. Serba tak kena. Kadang-kadang rasa ingin menyalah keadaan. Sekali-sekala mengeluh sendirian.

Hmm...saya harus ikhlas dan bersabar. Kadang-kadang saya lupa akan ujian ini menguji diri ini. Tidak perlu saya menyalahkan keadaan, tapi saya harus menerima seadanya.

Sentiasa lah belajar untuk melihat sesuatu dengan pandangan mata HATI.

Dan sekarang, saya belajar untuk tidak mengomel sendirian. Terima seadanya dan sentiasa bersyukur. Pasti ada hikmah jika saya bersabar. Bersabarlah wahai diri~

‘On no soul Allah place a burden greater than it can bear.’

  1. Semoga esok mulai hari kerja, maka pihak syarikat air membaiki kerosakan apa yang patut insyaAllah.
  2. Saya belajar untuk bersyukur.
  3. Terkenang kembali masa krisis air di zaman mrsm dulu. Bangun mandi jam 4 pagi di blok akademik dengan baju tidur. Indahnya bila dikenang ^_^
  4. Tetaplah bersemangat belajar yang terbaik untuk community health!
  5. Syukur. Ikhlas. Tenang.


0 comments:

Post a Comment