Tuesday, March 31, 2009

Sharing.is.Caring

Hari ini saya sangat penat. Dari pagi tadi ada discussion pbl, kelas ganti dr. Rum sampai sore dan balik bergegas siapkan flipchart untuk field skill.

Walau dah seharian penat, tetap juga ikut jemputan ada sambutan maulid rasul di masjid Falah, wesabbe. Pergi bareng dengan tetangga sebelah. Alhamdulillah ada pengisian untuk rohani untuk hari ini. Dapat juga bersilaturahmi dan mengenal budaya di sini. Sambutan agak berbeda di banding di Malaysia kerana selepas ceramah ada acara berebut telur manggar. Huhu..kecoh betul.apapun itulah kelainan yang ada di sini. Terasa kemeriahnya juga.

Selesai sambutan di masjid, tetangga pula jemput ke rumah makan kue. Dah siap-siap nak baring di katil sudah, tapi bila fikirkan undangan tetangga, tak sampai hati nak menolak. Lagi, perut di isi dengan pelbagai macam kue asli daerah. Enak juga sih..terima kasih tante Vovon atas kue nya ^_^

Akhirnya, dapat rehat di katil.

Tapi teringat pula ketika di masjid tadi. Saya bertemu lagi dengan ibu Murni yang tinggal di blok B. Saya suka berbual dengannya sebelum ceramah bermula. Sifat keibuan yang lemah lembut nya mengingatkan saya akan ummi.

Saya masih ingat pesan Dini. Jangan pernah putus untuk berdoa..” kata ibu Murni setelah kami mulai bicara.

Memang ada kisah yang kami kongsi bersama sebelumnya. Ibu Murni dalam waktu yang singkat kami bersua sebelumnya, ada berkongsi perasaannya hatinya sebagai seorang ibu. Anaknya yang masih di SMP memang liat untuk solat, mengaji mahupun belajar. Ibu Murni sebenarnya mengharapkan anaknya berubah untuk belajar yang lebih baik supaya dapat masuk FK seperti saya. Ada pengharapan yang besar di wajah ibu ini.

Ibu berdoalah, minta pada Allah untuk diberi petunjuk bagi mendidik anak ibu. Jangan pernah berhenti berdoa. Allah Maha mendengar. Ibu saya di Malaysia juga kaya’ ibu juga. insyaAllah ibu..”

Itulah luahan perkongsian saya dengan ibu murni akan bagaimana ummi juga menghadapi situasi yang agak sama dengannya. Hasilnya, Alhamdulillah puji syukur doa ummi dimakbulkan olehNya.

Allah Maha Penyayang.

[pendek saja sebab saya penat~]

1) Rindu ummi.
2) Nanti nak ziarah ibu Murni jika ada kelapangan insyaAllah
3) Saya harus lebih banyak memberi untuk esok dan hari berikutnya.
4) Hari ini masak nasi goreng makan kongsi dengan dayah housemate saya ^_^
5) Syukur~

0 comments:

Post a Comment