Friday, March 27, 2009

Kalau Kita Menjadi Kayu

Kalau kita menjadi kayu
Biarlah jadi gaharu atau cendana
Wangi dan bernilai tinggi
Atau paling tidak
Jika terpaksa, cukuplah jadi kayu api
Asal punya harga diri

Tetapi, jika mahu jadi kayu
Majal, keras dan padu
Seperti cengal, keruing atau meranti
Itu juga pilihanmu
Cuma, jangan pula nanti
Sampai sanggup jadi hulu
Yang rela diperkudakan kapak
Hingga tergamak menetak
Kaum sendiri


Abdul Rahim Idris
Jerantut Pahang

"Puisi itu indah..."


1) Suka sajak ini, sangat menarik!
2) Saya jadi rindu nak bersajak macam muda2 dulu. Jadi, mula mempraktiskan diri dengan bersajak sorang2 dalam bilik huhu ^_~
3) Sambil dengar muzik Kitaro; Caravansary dan Nageki yang best hehe~
4) Sebenarnya nak berlatih untuk Muslimah talent Night nanti. Saya masuk drama contest ^_^
5) Saturday night yang mendamaikan~

0 comments:

Post a Comment