Wednesday, March 25, 2009

Hari.Nyepi?

Hari ini 26 Maret saya libur dari kuliah. Maknanya boleh lepak-lepak kat rumah yea! Tapi banyak kerja nak kena selesaikan sebenarnya..huhu. Kenapa libur hari ini?? Owh..sebabnya kat sini ada perayaan 'Hari Nyepi' yang juga diiktriraf sebagai cuti umum seluruh negara di sini. Di malaysia sememangnya pasti tak pernah dengar akan hari nyepi ini kan (sebab saya sendiri baru tahu semalam). Apakah itu??


Hari Nyepi


Sebagai pengetahuan umum, perayaan ini dirayakan oleh warga hindu di sini. Sememangnya agama hindu di sini memang totally different dari hindu yang kita biasa lihat di malaysia seperti agama yang encik Maniam a/l Vellu anuti. Memang berbeda sekali! Rumah ibadah, perayaan, even Tuhan yang mereka sembah pun berbeza! tak tahu le saya kenapa. Nanti nak kena tanya lagi kat classmates hehe.

Bali yang sepi


Nyepi bermaksud Menyepi seperti dalam kamus dewan atau kata akarnya adalah sepi. Maksudnya lagi hari perayaan ini adalah untuk menyepi. Ya!

Semua penganutnya akan menyepi dalam rumah, pintu dan tingkap ditutup, tv,radio, handphone off. Pokoknya semuanya kena off untuk sehari lamanya.Sudah tentu mereka tak boleh keluar rumah langsung! Tujuannya adalah satu, sebagai cara untuk mereka muhasabah diri kembali seharian itu. Itu yang saya tahu dari sumber rakan sekelas saya Made Dwi sebagai pengetahuan untuk diri ini yang memang tak tahu menahu mengenai ini.

Memang sepi. Kat sini xde le terasa sebab banyak agama lain yang mendominasi terutamanya Islam. Alhamdulillah. Tapi mengikut berita di Bali sememangnya totally sepi. Semua hotel, tempat peranginan, even bandara Ngurah Rai international airport juga akan ditutup! Sungguh hebat kesepiannya!!


Itulah kisah Hari nyepi di sini.

"Hidup ini tidak pernah sepi~ "

1) Saya tak menyepi hari ini sebab banyak nak buat aktiviti spt memasak,mengemas,mencuci kain hahaa..(sedang practice utk menjadi suri rumah ahaks) =p
2) Saya tak boleh nak sms Made Dwi nak tanya soalan apapun hari ni hehe.
3) Terasa nak pergi Bali hari ni jugak sebab mesti Bali sepi dari semua segi. Tak de lagi 'free show' kat Pantai Kuta yang mencemari keindahan alam Ilahi hehe. Tp macam mana?? tak ada flight ke sana, jadi harus berenang huhu~
4) Saya harus muhasabah diri setiap hari, sebaiknya setiap saat untuk menjadi yang lebih baik insyaAllah
5) syukur~