Wednesday, March 25, 2009

Kenapa.Mengapa??

Mungkin ini persoalan yang timbul untuk saya sendiri fikirkan..huhu. Kenapa dan mengapa nak menulis di blog?? Mengapa saya perlu menulis?? Kenapa nak susah-susah perah otak menulis??

Hmm...kenapa ya??

Entahlah. Nak kata menulis sebab ikut darah abah yang sebati dengan jiwa sastera, xde le sangat. Karangan bahasa melayu xde le sedap sangat pun huhu...Fikir punya fikir ada juga jumpa alasannya. Dan inilah 10 alasan yang telah setelah sekian lamanya berfikir ^_^ :

1) Kerana saya ingin menjadi seorang doktor. Jadi, banyak pengalaman, kehidupan, perkongsian yang insyaAllah akan saya timba dari perjalanan untuk bergelar seorang doktor yang baik ^_^
2) Sangat terinspirasi dari buku 'Catatan Seorang Doktor' oleh dr. Fanam Dimah yang superb menariknya!! Terima kasih sgt2 untuk abah tersayang atas pemberian buku ini. Sangat2 suka dan sayang hadiah abah ini.
3) Lagi, terinpirasi dari buku 'Kesaksian Seorang Dokter' oleh dr. Khalid bin Abdul Aziz Al-Jubair, SpJP dari Mesir. Buku ini dibeli sendiri kat GrandMedia.
4) ' Seteguh Tekad' buku tulisan prof. Sidek Baba juga sangat memberi inspirasi buat saya! Perhaps, tajuk buku ini juga saya dedikasikan pada nama blog ini. Sebab terlalu suka dengan buku ini. Anda harus membacanya! (boleh le pinjam dgn saya)
5) Suka baca blog2 kakak dan abang senior yang selalu sharing tentang suka,duka, pahit, manis kehidupan mereka lebih2 lagi ketika di ala klinikal yang super mencabar! Saya pun nak jadi seperti mereka ^_^
6) Nak jadikan sebagai catatan sepanjang perjalanan hidup ini insyaAllah.
7) Sebab saya ikut IPEM hehe..
8) Abah pernah tanya.."Kenapa tak menulis??". Jadi, saya perlu ada jawapan bahawa saya ada menulis...huhu
9) untuk saya baca sendiri2 bila bosan.
10) S.A.T.I.S.F.A.C.T.I.O.N

Apapun alasannya, biar pun beribu, yang pasti saya telah menulis! Tahniah untuk saya!hehe. Semoga saya akan istiqamah untuk menulis, bukan untuk orang lain, tapi untuk diri saya sendiri pastinya!

" Setiap orang pasti ada satu novel dalam dirinya.."



2 comments:

Nurul Iman Abdul Rahim said...

Salam dini...

tahniah tahniah!
ahli Ipem yg komited ni hihi
keep it up!!!

DiNi aZiZ said...

wsalam iman..

huhu..thanks~
baru permulaan
budak baru belajar hehe

Post a Comment