Saturday, March 28, 2009

Earth Hour. Sayang. Bumi.

Hari ini 27 Maret 2009 pasti menjadi sejarah dunia. Bumi ini akan bergelap untuk sejam lamanya? Betul ke jadi gelapnya?? Kalau di sini promosi earth hour di media tidak lah sehangat kampanye pemilu nanti. Saya tahu menahu akan kempen ini pun mulanya dari teman sekelas dan baca dari blog ustHasrizal.

Makanya, tadi jam 8.30 sampai 9.30 malam saya bergelap dalam bilik. Dalam gelap solat isya’, rehat di katil dan telefon ummi (pakai telefon bateri ye hehe). Di rumah saya tak bergelap sangat. Masih ada cahaya lampu bilik teman. Mungkin mereka tengah study. Tak apalah. Cuba mengintai di rumah tetangga depan. Gelap juga. Rata-rata hanya menyalakan satu lampu sahaja untuk mereka berkumpul. Tahniah untuk yang mendukung!

Di rumah saya tak bergelap sangat. Masih ada cahaya lampu bilik teman. Mungkin mereka tengah study. Tak apalah. Cuba mengintai di rumah tetengga depan. Gelap juga. Rata-rata hanya menyalakan satu lampu sahaja untuk mereka berkumpul. Tahniah untuk yang mendukung!

“Abah dah tutup lampu bilik abah..” ternyata keluarga kat Malaysia pun turut serta ^_^

Sayangkah saya pada bumi??

Saya tak suka akan pembangunan bangunan besar2, tinggi2. Saya lebih suka akan Bandar-bandar kecil, kampong-kampung yang banyak pohon-pohon merimbun. Kolot ke saya??

Terpulanglah.

“Ndak usah ibu. Ndak pakai kantungan kok ndak apa.” Selalu je saya bila membeli roti kat pintu Wesabbe tak akan pernah mintak kantung plastik sebaliknya hanya dibibit di tangan. Tak berat pun.

“Global warming, bu..” pernah saya menjawab bila ditanya kenapa nggak pake kantungan. Ibu itu senyum. Mungkin itu yang mampu saya beri pada bumi.

Memang masyarakat kita pandang sepele hal kecil begini. Kantungan plastic kecil yang tak ‘dimakan’ bumi itu pun kita tak pandang. Sekali pakai je terus jadi sampah. Sedih kan…

Entah lah, saya ini memang yang jenis yang skema bab-bab alam sekitar nih. Selalu rasa bersalah kalau nak guna plastic sekali pakai. Rasa cam nak tadah ngan tangan je bila beli makanan yang dibungkus plastic.

Itu lah. Seboleh- bolehnya saya usaha dengan diri saya sendiri pastinya. Setiap kantungan dari pembelian akan disimpan untuk digunakan semula. Kalau pergi beli ayam, sayur pagi-pagi memang saya bawa kantungan sendiri. Senang dan jimat.

Kertas-kertas, kotak, botol plastic, kaca semuanya saya akan kumpul asing-asing. Nanti akan diletak di tempat sampah depan rumah setiap Sabtu pagi. Terharu bila melihat pak pemulung sampah tersenyum bila kita hulurkan padanya ‘sampah’ . Namun itulah rezeki baginya.

Situ Gintung melimpah.

Semalam Indonesia dikejutkan dengan kejadian pecahnya tempat penampungan air di Situ Gintung dekat Jakarta. Ramai yang menjadi korban. Sedih juga melihat kejadian ini kerana baru sore Jumaat itu kami mendapat kuliah Mass Disaster. Seakan ia menjadi contoh pelengkap untuk kuliah kami tadi.

“Air yang datang seperti tsumani Acheh..” tangis seorang ibu yang kehilangan tiga orang anaknya di bawa arus.

Sungguh, bumi itu sakit. Bumi itu juga hidup.

Ya Allah, maafkan kami yang lupa, sering menyakiti bumi ini.


1) Suka dengan lagu Hafiz Hamidun , ‘Derita Dunia’
2) Satu kelemahan saya, kena tidur buka lampu. Adoi..saya tak berjaya save energy =(
3) Takziah untuk mangsa di Situ Gintung. Itulah bila alam tidak lagi kuat menahan derita.
4) Saya suka berkebun, tanam pokok bunga. Rindu nak berkebun di rumah, sapu daun- daun kering setiap petang. Rindunya ^_^
5) Saya sedih bila melihat pokok yang merimbun besar tumbang rebah ke bumi. Seakan pohon itu mati seperti manusia. (dah jadi macam dalam cerita buku form 5 ‘The Sound Machine’ ^_^ )

3 comments:

yanie said...

hai dien..aku suke bc blog mu..kecek indon doh loni napo..tulisla 1 blog dale bhs kelate plok..kumenunggu..
nway aku pon ado sore saim hok tok behi guno plastik hihi sumo bnda nok pege kt tgn smpi baloh ngn cashier supermarket(tkt dikata mencuri klu xdop plastik)huhu..-bayani

DiNi aZiZ said...

hehe..nok tulis bhs kelate xreti sgt..hehe
nnt akan ku coba try test..haha.

skrg udah mahir ngomong kok.
haha..yani, pasti kau kenal sikap ku yang ternyata terkenal dgn skemanya haha.

yanie said...

haha mmg skema la mu dien..tp aku bangga punya kwn seperti kamuuuu..hihi

Post a Comment