Tuesday, May 19, 2009

Satu pelaburan

Sekarang saya dalam program berjimat cermat mengumpul wang sempena Java Trip Juni mendatang. Awalnya sudah bertekad untuk tidak lagi ke mall dengan harapan mengelakkan diri berbelanja dengan bahagianya. Namun, apakah daya. Sabtu lepas ‘ter’ pergi juga ke Panakkukang sebab dah tak tertahan hehe. Elok saja hari itu GraMedia bookstore mengadakan re-opening sale sebesar 30% untuk semua buku! Apa lagi. Sudah sememangnya tahu diri suka membeli dan mengumpul buku, berbulu rambang mata dengan buku-buku yang murah selepas diskon hebat. Kesannya, hari itu saya telah menghabiskan sebesar 370,000 rp dengan jayanya. Tahniah untuk saya yang juga telah kekeringan poket menanti duit mara yang tak kunjung tiba ^_^

Apapun, saya tidak menyesal dengan perbelanjaan yang besar tadi. Beli buku. Satu pelaburan masa depan juga kan. Bak kata Abah, tak usah lah berkira membeli buku sebab ianya berharga sepanjang hayat kita. Terima kasih daun keladi ya fi sebab ajak i berbelanja benda berfaedah hehe^_^

Dan inilah hasilnya. Empat buah yang telah digalas pulang berat sekali isinya.


1) Mereka Bertanya Islam Menjawab


Saya jatuh hati dengan buku ini pada pandangan pertama. Buku ini sangat bagus bagi menjawab persoalan-persoalan biasa dan aneh dari non muslim atau sebagai pencerahan bagi saya sendiri dalam memahami Islam sebaiknya. Direkomendasi sebagai bahan bacaan untuk pengetahuan dalam menjawab pertanyaan yang biasanya ditanya oleh rakan-rakan non-muslim kita. Setiap persoalan dijawab dengan ringkas dengan analogi yang mudah untuk difahami.

2) Atlas Sejarah Nabi & Para Rasul


Sudah lama saya mengimpikan atlas ini. Rasanya masa tahun pertama lagi tetapi harganya terlalu mahal ketika itu. Atlas ini sangat bagus untuk mendalami kembali sejarah nabi dan para rasul. Ianya adalah atlas, maka sangat menarik dengan gambar-gambar sebenar dengan huraian. Sesuai lah kepada saya yang benar-benar kurang ilmu sirah dan suka melihat gambar-gambar dari membaca ^_^


3) Al-Quran Tajwid Berwarna

Saya sudah punyai satu. Yang ini dibeli khas sebagai hadiah untuk adik saya Muhammad Atif dengan harapan moga Atif meneruskan minat tilawah al-Quran dengan bacaan yang benar. Al-quran ini sangat menarik, berbentuk seperti dompet dan berwarna-warni mengikut bacaan tajwid yang insyaAllah akan membantu dalam bacaan.

4) Syaamil al-Quran Terjemahan Perkata



Al-Quran yang selama ini saya cari. Sangat menarik dan bermanfaat dalam mempelajari dan memahami al-Quran. Ciri khasnya adalah terjemahannya perkata. Sangat menarik! Juga sangat membantu mempelajari bahasa arab secara tidak langsung. Boleh lah saya menggilap kembali bahasa arab yang telah lama terbeku di otak ini insyaAllah.

Alhamdulillah. Sangat berpuas hati dengan pelaburan kali ini. Belum pernah lagi rasanya saya pulang dari mall hanya membawa pulang buku-buku tanpa barang belanjaan yang lain hehe. Tahniah sekali lagi untuk saya ^_^

Tetaplah istiqamah dalam mencari ilmu~

  1. Bersemangat belajar tropical medicine yang sangat menarik! Alhamdulillah.
  2. Tapi pulang ke rumah, sedih kembali. Penantian yang masih belum berakhir. Kapankah ia akan tiba huhu.
  3. Pupuk diri untuk bersabar, redha, dan sentiasa bersyukur. Ummi turut mendoakan. Pasti ada hikmah. Yakin!
  4. Oh, sesiapa yang berminat mahu pinjam salah satu buku di atas silalah. Nanti beritahu sahaja ya. Bisa ji ^_^
  5. Alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah.

6 comments:

mosazu said...

wahhh...o/ mahu pinjam! [jeles2~! ^^]
adakah fakta medical student suke baca buku?
tsenyum sndrian..sehat ko ore redLand ni?

DiNi aZiZ said...

mahu pinjam bisa saja hehe.tapi jauh le pulak nak kena angkut bawa pulang msia.kena le tunggu sy pulang lps grad nnt ya hehe.

fakta med stud suka baca buku tu mmg ada.tp saya nih jenis x suka baca buku kosong yg xde gmbr.mesti kena ada gmbr2 br smgt hehe ^_^

alhamdulillah sehat sahaja ^_^

Arafat said...

Selesa ke baca buku tpi x mandi?
hehehe..ciannye...bila lg xde air?

DiNi aZiZ said...

haha mesti ummi yg bgtau nih.alhamdulillah baik2 shj.tetap bersabar shj. ada mslh main pipe rasanya tetangga ckp. doakan smg cpt diperbaiki.insyallah.

nurira ~* said...

salam.

nk citer jugak gi gramed hari tu tapi banyak keje lain...hehe.

i yg dah 'tobat' taknak beli buku dulu dlm masa terdekat ni rupanya2 mmg takleh pegang janji tu..bab buku2 ni...hee~ suka beli baca belum habis lagi~ beli untuk rujukan esok2.hehe

buku ape ye i beli dien??..heee~
kita sama2 beli buku yg no 1 tu, first thing yg attract my attention utk beli buku tu sbb ada nama dr.zakir naik~ bukan calang2 juga... tnya pak hj google.. hehe ^-^

~moga diberi kekuatan dan kebijakan mengurus waktu utk habiskan buku2ku~~

DiNi aZiZ said...

wslam.
hehe.xpe beli buku byk2 xhabis baca jadikan sbg rujukan ms depan nnt.x kan rugi lah.

mmg x dapat le terthn diri dgn syurga buku di sini kan.huhu.beli jgn x beli haha ^_^

btw, thanks fi sbb smlm.thanks for being there when i need u babeh.dah x tertahan dah.tp ttp bersabar lg.i can feel the hikmah.how perfect Allah is.

be strong ^_^

Post a Comment