Wednesday, May 13, 2009

Emergency & Traumatology II

Selesai sudah lima minggu lamanya Emergency & Traumatology berjalan. Nilai sks nya juga sangat tinggi dengan 7 mata. Tidak hairan lah ramai yang berusaha bermati-matian untuk skor yang terbaik system ini bagi membaiki nilai CGPA nanti. Entah lah kenapa dari dulu lagi saya tidak suka untuk memandang pada nilai. Sampaikan bila kawan-kawan ada yang bertanya keputusan nilai system yang lepas, pasti saya tidak ingat apa nilainya. Huhu, teruk kan?

Mungkin jawapannya adalah sebab saya dari gologan ANGGUR. Yang akan belajar yang terbaik bila tanpa kompetisi. Itulah, saya lebih senang dan tenang jika hanya belajar tanpa memikirkan nilai apa yang saya bakal dapat. Nilai menjadi nombor dua. Yang penting adalah saya harus belajar yang terbaik. Untuk menjadi seorang doktor yang baik. insyaAllah.


Front cover buku catatan kuliah saya ^_^

Banyak yang sudah dipelajari dari sytem ini. Dua ibu jari tangan berdiri untuk system ini hehe. Mula dari kuliahnya yang sungguh ketepatan waktunya. Kebanyakan doktor yang mengajar adalah anesthesiologist dan surgeons. Memang jelas keperibadian mereka akan masa itu antara hidup dan mati. Materi kuliah marathon selama seminggu sangat menarik dan mengerikan. Mana tidaknya setiap slide ada saja gambar orang putus tangan, terpotong kepala, dan macam-macam lagi yang 18SG. Saya ketika kuliah sampai tertutup juga mata tak tahan ngerinya sehingga tak selera nak makan lunch. Itu baru gambar. Macam mana lah saya nak hadapi real patient di ER nanti huhu…

Yang pasti, segala apa yang dipelajari di kuliah akan disimpulkan dengan semudah ABCDE. Ada maknanya yang panjang disebalik lima huruf itu ya. A=airway, B=breathnig, C=circulation, D=disability, E=environment. Itulah, berhadapan dengan kes emergency ini tak sesenang bak kata pepatah ‘as easy as ABC’ ^_^

Di clinical skill lab sytem ini menyajikan lapan skill semuanya. Yang paling banyak rasanya pernah dapat sebelum ini. Huh. Tapi csl kali ini sangat cool dan best! Antara keterampilan yang dipelajari adalah airway management, breathing aid, transportation and immobilization, vein canulation, radiology, mass disaster management dan suturing. Terasa macho plak bila belajar skill emergency ini tapi pada masa yang lain memang lah terfikir macam mana lah saya nak hadapi situasi darurat yang sebenar nanti. Sudah tahu memang diri ini cepat gelabah hehe ^_^

Keterampilan yang paling saya suka adalah CardioPulmoResuscitation (CPR). Skill ini tak lah seindah yang biasa kita lihat di filem di mana ada jejaka yang memberi pernafasan mulut ke mulut pada si gadis dengan bahagianya. Tak segampang yang disangka. Sangat memenatkan dengan daya untuk menekan dada di dua jari atas processus xiphodeus sebanyak lima siklus. Satu siklus sahaja sudah tercungap-cungap. Namun, itulah. Harus lakukan yang terbaik untuk menyelamatkan pesakit yang memerlukan.

CPR sedang dilakukan ke atas En. Mannequin

Ujian final teori sudah selesai semalam. Hanya tinggal pengumuman remedial besok hari. Tawakkal. Setelah yang terbaik yang semampunya dilakukan. Soalan kali ini agak mencabar dan berbelit-belit sehingga saya pun tak mampu nak fikir. Kesannya, ikut kata hati saja. Hehe.


Apapun, minggu depan sudah mulai system baru dan terakhir untuk pre-clinical year. Bersemangatlah~~

1. Pasti merindukan system ini huhu.
2. Ucapan terima kasih buat doktor pembimbing system ini yang cool dan sporting!
3. Suka system ini sebab tiada lab yang kena lihat microscope sampai terbeliak mata hehe.
4. Weekend ini masa untuk berehat dan berekreasi ^_^
5. Welcoming Tropical Medicine next week!

2 comments:

nurira ~* said...

Salam,

betul2, 2 thumbs up utk sistem ni! best. n kita dapat revise balik sedikit sebanyak utk semua sistem yg dh lps n x ingat dh huhu..

yeah..congratz dien x kena remed! i dah tau awal2 dh u mesti x remed punye.. sbb gigih bangat study deh. ^-^ i tak dapat menahan diri dgn modem kat depan mata..huhu. syabas la u kuat 'iman', berjaya menahan godaan intnet..hehe.

anyway, doakan kami2 yg kena remed ni~ nasib baik jugak postpone, baik utk i, katy, n wid.. tapi kesian utk yg lain yg balik... erm, xtau la mcmana nnt.. insyaAllah, Allah permudahkan utk mereka yg balik.

p/s: tenteran2! :)

DiNi aZiZ said...

wsalam..
fi, sereyes i pun x le confident ngan exam hr tu.soalan uro,respi dan mcm2 mmg i jwb dgn hati je bukannya fikir otak pun.dah tak cukup ilmu huhu.mmg x hiipocrates nih tau.ikhlas neh haha.

yang kuat iman tahan offline tu mmg le, tapi hampeh juga tak tahan iman asyik nak tido je keje.baca skit terlelap haha.tak remed tu sbb markah csl n pbl yg byk tolong tu, kan i suka mengayat skit hahaa..

remed=xremed sama ji.yg penting harus bljr yg sebaiknya ^_^
sama2 kita berusaha!!!

Post a Comment