Thursday, June 04, 2009

Tropical Medicine I

Mari kita belajar ilmu kedokteran tropis. Sangat menarik dan penting sebab Malaysia adalah termasuk negara tropis. Pelbagai penyakit yang berkait dan mudah tersebar di kawasan tropis. Jadi berhati-hatilah ya kawan-kawan hehe.
Sistem tropical medicine insyaAllah akan menjadi sistem yang terakhir untuk pre-clinical year sebelum clinical di rumah sakit nanti. secara keseluruhan saya sangat enjoy saja dengan sistem ini. Sangat seronok. Banyak yang telah dipelajari. Dari semua penyakit yang biasa menular seperti typhoid, tuberculosis, leprosy dan banyak lagi.
Yang menariknya, kali ini adalah yang paling mencabar untuk ujian practical lab sebab banyak yang harus dipelajari. Dari semua nyamuk, helminth (cacing), plasmodium, fungi, bacteria harus diidentifikasi jenis dan jantinanya sekali. Sampai berbulu mata saya semasa praktikum parasitology yang harus melihat hampir seratus specimen dengan mikroskop. Rasa nak nangis pun ada. Banyak sekali dan tidak gampang untuk menentukan jantina seekor nyamuk! Haih..

Mari kita belajar sama-sama ya hehe ^_^


aedes (female) : boleh menyebabkan dengue hemorrhagic fever




Pedidulus H.Corporis(male): kutu badan yang hisap darah


Ascaris Lumbricoides (female): cacing yang sgt besar dalam perut.Sila takut dan makan obat cacing ok hehe

  1. Saya sudah mengambil Mebendazole 500mg untuk mengelakkan helminthiasis. Jadi, sesiapa yang rasa cepat lapar kemungkinan ada banyak cacing sedang bergembira di dalam perut anda tanpa disedari. Oleh itu, makanlah obat cacing setiap enam bulan ok ^_^
  2. Sekarang setiap kali dapat tangkap nyamuk, mesti teruja nak kenal pasti jenis dan jantinanya. Hehe.
  3. Oh, selamat pengantin baru untuk Ainun, Kak Ibah dan Ain ex-mrsmjeli yang berkahwin bulan ini. Doakan saya pula menyusul tapi entah bila hehe ^_~
  4. Tinggal 14 hari sebelum berakhirnya dunia perkuliahan. Pasti merindukannya.
  5. Esok annual grand dinner PKPMI, yeah ^_^

0 comments:

Post a Comment