Wednesday, July 08, 2009

hye from dR fanam dimah

Tuesday, June 23, 2009 8:41 AM
From: "Mohammad Jaswandi Mat Aroff"
ContactsTo: putra_dien@yahoo.com
Cc: manaf@kb.usm.my

hye asalamualaikum, terjumpa pulak blog nih yg ada buku abang saya dalam blogs nih, jika berkesempatan dan juga ingin berkenalan dengan DR fanam dimah boleh lah datang ke wad 8TD HUSM kubang kerian kelantan, buat masa sekarang dr fanam sedang sakit .

regards
jaswandi

on behalf

dR fanam dimah
( profesor madya dr abd manaf hj hamid )
Jabatan Perubatan Masyarakat
USM Kubang Kerian Kelantan
manaf@kb.usm.my


waalaikummussalam...

terima kasih tak terhingga sebab sudi menziarah blog saya. terima kasih juga sebab menghubungi saya dan saya merasakan terharu dihubungi oleh keluarga dr Fanam yang selama ini saya kagumi.

maaf sebab lambat untuk membalas emel atas kekangan waktu. saya sungguh mengagumi dr Fanam dan amat menyukai buku Catatan Seorang Doktor. ia menjadi inspirasi buat saya untuk menulis dan menjadi seorang doktor yang baik seperti dr Fanam. sungguh saya telah mengulangi membacanya dan tak pernah jemu.

ingin sekali saya bertemu dan menziarahi dr Fanam tetapi sekarang saya masih menjalani kuliah di negara jiran. insyaAllah jika diizinkan dan berkesempatan saya akan menziarahi beliau ketika pulang ke malaysia september mendatang.

hanya doa yang saya titipkan moga dr fanam lekas sembuh dan sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Jika tidak keberatan, sampaikan salam saya buat dr Fanam dari Makassar, Indonesia.

terima kasih encik Jaswandi kerana menghubungi saya.saya amat menghargainya.

DiNi aZiZ


Catatan Seorang Doktor tulisan dr Fanam Dimah


1) terasa sangat terharu dan gembira dapat contact dr Fanam melalui emel ^_^


2) Moga dr Fanam cepat sembuh dan dapat kembali berkhidmat sebagai doktor.


3) alhamdulillah

0 comments:

Post a Comment