Friday, April 02, 2010

Merindukan Pesakit

Seminggu ini sudah saya tidak diberi tanggungjawab terhadap pesakit di wad. Soalnya minggu ini saya ‘terpilih’ untuk menjadi coass consul dalam erti kata lain bertugas menerima sebarang konsultasi pesakit dari bahagian yang lain seperti bedah dan obgyn yang memerlukan penanganan rakan sejawat dari bahagian internal medicine. Tugasnya lebih kepada mengiringi doktor-doktor senior untuk memeriksa dan memberikan penanganan kepada pesakit di bahagian lain.

Saya rindu. Rindu untuk follow up, menyentuh pesakit di pagi hari. Rindu untuk berbual-bual, bercerita dengan pesakit. Rindu untuk melihat senyuman dan gelak ketawa pesakit yang membaik dan sering memanggil saya Upin Ipin atau Kak Ros!

“Selamat pagi, Kak Ros!”

“Doc pasti orang Malaysia. Seperti Upin Ipin saja…”

R I N D U . . . .

Biarpun hari-hari saya harus menghadapi risiko dari pagi hingga siang hari bergelumang dengan pesakit dengan Mycobacterium Tuberculosis mahupun virus dan bakteria lainnya, saya rela.

Memang itu kehidupan saya.

Hati saya di situ.

Kerana itu saya ingin menjadi seorang doktor~

0 comments:

Post a Comment