Friday, October 29, 2010

Ubat Mati

Kelmarin sewaktu di poliklinik ENT ada seoarang pesakit tua berumur 70 tahun datang sendiri. Dari fizikalnya masih kuat, mampu berjalan dan sihat tubuh badan. Cuma dari bicaranya sangat kuat sampai satu poliklinik terdengar kerana sudah sensorineural hearing loss akibat usia. Ditangannya masih digenggam alat bantu dengar yang katanya diberi oleh keponakannya dari Jakarta berharga jutaan rupiah namun tidak juga membantu pendengarannya.

[ Bapak, saya kasi obat ini dulu. Nanti minggu depan datang lagi kontrol tapi biar ada yang temanin ya.] -ditulis di kertas

“ Itu yang menjadi masalah dokter. Saya tinggal sendiri sekarang. Anak saya lima orang tapi semuanya tinggal jauh dengan saya. Sekarang saya masak sendiri, makan sendiri.”

“Saya sudah tua, banyak penyakit sudah ada. Sudah 70 tahun saya hidup, saya sudah letih. Dokter, jika ada ubat yang mampu matikan saya, berikan pada saya. Saya mahu ubat itu.”

………………………..

“Terima kasih dokter, dokter muda semua.”

Bapak tua itu berlalu pergi membawa resep ubat yang diberikan. Membawa pergi juga hatinya yang sedih ditinggal anak sendiri. Saya dapat merasakan itu, biarpun bapak itu masih mampu ketawa dan tersenyum. Hati ketika itu mulai sebak.

Malam itu saya ceritakan pada ummi dan abah. Tiba-tiba air mata mengalir, mungkin hati yang sebak dari tadi tidak tertahan….

Allah, panjangkan umurku dan berikan kesempatan untukku untuk berbakti dan membahagiakan ummi dan abah. Untuk selalu dekat dengan ummi dan abah.
amin.

Tuesday, October 05, 2010

The Doctor

Sore hari minggu kelmarin, keluar jalan-jalan dengan kawan. Saja. Mahu menikmati hari minggu di luar rumah. Tidak tahu mahu kemana, mall yang terdekat dituju. Jalan-jalan ke toko buku sekadar mencuci mata niatnya, namun tertarik dengan buku ini. The Doctor Catatan Hati Seorang Dokter.

Wah, tidak sia-sia jalan sore tadi membuahkan hasil pembelian buku ini. Suka ^_^

Belum habis baca, sekadar membelek beberapa lembar dan saya menyukainya kerana ianya adalah catatan sebenar kisah doktor di sini. Buku ini menceritakan cabaran dan kisah kehidupan seorang doktor. Buku ini dekat dengan hati saya dan seolah kehidupan sekarang ada tertulis di buku ini.

Semoga ianya memberi semangat untuk diri ini tetap semangat untuk menjadi seorang doktor ^_^

Jadi, saya sarankan buku ini buat teman-teman yang bakal menjadi doktor atau yang sedang menjalani hidup seorang doktor.

Selamat ke toko buku, membeli buku ini dan membacanya! (^_^)v

Saturday, October 02, 2010

Pada Nama


Noordini binti Ab. Aziz adalah hadiah nama oleh ummi dan abah semasa dilahirkan. Erti pada nama saya adalah Noor=cahaya, din=agama, ni=ku. Jadi, Noordini=Cahaya Agamaku.

Tapi, sejak kecil sampai sekarang banyak panggilan untuk saya. Hanya untuk berkongsi ^_^

Noordini : nama penuh formal dalam ic dan pasport
Dini : panggilan biasa oleh kenalan dan nama pendek saya.
Ni : nama panggilan dalam keluarga dan panggilan untuk membahasakan diri saya dgn keluarga.
Kak Dini : panggilan dari adik-adik di rumah dan juniors sekolah.
Dien : nama panggilan dari kawan-kawan perempuan biasanya.
Noor : panggilan yang jarang dan sangat janggal hehe
Mat Din : ini nama Cikgu Yoe kat mrsmjeli selalu panggil saya dalam kelas fizik ^_^
DingDong : nama panggilan dari housemate saya Dayah (DongDong) hehe
Noordin : hah, ini panggilan dari kawan-kawan di interna sebab chief yang lupa 'i' kat belakang.
Cik Din : panggilan dari Cik Ja comel
Mummy : panggilan dari study group mates masa pre clinical sebab saya jadi mummy mereka yang selalu paksa mereka belajar hehe
Ibu : panggilan dari adik-adik batch '07 sebab dah jadi seperti ibu mereka dan saya selalu yang paling tua bila ikut program dengan mereka ^_^
Dewi : panggilan dari nenek masa kecil dulu sebab saya cucu kesayangan nenek.
Babe : panggilan dari Wawa housemate sekarang.

Banyak sekali nama panggilan pada saya. Saya suka semuanya dan setiap satunya ada makna dan erti tersendiri di hati saya.

Terima kasih semua~

Tuesday, September 21, 2010

cerita semalam

“ Ummi buat apa sekarang?”

“ Ummi tengah baca suratkhabar sendirian depan tv. Abah dah tidur. Sekarang Cuma tinggal ummi dan abah. Anak-anak dah balik asrama semuanya.”

“ Ummi, sekarang Ni rasa lemah badan, tak bersemangat. Selalu je rasa nak tidur. Tak suka la ummi. sepatutnya banyak yang harus Ni belajar.”

“ Kurangkan tidur. Lepas subuh jangan tidur kembali. Ummi dari dulu memang tidak pernah tidur sama sekali selepas subuh. Jangan tidur selepas Asar juga. Ia melemahkan kita. Ada dalam hadis Rasulullah juga.”

“Ala ummi..nanti mengantuk. Kalau balik dari hospital petang penat sangat.”

“ iya..belajarlah untuk hilangkan kebiasaan. Tidur awal di malam hari, bangun di awal pagi. InsyaAllah badan akan segar.”

“ tidur 15 minit je ok, ummi. pastu kurangkan jadi 5 menit..hehe”

“ya..lama-lama jadi hilang kebiasaan. Tahan diri untuk tidak tidur setelah subuh dan asar ya.”

“hehe..ok ummi. insyaAllah. Ummi doakan Ni supaya tetap semangat belajar, supaya dapat balik cepat tinggal dengan Ummi.”

“insyaAllah. Ummi dan abah selalu mendoakan anak-anak.”

“ Sayang ummi dan abah.”

“ sayang Ni juga.”

-saya rindukan ummi dan abah-

Monday, September 13, 2010

Orthopaedic & Traumatology

Sudah hampir dua bulan lalu sudah saya sudah menempuh bahagian ini. Lama disimpan untuk berkongsi cerita. Sebenarnya banyak sekali pengalaman selama empat minggu di bahagian ini ditambah pula pengalaman menjadi ‘pioneer’ di bahagian ini banyak meninggalkan kisah yang bermakna.

Ini adalah bahagian yang TERBAIK pernah saya lalui!

Allah, tidak sama sekali saya menyangka. Awalnya perasaan ragu dan takut untuk menghadapinya tidak sama sekali saya hadapi relitinya. Itulah kuasa tawakkal padaNYa. Memasuki fase terakhir klinikal di bahagian yang belum pernah dilalui sama sekali menjadi jalan yang terbaik untuk saya mempelajari banyak hal dan mengutip beribu pengalaman. Alhamdulillah.


Biarpun dengan ujian penilaian setiap minggu, revisi anatomi yang diperlukan tidak sama sekali membebani saya. Allah permudahkan jalan ini sehingga terasa begitu senang sekali dilalui.

Pengalaman di wad hospital, di poliklinik, di unit kecemasan dan bilik bedah banyak saya kutip sebagai bekalan di masa depan. Sewaktu di bilik bedah saya berpeluang menjadi assistant surgeon sewaktu pembedahan below knee amputation. Memang sangat mengujakan bila sewaktu memotong daging dan tulang darah memancut-mancut keluar hehe. Satu pengalaman yang tidak terlupakan!

Jika di unit kecemasan adrenalin sangat terpacu dan saya sangat sukakannya biarpun agak keletihan tidak pulang ke rumah seminggu. Di sini banyak belajar menghadapi pesakit yang darurat, kemalangan, patah tulang dengan memberikan pertolongan pertama. I love blood! Hehe. Bukannya apa. Kalau ada kes yang berdarah-darah baru terasa tercabar di situlah keterampilan teruji. Saya lebih suka bertindak dan berkata ‘ Saya mahu cuba lakukan itu!’ dan mencari peluang belajar mengasah keterampilan dengan pesakit di sini.

Biarpun mungkin sesetengah orang berfikir kita hanya melakukan kerja yang sia-sia, tapi saya tidak. Cuba untuk mengikhlaskan diri, melakukan sekecil apa pun tindakan, moga ia menjadi keberkatan untuk saya belajar lebih jauh. Ilmu itu milik Allah. Saya yakin akan hal itu. Moga Allah sentiasa memberikan jalan dan keteguhan hati ini untuk menerima setiap pembelajaran biarpun ianya sulit.

Saya sukakan Orthopaedic, namun Obstetric & Gynaecology adalah yang pertama di hati ini dari dulu ^_^
  1. Jutaan terima kasih buat semua residen Orthopaedic: dr Amir, dr Wita, dr Herwindo, dr Hadradi, dr Andy,dr Kiki and all. Supervisor:dr Henry, dr Andry, dr Rukhsal and all. You all are the best!
  2. Saya benar-benar merasakan bukan nilai yang dikejar tapi ilmu dan pengalaman yang sebanyaknya dan berguna adalah yang utama.
  3. Moga rasa ini tetap ada dan kekal untuk jalan di hadapan.
  4. Mesti bersemangat, tetap melangkah dan terus melangkah. Allah sentiasa bersama.
  5. Next: EarNoseThroat department. Bismillah. Allah, guide me~

Sunday, September 12, 2010

Forensic & Medicolegal

Waktu enam minggu di bahagian Forensik & medikolegal terasa begitu cepat berlalu. Mungkin sebab seiring dengan datangnya Ramadhan membuat saya tidak merasai waktu di sini. Enam minggu yang penuh meloyakan namun membuat saya semakin berani. Awalnya untuk membelek buku teks forensik sendiri saya takut dan rasa nak muntah melihat gambar mayat yang mengerikan di setiap helai buku. Tapi yang bagusnya saya tiba-tiba tidak sama sekali mengantuk ketika membaca buku teks.Hebat!hehe ^_^
Setakat ini saya baru sahaja berpeluang mengikuti dua pembedahan mayat (autopsi). Satu adalah kes pembunuhan seorang wanita dan satu lagi adalah kes pembuangan bayi. Autopsi pertama kes mayat wanita yang dijumpai dibunuh, dari hasil autopsi kami mendapatkan kesan tikaman sehingga menembus ventrikel kirinya. Pada mulanya rasa takut ada sebab ini kali pertama saya mengikuti bedah mayat secara langsung, tapi lama kelamaan saya menjadi teruja dengan investigasi kes ini. Dari pertama hingga akhirnya kami yang menguruskan jasad wanita ini yang tanpa identiti. Tidak tahu dari mana asal, agama dan siapa dia. Kami memutuskan untuk menyempurnakannya dengan cara Islam.

Alhamdulillah. Kami doktor muda wanita yang memandikan, mengafankan, dan solatkan jenazah dengan seupaya kami. Mujur bekal ilmu ketika di bangku sekolah mampu saya praktikkan di sini. Moga bantuan ini yang mampu kami berikan menjadi ibadah yang diterima disisNya. Amin.

Masih terlalu banyak pengalaman di bahagian ini untuk dikongsi bersama.



Alhamdulillah, pengalaman di sini banyak membuka pandangan hati saya. Kita adalah tiada apanya. Entah bila kita akan dipanggil kembali, di mana, bagaimana, dan bersediakah kita tidak akan ditanya. Melihat kakunya jasad itu tidak berdaya, tahu diri ini jua akan seperti itu. Cukuplah kematian menjadi peringatan buat diri ini.

Moga Allah panjangkan umurku untuk tetap beribadah, mencari rahmat cintaNya. Matikan diriku dalam agamamu, dalam ingatanku padaMu, dalam cintaMu, dalam rahmatMu. Matikanku dalam khusnul khotimah.

Allah, ku tahu diri ini akan kembali jua padaMu~

Sunday, September 12, 2010

Aidilfitri 2010


Ramadhan akan pergi, dan hati terasa begitu sayu sekali. Seakan belum puas merasai nikmatnya Ramadhan. Datangnya Syawal kali ini benar-benar tidak dirasai. Mungkin sebab dua tahun lepas saya beraya di Malaysia bersama keluarga, tapi tahun ini saya rela berkorban untuk tidak pulang berhari raya mengingat tugas belajar yang harus dijalani. Moga pengorbanan kali ini membawa keberkatan dan kemudahan.

“ Ummi, tak rasa nak raya tahun ni. Tak tahu nak buat apa. Rindu nak raya dengan ummi abah..”

“ Sabar, biasa lah itu. Adat belajar jauh. InsyaAllah tahun depan boleh beraya bersama nanti..”

Mungkin ada hikmahnya lebaran di sini tahun ini. Setidaknya saya dah pandai masak kuah kacang, nasi himpit resepi ummi sewaktu open house kelmarin hehe ^_^

Walaupun tahun ini tidak ramai yang beraya di sini (batch 06 hanya 8 orang), namun suasana hari raya tetap kami meriahkan. Alhamdulillah.

Di kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H buat semua keluarga, rakan-rakan seperjuangan dan semua yang mengunjungi 'Seteguh Tekadku' ini. Maaf zahir dan batin.
  1. Terima kasih buat ummi yang kirimkan 4 pasang baju raya tahun ini. Sayang ummi ^_^
  2. Terima kasih juga buat PKPMI untuk sambutan aidilfitri, juga buat adik-adik yang sudi ajak open house.
  3. Teringin nak makan ketupat tiga segi daun palas yang nenek buat. Rindu~
  4. Buat Kak Dina, maaf tak dapat tolong buat biskut raya. Buat adik- adik di rumah, maaf kak dini tak dapat jadi AJK kebersihan dan pasang pelita tahun ini.
  5. Moga Allah masih memberi kesempatan untuk bertemu kembali Ramadhan tahun depan. Ramadhan, hati ini rindu padamu~

Sunday, August 22, 2010

Unit Kecemasan


Berkampung seminggu di unit kecemasan merupakan pengalaman yang banyak mengajar erti kehidupan. Di sinilah saya melihat seorang ibu yang setia di sisi anaknya yang menanti waktu untuk pergi, airmata seorang ayah yang kehilangan kaki untuk selamanya. Tiada kata untuk membayangkan suasana di sini.

Di sini umpama tempatnya nyawa diambil. Badan yang masuk dengan lumuran darah keluar dengan jasad yang tidak lagi bernyawa.


Terkadang saya tidak mampu melelapkan mata mengingatkan suasana di sini. Saya tahu, lelaki tua yang tidak sadarkan diri dilanggar truk itu tidak menyangka hal ini terjadi padanya. Namun apa daya dia sudah terbujur kaku berlumuran darah tidak mampu tertolongkan. Benarlah, kita tidak tahu bila nyawa kita diambil, dan bila masanya tiba tidak ada kata yang mampu mengembalikannya.

Moga pengalaman seminggu di unit kecemasan lebih mendekatkan diri ini pada Pemilik hakiki diri ini.


Saya sukakan unit kecemasan kerana ianya banyak mengajar saya erti sebenar HIDUP dan MATI~

Tuesday, August 17, 2010

Masuk Koran

Hehe..lucu kan tajuk post kali ini. Maksudnya kami masuk suratkhabar huhu. sebenarnya tak teruja sangat pun masuk paper, sebab tahun lalu tiga kali masuk salam perantauan dalam surat khabar di Malaysia.
Tapi kali ini berbeza, bukan dalam Salam perantauan tapi diwawancarai (tak sangat pun) oleh koran tempatan. Siap penuh satu halaman cerita tentang kami. Tiga gambar sekaligus masuk sehari. erk..terlebih la pula. Tiba-tiba saja kami dipanggil untuk difoto, disuruh berposing, kami kaku, ditambah penat baru pulang dari hospital jadi buat ala kadar saja lah setakat memenuhi syarat. Tak sangka pula muka penuh satu muka depan surat khabar huhu.

Apapun, ia tetap menjadi pengalaman indah di sini. Jadi popular sekejap bila sudah masuk koran ini.

" Dini, sudah jadi artis ya. Selamat ya..."

"Dini, saya baca kisah kamu di koran. Saya mahu menjadi sahabat kamu di FB. Sila add saya ya.."

" Sepertinya anak ini yang masuk koran minggu lalu yang ada cerita anak Malaysia. Sama mukanya.."

Memang kelakar pun ada. tiba-tiba 'femes' di kalangan kawan-kawan, di FB sehingga di kawasan perumahan pun. Boleh pula seorang ibu tua menegur saya sewaktu di masjid kerana ingat akan muka saya tersiar di koran minggu lalu. Benar-benar terkenal saya sekejap ehe ^_^

Maka, larislah terjual koran Fajar minggu lalu hehe. Tahniah!

*koran=surat khabar=newspaper

Saturday, August 14, 2010

Healing and you will be healed

This inspiring song is dedicated for all doctors and future doctors. Let's IKHLAS with our works, may Allah shower His blessings and Love~

Healing
sami yusuf

It’s so hard to explain
What I’m feeling
But I guess it’s ok
Cause I’ll keep believing
There’s something deep inside
Something that’s calling
It’s calling you and I
It’s taking us up high

Healing, a simple act of kindness brings such meaning
A smile can change a life let’s start believing
And feeling, let’s start healing
Heal and you will be healed
Break every border
Give and you will receive
It’s Nature’s order
There is a hidden force
Pulling us closerIt’s pulling you and I
It’s pulling us up high

Healing, a simple act of kindness brings such meaning
A Smile can change a life let’s start believing
And feeling, let’s start healing
Hearts in the hand of another heart and in God’s hand are all hearts
An eye takes care of another eye and from God’s eye nothing hides
Seek only to give and you’ll receive
So, heal and you will be healed

قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب
عين ترعى عينا، وعين الله ترعى
كلمة طيبة صدقة
تبسمك لأخيك صدقه
كل معروف صدقة
اللهم اشف شفاءً لا يغادر سقماً