Friday, October 16, 2009

wisuda S.ked

Wisuda Sarjana Kedokteran (S.Ked) dan Angkat Sumpah Dokter
09-09-09
Baruga A. Pettarani

Sunday, October 11, 2009

Judisium 02.09.09

Judisium Dokter Muda FK UNHAS

2nd September 2009
Auditorium Prof. Aminuddin, FK-Unhas

'always learn the best to be a good doctor'

Monday, September 28, 2009

salam aidilfiitri

Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua teman-teman dan keluarga yang mengunjungi blog 'Seteguh Tekadku'. Maaf zahir dan batin dipinta ^_^


Sunday, September 06, 2009

Sejadah itu


Sejadah. Tikar yang diguna untuk solat. Saya kurang senang dengan sejadah. Lebih-lebih lagi sejadah di masjid. Dari dulu lagi hal yang paling kurang disenangi ketika solat berjemaah di masjid adalah masalah sejadah. Bukan kerna sejadah itu kotor atau busuk. Tapi, sejadah lah yang memisahkan banyak saf antara jemaah solat. Lebih-lebih lagi jemaah wanita.

Kalau di asrama sekolah dahulu, memang diajar untuk sentiasa merapatkan saf. Tiada diskriminasi ‘itu sejadah aku!’. Jadi, sejadah bukanlah menjadi masalah. Kalau ada yang keluar saf atau saf itu longgar sedikit pasti akan terisi kembali. Memang pasti antarabahu saling menyentuh. Ada nikmat solat berjemaah di situ.

Tapi, lain pula di masjid. Entahlah. Kebanyakan masjid yang pernah saya solat berjemaah pasti ada masalah sejadah. Kalau masjid di kampung sendiri pun begitu. Makcik- makcik masing-masing mendominasi sejadah mereka yang selebar muat untuk dua orang sendiri. Takut untuk meninggalkan sejadah mereka. Mungkin takut dicuri. Sejadah import Turkey katakan. Entahlah.

Di sini pun sama. Bahkan lagi parah. Jarak antara jemaah bahkan bisa mencapai selebar satu sejadah. Kejadian terawih semalam agak menyedihkan. Ketika imam mahu mengankat takbir, ada sejadah yang kosong tak terisi oleh seorang anak pada seorang ibu muda di sebelahnya. Maka, seorang ibu tua pun bertanya, “Ndak ada orang kah?” dengan niat untuk mengisi sejadah itu bagi merapatkan saf. Si ibu muda tadi pun terus meletakkan tas (beg) anaknya di sejadah itu. Maka terisilah sejadah dan saf itu dengan seorang jemaah bernama ‘tas’. Solat pun dilanjutkan.

Jujur saya katakan, saya benar-benar terganggu dengan situasi sebegini. Bahkan jika dalam solat juga tidak khusyuk memikirkan kalau bergerak merapatkan saf ke sebelah kanan pasti disebelah kirinya berongga sebab mereka enggan meninggalkan sejadah mereka.

Saya sering berkonflik dalaman. Apakah saya harus menjelaskan kepada mereka akan hal ini? memang harus saya jelaskan. Tapi, mungkin secara perlahan-lahan dan berhikmah dahulu sebab saya jenis yang penakut sedikit untuk menegur secara langsung. Apa yang pasti saya lakukan dari diri saya sendiri. Biasanya saya berikhtiar untuk tidak membawa sejadah sendiri ke masjid dengan niat unuk mengisi sejadah yang kosong. Mungkin ada yang memandang ‘kenapa budak nih menyempit kat sejadah aku nih?’. Sabar saja. Paling tidak jika dibawa sejadah sendiri pun pasti dilipat kecil-kecil supaya muat saya seorang sahaja. Biar mereka tahu sejadah tak boleh besar kalau tak mahu berkongsi hehe ^_^

Apapun, sejadah itu tempat yang suci bersih untuk kita sujud dekat pada Allah namun jangan dicemari sejadah itu dengan sifat kita yang yang tidak sepatutnya~

Sunday, August 30, 2009

Ucapan Untuk Abang

SELAMAT ULANG TAHUN YANG KE- 24 untuk Abang Arafat. Semoga panjang umur untuk tetap beribadah pada Allah, murah rezeki dan sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Nya.

Kalau 31 Ogos saya pasti lebih ingat ianya hari lahir abang dari hari kemerdekaan Malaysia. Sejak dulu tak pernah lupa. Kalau dulu saya yang jenis tidak menghafal dan ingat tarikh lahir sesiapa hanya akan ingat tarikh lahir abang sahaja. Ya lah, sudah anak merdeka lahir 31 Ogos. Hehe ^_^

Ok, abang sudah umur 24 tahun hampir jubli perak tahun depan. Apakah perasaan? Bilakah rancangannya? Hehe. Harap-harap lambat lah lagi tunggu adik dulu ya. Nanti tak lah terasa sedih nanti abang diambil ‘orang’ hehe ^_^

Apapun, thanks for being my great BIG brother. Hadiah untuk tahun ini tunggu kepulangan lebaran nanti ya. Selamat ulang tahun dan hari kemerdekaan, abang (^_^)v

Friday, August 28, 2009

Nikmat

Segala yang dihasrat
Tapi tak didapat
Adalah NIKMAT
Yang paling padat...


Usman Awang

Thursday, August 27, 2009

belajar

“Dini, kita tak dapat grad sesama nanti. Dokter nak buat kelas khusus gery next week. Tak sempat dah. Dini, nak nangis…”


“hmm.. kita doa dan tawakkal pada Allah. Kita pun tak tau camne. Be strong dear. Will always pray for u all insyaAllah”

“Thanks Dini, i don’t know what 2 say 2 my parents. They expect the best from me, n I let them down. It was so frustrating”

“It is just a matter of rezki, and Allah’s planning. He knows best, and we know nothing”

“yaa...”

“You can be sad, but always try to accept. Sentiasa belajar untuk menerima takdir Allah.”

“tu la, i have 2 stop complaining laa. The fact that i keep complaining 2 yg buatkan i rasa x bersyukur. Berdosa la sbg seorang hamba. Tak reti nk menerima .Thanks dini. uv lighten my tots”

“ Kita pun pernah happen like this masa di kmb. i was keep complaining and frust sbb tak dpt gi tmpt tht i want n hope. Tapi, sy slalu doa and pupuk hati, diri utk menerima apa rancangan Allah. Memang susah pada mulanya untuk menerima, sbb kita manusia biasa, tp lama-lama Allah akan kuatkan hati kita and we will see the hikmah. Believe that..”

“I never have experience macam ni. So it was hard 4 me. I feel so left out.”

“ Kita faham..It's just His plan and it must be the best for you. Doa banyak2 ya. Kita yakin pasti ada hikmah untuk kalian semua.”

“Kita pun yakin mcm 2 gak. Allah takkan uji kte kalo kte xmmpu. n kte yakin kte mmpu. I need 2 b strong.”

“insyaAllah. Tetaplah bersemangat!”



“Fighting is prescribed for you, and you dislike it. But it is possible that you dislike a thing which is good for you, and that you love a thing which is bad for you. But God knows, and you know nothing [2:216]

Tuesday, August 25, 2009

Sahur


Hari ini saya terlepas sahur. Bila tersedar sudah dengar azan dari masjid Falah. Hari ini juga satu rumah tak sedar untuk sahur. Rindukan sahur di rumah sendiri. Rindu untuk sahur dengan ummi, abah, abang, kakak, adik-adik, nenek, tok ayah bersama. Sahur di rumah meriah. Seperti berbuka juga. Ummi akan masak banyak lauk tahu anak-anak pasti tetap berselera makan sahur seperti berbuka.

Sahur jauh dari keluarga pasti berbeda. Makan ala kadar. Biskut dan roti sudah biasa. Nasi dan lauk sangat jarang. Suasana Ramadhan di Wesabbe tetap meriah seperti di kampung halaman cuma tanpa keluarga bersama. Setiap jam sahur pasti ada yang kejutkan sahur beramai-ramai membunyikan kertuk dan gendang keliling wesabbe. Kalau di rumah abah yang kejutkan sahur. Subuh di masjid Falah tetap meriah mengubat rindu pada keluarga. Namun masih tetap rindukan untuk ke masjid bersama ummi dan abah di subuh hari.

Besok pagi saya harus sahur. insyaAllah.

Monday, August 24, 2009

\(^_^)/

Terlalu lama untuk saya menyepi ^_^

Bila dihitung- hitung memang tidak akan terhitung lamanya. Banyak cerita-cerita yang terbengkalai yang mahu ditulis. Mungkin selepas ini saya harus lebih rajin menulis untuk membayar hutang dahulu. Kesian pasti terutama pada Abang Afat yang mungkin hari-hari menjengah ke sini menanti cerita baru dari adeknya. Kesian juga pada diri saya sendiri yang pastinya.

Jadi, bersemangatlah memulai hari baru DiNi \(^_^)/

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan Kareem