Thursday, March 11, 2010

Dreams are possible

Bangga. Dapat ketemu Dr. Sheikh Muszaphar secara langsung ^_^

Terima kasih dr. atas kunjungan yang memberi inspirasi buat kami semua.

“Dreams are possible”


Dr Sheikh Muszaphar and us! 21022010


Jangan pernah takut untuk bermimpi!

Thursday, March 11, 2010

Pediatrics

Ini posting yang keempat sebenarnya sejak hampir 6 bulan yang lalu. Sudah hampir beradaptasi memang dengan life di hospital, dengan real patients. Bukan lagi mayat, encik mannequin atau simulasi lainnya seperti di ruang clinical skill lab dulu. Jangka waktu sepuluh minggu agak lama dan memenatkan untuk dibayangkan, namun seperti sekejap saja ia berlalu. Terasa seperti semalam je minggu pertama jaga sepuluh kali seminggu, tidak pulang ke rumah dua minggu bertugas di hospital daerah, dan kelmarin Alhamdulillah sepuluh minggu sudah dilalui.

Perasaan?

Bercampur- baur. Sepanjang itu, ada gembira, ketawa, air mata tak terkira, sedih, duka, pasrah dan segala macam. Apapun, syukur Alhamdulillah Allah jua tempat bergantung, tempat mengadu dan segalanya telah dipermudahkan.

Pada mulanya memang agak sulit untuk seorang ‘saya’ beradaptasi dengan pesakit kanak-kanak apatah lagi baby. Minggu pertama sudah saya menangis sebab kena periksa baby yang menangis. Jadi, akhirnya sama-sama menangis. hmmmm.....

“ Ummi, Ni tak kuat nak jaga baby. Tak tahu camne nak lalui seminggu ini dengan baby. Ni tak ada rasa dengan baby.. =’(

“ Tak baik camtu. Kena IKHLAS. Kesian baby tu kalau Ni tak jaga dengan baik. Baby tak minta dilahirkan sakit begitu. Ni kena belajar suka baby. Lihat ummi, abah bagaimana boleh besarkan anak-anak masa kecil dulu. Abah tak tidur malam buat susu, tukar pampers sayang anak-anak. Ni pun kena belajar dari sekarang. Kena kuat, ikhlaskan jaga baby.”

“……baik ummi…....ummi doakan Ni supaya jadi dokter yang baik….”

“ InsyaAllah, ummi abah selalu doakan Ni. Jangan cubit-cubit baby tau”


Doa, minta petunjuk dan kekuatan dari Allah, pupuk IKHLAS dan akhirnya….…saya SUKA baby ^_^
BENAR!

“ Ummi, Ni dah suka baby. Alhamdulillah, sampaikan sekarang asyik masuk jenguk baby walaupun dah habis bertugas. Tapi…. Ni tetap suka kucing lagi dari baby hehe….”



i heart cat 57% baby 43% hehe

Wednesday, March 10, 2010

Mahu menulis lagi

Maaf. Rasa bersalah terhadap diri sendiri juga. Sudah terlalu lama blog ini bersawang. Entah berapa bulan lamanya, tidak mahu saya hitung lamanya. Sejak mulai kehidupan baru di hospital, seakan masa untuk menulis, berkongsi rasa dan cerita di sini tiada. Banyak alasannya tidak usah diperkirakan Jangan salahkan masa. Salahkan diri sendiri. Banyak cerita, memori, pengalaman yang mahu dikongsi sepanjang kehidupan sebagai dokter muda di rumah sakit. Banyak sekali. Sudah empat bahagian yang telah dilewati, setiap satunya ada kisah tersendiri.

Alhamdulillah, empat hari sisa cuti ini setelah hampir enam bulan di hospital, tanpa cuti. Terkadang tidak pernah merasa hujung minggu. Seakan minggu tidak berpenghujung hehe.
Untuk mengungkit kembali kisah lama hampir 5 bulan lalu, mungkin agak sukar. Tapi insyaAllah, akan saya cuba. Harus. Takkan dibiarkan segala kisah pengalaman dan pengajaran sepanjang hidup ini sia-sia berlalu seperti tidak ada kesannya.

Selamat berlibur selama empat hari wahai diri, nikmati waktu lapang, gunakan sebaiknya sebelum waktu yang padat kembali minggu depan dan belum tahu kapan lagi bisa berlibur ^_^

Monday, December 07, 2009

harapan

"Sebesar mana pun cabaran yg kita hadapi, sebanyak mana pun cubaan yg harus kita jalani, sebesar mana pun kegagalan yg kita rasai, sejenuh mana pun hari2 yg kita lalui, jangan pernah berhenti berharap pada Ilahi, jangan pernah berhenti berdoa kpd Rabbi kerana harapan adalah masa depan, kerana harapan adalah sumber kekuatan, kerana DOA adalah pintu kebaikan dan kerana DOA lah senjata bagi seorang pejuang yang beriman..”
ALLAH is enough for me

Friday, November 27, 2009

Eid Adha


Saturday, November 14, 2009

hadiah terbaik

"Salam, Ni.Selamat hari lahir jam 1 nanti doa ummi dan abah moga panjang umur dan cemerlang" [Ummi sayang 12:09 14/11/09]

"Salam. selamat hari lahir ke 23.Smg panjang umur murah rezeki berjaya dunia akhirat. moga menjadi doktor berjaya solehah" [Abah sayang 12:10 14/11/09]

Hadiah terbaik sempena ulang tahun ke 23 ini adalah DOA dari ummi dan abah. sungguh, saya merindukan keluarga di Malaysia~

Friday, October 16, 2009

wisuda S.ked

Wisuda Sarjana Kedokteran (S.Ked) dan Angkat Sumpah Dokter
09-09-09
Baruga A. Pettarani

Sunday, October 11, 2009

Judisium 02.09.09

Judisium Dokter Muda FK UNHAS

2nd September 2009
Auditorium Prof. Aminuddin, FK-Unhas

'always learn the best to be a good doctor'

Monday, September 28, 2009

salam aidilfiitri

Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua teman-teman dan keluarga yang mengunjungi blog 'Seteguh Tekadku'. Maaf zahir dan batin dipinta ^_^


Sunday, September 06, 2009

Sejadah itu


Sejadah. Tikar yang diguna untuk solat. Saya kurang senang dengan sejadah. Lebih-lebih lagi sejadah di masjid. Dari dulu lagi hal yang paling kurang disenangi ketika solat berjemaah di masjid adalah masalah sejadah. Bukan kerna sejadah itu kotor atau busuk. Tapi, sejadah lah yang memisahkan banyak saf antara jemaah solat. Lebih-lebih lagi jemaah wanita.

Kalau di asrama sekolah dahulu, memang diajar untuk sentiasa merapatkan saf. Tiada diskriminasi ‘itu sejadah aku!’. Jadi, sejadah bukanlah menjadi masalah. Kalau ada yang keluar saf atau saf itu longgar sedikit pasti akan terisi kembali. Memang pasti antarabahu saling menyentuh. Ada nikmat solat berjemaah di situ.

Tapi, lain pula di masjid. Entahlah. Kebanyakan masjid yang pernah saya solat berjemaah pasti ada masalah sejadah. Kalau masjid di kampung sendiri pun begitu. Makcik- makcik masing-masing mendominasi sejadah mereka yang selebar muat untuk dua orang sendiri. Takut untuk meninggalkan sejadah mereka. Mungkin takut dicuri. Sejadah import Turkey katakan. Entahlah.

Di sini pun sama. Bahkan lagi parah. Jarak antara jemaah bahkan bisa mencapai selebar satu sejadah. Kejadian terawih semalam agak menyedihkan. Ketika imam mahu mengankat takbir, ada sejadah yang kosong tak terisi oleh seorang anak pada seorang ibu muda di sebelahnya. Maka, seorang ibu tua pun bertanya, “Ndak ada orang kah?” dengan niat untuk mengisi sejadah itu bagi merapatkan saf. Si ibu muda tadi pun terus meletakkan tas (beg) anaknya di sejadah itu. Maka terisilah sejadah dan saf itu dengan seorang jemaah bernama ‘tas’. Solat pun dilanjutkan.

Jujur saya katakan, saya benar-benar terganggu dengan situasi sebegini. Bahkan jika dalam solat juga tidak khusyuk memikirkan kalau bergerak merapatkan saf ke sebelah kanan pasti disebelah kirinya berongga sebab mereka enggan meninggalkan sejadah mereka.

Saya sering berkonflik dalaman. Apakah saya harus menjelaskan kepada mereka akan hal ini? memang harus saya jelaskan. Tapi, mungkin secara perlahan-lahan dan berhikmah dahulu sebab saya jenis yang penakut sedikit untuk menegur secara langsung. Apa yang pasti saya lakukan dari diri saya sendiri. Biasanya saya berikhtiar untuk tidak membawa sejadah sendiri ke masjid dengan niat unuk mengisi sejadah yang kosong. Mungkin ada yang memandang ‘kenapa budak nih menyempit kat sejadah aku nih?’. Sabar saja. Paling tidak jika dibawa sejadah sendiri pun pasti dilipat kecil-kecil supaya muat saya seorang sahaja. Biar mereka tahu sejadah tak boleh besar kalau tak mahu berkongsi hehe ^_^

Apapun, sejadah itu tempat yang suci bersih untuk kita sujud dekat pada Allah namun jangan dicemari sejadah itu dengan sifat kita yang yang tidak sepatutnya~