Biarpun sudah hampir seminggu pulang untuk meneruskan perjuangan di sini, rasa kerinduan masih ada. Lebih mendalam. Kadang airmata mudah untuk menitis tanpa sebab. Rindu.\
“ Ni tak suka balik rumah. Sebab tu Ni tak mahu balik. Sebab nanti Ni susah dan sedih nak tinggalkan ummi abah lagi.”
Hampir setahun setengah sudah sejak mulai klinikal saya tidak pernah pulang. Bukan tidak mahu. Bukan tidak rindu. Tapi tidak sanggup untuk hadapi bila terpaksa berjauhan kembali.
Kepulangan kelmarin antara yang terindah
Tinggal sendirian hanya bersama ummi dan abah
Membuat diri terasa seperti anak manja
Pagi hari menghantar ummi abah ke sekolah tika hari masih subuh dan gelap
Siang hari menyambut kepulangan ummi abah
Setiap sore halaman rumah bersih tanpa daun kering
Berkebun, memberi makan arnab dan merpati kesayangan abah
Ke masjid berjemaah maghrib dan isya’ bersama
Makan bertiga sambil mendengar radio klasik ummi suka
Menggamit memori bak kata ummi
Menonton bersama setiap malam
Menziarah keluarga bersama
Menikmati indahnya saat bersama
Belum pernah rasanya. Hati terlalu mudah terusik. Hampir empat jam lebih di pesawat sendirian ditemani airmata. Masih terasa genangan airmata ini. Airmata kerinduan. Rindu untuk bersama ummi dan abah selalu.
Berjauhan dengan ummi, abah dan keluarga dalah satu nikmat. Alhamdulillah. Nikmat yang membuatkan hati ini lebih merasakan hangat kasih sayang ummi dan abah. Hati lebih merasakan rindu, cinta ummi dan abah yang begitu mendalam.
Moga diri ini mampu menjadi anak yang solehah untuk tetap memberikan kasih sayang, cinta, doa untuk ummi dan abah untuk dunia akhirat.amin.
Ni rindu ummi dan abah~