Sunday, November 21, 2010

Jantungku

Bahagian sebelumnya yang telah saya lalui adalah cardiology department atau umumnya bahagian jantung. Banyak ilmu yang telah dikutip di sini, dari kemahiran membaca garisan berkelok-kelok di kertas (ECG), ubatan penyakit jantung dari aspilet, isosorbid dinitrate, dan banyak lagi, melihat sendiri pesakit jantung yang pelbagai persis seperti di buku teks, melihat angiography coroner, dan banyak lagi pengalaman selama 4 minggu di sini.

Stase di cardiology kebanyakannya di cardiac center dan cardiovascular care unit (CVCU) unit rawatan intesif penyakit jantung. Baru saya ketahui ternyata CVCU adalah antara salah satu tempat yang paling banyak kes kematian. Hampir setiap hari ada pesakit yg pergi. Datang di pagi hari, sudah ‘hectic’ dengan pesakit yang darurat, sehingga suara tangisan keluarga hampir satiap hari terdengarkan.

Jantung itu luarbiasa. Bekerja tanpa henti sejak kita lahir. Sekali ia berhenti, tiadalah kita. Memang teorinya jantung berbunyi Lup Dup, tapi bila mendengar sendiri jantung pesakit seperti sama saja bunyinya.


“ Jika mahu mendengar lup dup jantung itu seperti di buku, ambil stetoskop dan hayati bunyi jantung anda sendiri selama setengah jam.”

Itu kata Prof AA. Malamnya itu sewaktu berbaring di tempat tidur, saya cuba memasang stetoskop menghayati sendiri jantung saya. Lup dup. Seperti itu bunyinya. Lama mendengar kerja jantung ini yang tak pernah berhenti membuat hati tiba-tiba tersentuh. Bagaimana jika ianya berhenti berdengup? Merasakan jantung yang tidak pernah hentinya bekerja pasti akan suatu hari nanti berhenti. Itu pasti.

Sejak itu, setiap detak jantung yang dirasakan di tubuh ini, saya syukuri. Alhamdulillah. Salah satu dari berjuta nikmat yang terlupakan. Allah masih mengizinkan jantung ini bekerja untuk diri ini. Moga setiap detak jantung ini memompa darah, mengingatkan diri ini akan Penciptanya.

Berdenguplah, moga ianya menjadi dzikir bagiku yang tidak pernah lelah berdengup seperti dirimu. Jantungku.

0 comments:

Post a Comment