Monday, November 15, 2010

Berkorban

Bagun subuh tadi dikejutkan oleh takbir hari raya di pagi yang sunyi. Entah kenapa hati terasa begitu sayu mendengarkannya. Bukan kerana lebaran kali masih disambut sendirian di perantauan seperti sebelumnya. Saya sudah tegar.

Kelmarin hari pertama posting di bahagian Anesthesiology (pembiusan), bekerja dan belajar di kamar operasi dari pagi hingga malam lebih 12 jam tanpa henti. Bahagian yang sangat menguji kekuatan fisik dan mental. Terkadang terasa penat dan jenuh datang, namun dilempar jauh.
Saya harus berkorban. Ini adalah jalan untuk mendapat cinta hakiki. Hidup adalah pengorbanan.
Kalau profesi lain, malam tidak bakal diganggu nyenyak tidur. Kadang hati lemah ini pernah memberontak ketika dikejutkan tidur kerana ada pesakit baru datang di tengah malam. Terpaksa tidur dikorbankan menjenguk pesakit yang datang.

Sering saya bermonolog di hati. Berat untuk berkorban.

Namun, monolog hati itu cuba dipadam. Memang sulit tapi saya memupuk untuk cuba mengikhlaskan setiap langkah ketika itu hanya untuk mencari keberkatan, rahmat, cinta Ilahi.

Itulah hati. Harus dipupuk dan disuntik jiwa kedalamnya.

Moga hati ini, jiwa ini, jasad ini sentiasa ikhlas untuk berkorban demi cinta hakiki.

Allah, kuatkan hatiku untuk berkorban hanya untuk Mu~

Salam Aidiladha.

0 comments:

Post a Comment