Tuesday, March 31, 2009

Sharing.is.Caring

Hari ini saya sangat penat. Dari pagi tadi ada discussion pbl, kelas ganti dr. Rum sampai sore dan balik bergegas siapkan flipchart untuk field skill.

Walau dah seharian penat, tetap juga ikut jemputan ada sambutan maulid rasul di masjid Falah, wesabbe. Pergi bareng dengan tetangga sebelah. Alhamdulillah ada pengisian untuk rohani untuk hari ini. Dapat juga bersilaturahmi dan mengenal budaya di sini. Sambutan agak berbeda di banding di Malaysia kerana selepas ceramah ada acara berebut telur manggar. Huhu..kecoh betul.apapun itulah kelainan yang ada di sini. Terasa kemeriahnya juga.

Selesai sambutan di masjid, tetangga pula jemput ke rumah makan kue. Dah siap-siap nak baring di katil sudah, tapi bila fikirkan undangan tetangga, tak sampai hati nak menolak. Lagi, perut di isi dengan pelbagai macam kue asli daerah. Enak juga sih..terima kasih tante Vovon atas kue nya ^_^

Akhirnya, dapat rehat di katil.

Tapi teringat pula ketika di masjid tadi. Saya bertemu lagi dengan ibu Murni yang tinggal di blok B. Saya suka berbual dengannya sebelum ceramah bermula. Sifat keibuan yang lemah lembut nya mengingatkan saya akan ummi.

Saya masih ingat pesan Dini. Jangan pernah putus untuk berdoa..” kata ibu Murni setelah kami mulai bicara.

Memang ada kisah yang kami kongsi bersama sebelumnya. Ibu Murni dalam waktu yang singkat kami bersua sebelumnya, ada berkongsi perasaannya hatinya sebagai seorang ibu. Anaknya yang masih di SMP memang liat untuk solat, mengaji mahupun belajar. Ibu Murni sebenarnya mengharapkan anaknya berubah untuk belajar yang lebih baik supaya dapat masuk FK seperti saya. Ada pengharapan yang besar di wajah ibu ini.

Ibu berdoalah, minta pada Allah untuk diberi petunjuk bagi mendidik anak ibu. Jangan pernah berhenti berdoa. Allah Maha mendengar. Ibu saya di Malaysia juga kaya’ ibu juga. insyaAllah ibu..”

Itulah luahan perkongsian saya dengan ibu murni akan bagaimana ummi juga menghadapi situasi yang agak sama dengannya. Hasilnya, Alhamdulillah puji syukur doa ummi dimakbulkan olehNya.

Allah Maha Penyayang.

[pendek saja sebab saya penat~]

1) Rindu ummi.
2) Nanti nak ziarah ibu Murni jika ada kelapangan insyaAllah
3) Saya harus lebih banyak memberi untuk esok dan hari berikutnya.
4) Hari ini masak nasi goreng makan kongsi dengan dayah housemate saya ^_^
5) Syukur~

Monday, March 30, 2009

Welcoming Mie to the club ^_^

Seharian hari ini kelas penuh. Dari pagi sampai tengahari, sambung pula hingga 3 petang kelas occupational health dari Dr Sultan. Belajar semua benda dari hearing loss, patient safety, dermatoses disease, ergonomy, neuro dan macam-macam lagi. Waa..penatnya..

Awal pagi penuh semangat. Siap tulis nota berhelai-helai catat apa yang dr cakap. Bagus betul huhu..

Lepas lunch, terus terlentok. Memang dalam sejarah hari ni saya tido dalam class yang sangat lena. Dah le duduk barisan kedua dari depan dr. Memang tertido betul ler. Mana tidaknya, lunch tadi pekena ayam lalapan ngan jus alpukat(avocado) coklat yang menyelerakan lagi tinggi kalori nya. Adoi…

Kesian kat dr. Rasa bersalah plak tetiba sebab tido dalam class. Sebelum ni memang jadi pendengar yang setia lah, tapi hari nih, saya sendiri terlentok depan dr. Bila dr dah tinggal 3 slides lagi baru bangun huhuh..sorry doc. I will revise ur slides soon ok ^_^

Masa makan kat jux box tadi dengan mie saya cerita ler kat mie yang kita dah buat blog. Apa lagi saya meng’influence’ ler mizatul supaya sama-sama buka blog. Kesannya, lepas makan balik kelas terus online dan create blog untuk mie (www.mizatulatiqah.blogspot.com) . Huhu..gumbira bukan kepalang mizatul ye. Moga lepas ni lebih banyak menulis dan menjadi ahli IPEM yang lebih berdedikasi hehe…majulah ipem untuk Malaysia!!!

Malam ni penat sikit. Tapi tetap bersemangat. Tadi siap potong bawang nak masak ayam kicap, last-last jadi ayam goreng je sebab rasa nak makan simple je plak malam ni. Jadi le menu dinner malam ni ayam goreng+nasi putih ditaruk kicap ABC +syrup frambozen hehe. Alhamdulillah. Esok lah pula masak sedap-sedap huhu~

“ addicted with avocado-choc juice ^_~ “


1) Saya harus siapkan flipchart untuk field skill dengan cik ja.
2) Esok pbl, nak kena cari mengenai health surveillance.
3) Pesan mr. ipal, esok jam 1 class dr. Rum ye kawan-kawan ^_^
4) Ummi, abah, abg afat, ain, azfar and alim sedang bercuti hari ini. Pasti mereka lagi berjalan-jalan di kota huhu. Selamat hari lahir juga untuk Tuanku raja Kelantan ^_^
5) Bersemangatlah~~

Sunday, March 29, 2009

My Top 10 Most Favorite Foods:

1. Ayam masak kicap ummi masak
2. keropok losong terengganu
3. laksa kelantan
4. sate
5. sundae strawberry
6. rendang nenek
7. mushroom soup
8. kuih lapis yang warna putih+pink hehe
9. saya x suka pizza
10. coto??? haha..

Top 10 Things I Love Doing:

1. datang class (sebab nanti otak tak beku huhu)
2. dengar radio (voice of medica.fm)
3. buka buku dan tgk gambar-gambar je hehe
4. gardening
5. telefon ummi, abah, kak nik, ain, abg afat dan sape2 kat msia ^_^
6. driving (tapi hanya kereta auto je ok hehe)
7. masak??? ada skit2 le kot skrg ^_^
8. main badminton
9. cycling
10. jalan-jalan di tasik kampus

5 Things I Love Doing When I'm EMO :

1. salahkan hormone yang berkurang hehe
2. call sape2 yang best
3. keluar ambil angin kat luar rumah sambil berkebun
4. pupuk diri utk belajar sabar
5. rasa nak makan semua benda (lagi salahkan hormon hehe)

Top 5 Types of Guys I Adore :

1. beriman dan semestinya bertaqwa
2. bertanggungjawab datang class punctual dan tak ponteng
3. pemalu (haha..ini ciri2 menantu yang ummi nak)
4. yang skema =P
5. tak romantik sangat sbb saya tak reti hehe

5 Things I Love Doing When I'm Happy :

1. senyum bahagia ^_^
2. Belanja kawan
3. cerita kat ummi
4. makan kat tempat best
5. nak call semua orang huhu (yg pakailine 'three' je ok)

Things I Wish To Happen :

1. dapat balik sekolah rendah dulu
2. nak balik masa zaman kat mrsm dulu
3. semua orang baik, tak de yang jahat

My Top 10 Most Addicted Song :

1. Asmaa Allah by sami yusuf
2. Derita dunia, hafiz hamidun
3. pupus, firdaus feat faizal tahir
4. dengarkan segalanya, hafiz hamidun
5. I'm yours, Jason myraz
6. semua lagu david archuletta..huhu
7. sampai syurga, Faizal tahir
8. kini aku kernamu, firdaus
9. caravansary,kitaro
10. keranamu Malaysia (patriotik betul!ahaks~)


sekian, tak ada kerja~

Saturday, March 28, 2009

Earth Hour. Sayang. Bumi.

Hari ini 27 Maret 2009 pasti menjadi sejarah dunia. Bumi ini akan bergelap untuk sejam lamanya? Betul ke jadi gelapnya?? Kalau di sini promosi earth hour di media tidak lah sehangat kampanye pemilu nanti. Saya tahu menahu akan kempen ini pun mulanya dari teman sekelas dan baca dari blog ustHasrizal.

Makanya, tadi jam 8.30 sampai 9.30 malam saya bergelap dalam bilik. Dalam gelap solat isya’, rehat di katil dan telefon ummi (pakai telefon bateri ye hehe). Di rumah saya tak bergelap sangat. Masih ada cahaya lampu bilik teman. Mungkin mereka tengah study. Tak apalah. Cuba mengintai di rumah tetangga depan. Gelap juga. Rata-rata hanya menyalakan satu lampu sahaja untuk mereka berkumpul. Tahniah untuk yang mendukung!

Di rumah saya tak bergelap sangat. Masih ada cahaya lampu bilik teman. Mungkin mereka tengah study. Tak apalah. Cuba mengintai di rumah tetengga depan. Gelap juga. Rata-rata hanya menyalakan satu lampu sahaja untuk mereka berkumpul. Tahniah untuk yang mendukung!

“Abah dah tutup lampu bilik abah..” ternyata keluarga kat Malaysia pun turut serta ^_^

Sayangkah saya pada bumi??

Saya tak suka akan pembangunan bangunan besar2, tinggi2. Saya lebih suka akan Bandar-bandar kecil, kampong-kampung yang banyak pohon-pohon merimbun. Kolot ke saya??

Terpulanglah.

“Ndak usah ibu. Ndak pakai kantungan kok ndak apa.” Selalu je saya bila membeli roti kat pintu Wesabbe tak akan pernah mintak kantung plastik sebaliknya hanya dibibit di tangan. Tak berat pun.

“Global warming, bu..” pernah saya menjawab bila ditanya kenapa nggak pake kantungan. Ibu itu senyum. Mungkin itu yang mampu saya beri pada bumi.

Memang masyarakat kita pandang sepele hal kecil begini. Kantungan plastic kecil yang tak ‘dimakan’ bumi itu pun kita tak pandang. Sekali pakai je terus jadi sampah. Sedih kan…

Entah lah, saya ini memang yang jenis yang skema bab-bab alam sekitar nih. Selalu rasa bersalah kalau nak guna plastic sekali pakai. Rasa cam nak tadah ngan tangan je bila beli makanan yang dibungkus plastic.

Itu lah. Seboleh- bolehnya saya usaha dengan diri saya sendiri pastinya. Setiap kantungan dari pembelian akan disimpan untuk digunakan semula. Kalau pergi beli ayam, sayur pagi-pagi memang saya bawa kantungan sendiri. Senang dan jimat.

Kertas-kertas, kotak, botol plastic, kaca semuanya saya akan kumpul asing-asing. Nanti akan diletak di tempat sampah depan rumah setiap Sabtu pagi. Terharu bila melihat pak pemulung sampah tersenyum bila kita hulurkan padanya ‘sampah’ . Namun itulah rezeki baginya.

Situ Gintung melimpah.

Semalam Indonesia dikejutkan dengan kejadian pecahnya tempat penampungan air di Situ Gintung dekat Jakarta. Ramai yang menjadi korban. Sedih juga melihat kejadian ini kerana baru sore Jumaat itu kami mendapat kuliah Mass Disaster. Seakan ia menjadi contoh pelengkap untuk kuliah kami tadi.

“Air yang datang seperti tsumani Acheh..” tangis seorang ibu yang kehilangan tiga orang anaknya di bawa arus.

Sungguh, bumi itu sakit. Bumi itu juga hidup.

Ya Allah, maafkan kami yang lupa, sering menyakiti bumi ini.


1) Suka dengan lagu Hafiz Hamidun , ‘Derita Dunia’
2) Satu kelemahan saya, kena tidur buka lampu. Adoi..saya tak berjaya save energy =(
3) Takziah untuk mangsa di Situ Gintung. Itulah bila alam tidak lagi kuat menahan derita.
4) Saya suka berkebun, tanam pokok bunga. Rindu nak berkebun di rumah, sapu daun- daun kering setiap petang. Rindunya ^_^
5) Saya sedih bila melihat pokok yang merimbun besar tumbang rebah ke bumi. Seakan pohon itu mati seperti manusia. (dah jadi macam dalam cerita buku form 5 ‘The Sound Machine’ ^_^ )

Friday, March 27, 2009

Kalau Kita Menjadi Kayu

Kalau kita menjadi kayu
Biarlah jadi gaharu atau cendana
Wangi dan bernilai tinggi
Atau paling tidak
Jika terpaksa, cukuplah jadi kayu api
Asal punya harga diri

Tetapi, jika mahu jadi kayu
Majal, keras dan padu
Seperti cengal, keruing atau meranti
Itu juga pilihanmu
Cuma, jangan pula nanti
Sampai sanggup jadi hulu
Yang rela diperkudakan kapak
Hingga tergamak menetak
Kaum sendiri


Abdul Rahim Idris
Jerantut Pahang

"Puisi itu indah..."


1) Suka sajak ini, sangat menarik!
2) Saya jadi rindu nak bersajak macam muda2 dulu. Jadi, mula mempraktiskan diri dengan bersajak sorang2 dalam bilik huhu ^_~
3) Sambil dengar muzik Kitaro; Caravansary dan Nageki yang best hehe~
4) Sebenarnya nak berlatih untuk Muslimah talent Night nanti. Saya masuk drama contest ^_^
5) Saturday night yang mendamaikan~

Wednesday, March 25, 2009

Hari.Nyepi?

Hari ini 26 Maret saya libur dari kuliah. Maknanya boleh lepak-lepak kat rumah yea! Tapi banyak kerja nak kena selesaikan sebenarnya..huhu. Kenapa libur hari ini?? Owh..sebabnya kat sini ada perayaan 'Hari Nyepi' yang juga diiktriraf sebagai cuti umum seluruh negara di sini. Di malaysia sememangnya pasti tak pernah dengar akan hari nyepi ini kan (sebab saya sendiri baru tahu semalam). Apakah itu??


Hari Nyepi


Sebagai pengetahuan umum, perayaan ini dirayakan oleh warga hindu di sini. Sememangnya agama hindu di sini memang totally different dari hindu yang kita biasa lihat di malaysia seperti agama yang encik Maniam a/l Vellu anuti. Memang berbeda sekali! Rumah ibadah, perayaan, even Tuhan yang mereka sembah pun berbeza! tak tahu le saya kenapa. Nanti nak kena tanya lagi kat classmates hehe.

Bali yang sepi


Nyepi bermaksud Menyepi seperti dalam kamus dewan atau kata akarnya adalah sepi. Maksudnya lagi hari perayaan ini adalah untuk menyepi. Ya!

Semua penganutnya akan menyepi dalam rumah, pintu dan tingkap ditutup, tv,radio, handphone off. Pokoknya semuanya kena off untuk sehari lamanya.Sudah tentu mereka tak boleh keluar rumah langsung! Tujuannya adalah satu, sebagai cara untuk mereka muhasabah diri kembali seharian itu. Itu yang saya tahu dari sumber rakan sekelas saya Made Dwi sebagai pengetahuan untuk diri ini yang memang tak tahu menahu mengenai ini.

Memang sepi. Kat sini xde le terasa sebab banyak agama lain yang mendominasi terutamanya Islam. Alhamdulillah. Tapi mengikut berita di Bali sememangnya totally sepi. Semua hotel, tempat peranginan, even bandara Ngurah Rai international airport juga akan ditutup! Sungguh hebat kesepiannya!!


Itulah kisah Hari nyepi di sini.

"Hidup ini tidak pernah sepi~ "

1) Saya tak menyepi hari ini sebab banyak nak buat aktiviti spt memasak,mengemas,mencuci kain hahaa..(sedang practice utk menjadi suri rumah ahaks) =p
2) Saya tak boleh nak sms Made Dwi nak tanya soalan apapun hari ni hehe.
3) Terasa nak pergi Bali hari ni jugak sebab mesti Bali sepi dari semua segi. Tak de lagi 'free show' kat Pantai Kuta yang mencemari keindahan alam Ilahi hehe. Tp macam mana?? tak ada flight ke sana, jadi harus berenang huhu~
4) Saya harus muhasabah diri setiap hari, sebaiknya setiap saat untuk menjadi yang lebih baik insyaAllah
5) syukur~

Wednesday, March 25, 2009

Kenapa.Mengapa??

Mungkin ini persoalan yang timbul untuk saya sendiri fikirkan..huhu. Kenapa dan mengapa nak menulis di blog?? Mengapa saya perlu menulis?? Kenapa nak susah-susah perah otak menulis??

Hmm...kenapa ya??

Entahlah. Nak kata menulis sebab ikut darah abah yang sebati dengan jiwa sastera, xde le sangat. Karangan bahasa melayu xde le sedap sangat pun huhu...Fikir punya fikir ada juga jumpa alasannya. Dan inilah 10 alasan yang telah setelah sekian lamanya berfikir ^_^ :

1) Kerana saya ingin menjadi seorang doktor. Jadi, banyak pengalaman, kehidupan, perkongsian yang insyaAllah akan saya timba dari perjalanan untuk bergelar seorang doktor yang baik ^_^
2) Sangat terinspirasi dari buku 'Catatan Seorang Doktor' oleh dr. Fanam Dimah yang superb menariknya!! Terima kasih sgt2 untuk abah tersayang atas pemberian buku ini. Sangat2 suka dan sayang hadiah abah ini.
3) Lagi, terinpirasi dari buku 'Kesaksian Seorang Dokter' oleh dr. Khalid bin Abdul Aziz Al-Jubair, SpJP dari Mesir. Buku ini dibeli sendiri kat GrandMedia.
4) ' Seteguh Tekad' buku tulisan prof. Sidek Baba juga sangat memberi inspirasi buat saya! Perhaps, tajuk buku ini juga saya dedikasikan pada nama blog ini. Sebab terlalu suka dengan buku ini. Anda harus membacanya! (boleh le pinjam dgn saya)
5) Suka baca blog2 kakak dan abang senior yang selalu sharing tentang suka,duka, pahit, manis kehidupan mereka lebih2 lagi ketika di ala klinikal yang super mencabar! Saya pun nak jadi seperti mereka ^_^
6) Nak jadikan sebagai catatan sepanjang perjalanan hidup ini insyaAllah.
7) Sebab saya ikut IPEM hehe..
8) Abah pernah tanya.."Kenapa tak menulis??". Jadi, saya perlu ada jawapan bahawa saya ada menulis...huhu
9) untuk saya baca sendiri2 bila bosan.
10) S.A.T.I.S.F.A.C.T.I.O.N

Apapun alasannya, biar pun beribu, yang pasti saya telah menulis! Tahniah untuk saya!hehe. Semoga saya akan istiqamah untuk menulis, bukan untuk orang lain, tapi untuk diri saya sendiri pastinya!

" Setiap orang pasti ada satu novel dalam dirinya.."



Tuesday, March 24, 2009

Saya.Penat~

Alhamdulillah, at last kepenatan menunggu system growth development& geriatry habis akhirnya tercapai hari ni. Hari ni kami exam remedial (all of us inter06 kena remed!).
PENAT!. mmg sgt penat system geriatry nih. Bayangkan je le exam theory postponed untuk 4X!! Antara rezeki atau penyeksaan, tergantung pada kami untuk menilai...huhu
Rezeki sbb boleh sambung belajar lagi, penyeksaan plak sbb nak kena tunggu exam lambat lagi even dah masuk system baru huhu..Saya??syukur je~~hehe =p


System geriatry kali ni agak le mencabar. Soalan2 mereka sgt mencabar baik yang sebelum remedial maupun remedial. Hmm...exam remedial hari nih pun amat le mencabar jugak..waa..saya dah insaf nak belajar betul2 dah..xnak main2..huhu. Apapun saya takut jugak, tapi usaha, doa dan belajar untuk memupuk tawakkal dalam diri ini...insyaAllah. Saya dah buat yang semampu mungkin, dan ingin melakukan yang lebih baik utk system yang akan datang ( community health, tropical medicine, emergency&traumatology) 3 more to-go insyaAllah. Doa'in ya teman2! Makin di final pre clinical makin mencabar dan mendebarkan rasanya.

kembali kepada motto: " always learn to be a good doctor!" insyaAllah ^_^

1) Perasaan: risau+release+gembira+penat+berTAWAKKAL+idiopathic
2) banyak sgt sebenarnya cerita nak tulis, nanti nak qada' dgn menulis byk2 lagi hehe
3) sekarang tgh busy dengan community health yang banyak kerja pelik2 hehe.
4) syukur~

Wednesday, March 18, 2009

Lama.Sudah~

Jika mahu dihitung, memang tak terhitung masa nya.sudah cukup lama sekali sebenarnya untuk saya membina blog sendiri. Dari tahun lepas lagi rasanya, tapi memandangkan laptop lama yang tersangat slow sbb dah masuk tahap geriatry sejak dari zaman kmb lagi hehe. Akhirnya niat ini berjaya dengan semangat baru bila saya dah beli pearl-white aspire one ini.huhu.gumbira le skali!

acer aspire one saya yg dibeli di lowyatt ngan abg afat

Sebelum ni sudah banyak sebenarnya dah ber'blog' tapi cuma di sebuah buku catatan. sendiri-sendiri baca je hehe =p .suka sangat menulis. sekarang dah ajak kawan-kawan lain ber'blog' juga jadi boleh le kitorang bertukar-tukar cerita nanti.


apapun, mungkin entry yang pertama kali ini tiada apa-apa isinya, tapi ia sgt besar maknanya pada diri saya kerana ia suatu PERMULAAN! semoga berjaya untuk diri saya sendiri!


"I don't have to be good to start, but I have to start to be good."


nota lower extremities:

1) Cikja, selamat berjaya juga kat awak.hehe.nnt kita sama2 kongsi cerita ye.
2) saya dah lama nak postkan entry ni tapi terhalang oleh exam geriatry yg tertunda 3X!

3) suka sangat ^_^